bila dapat tahu rahsia besar seseorang yang anda kenali, apa anda fikirkan?
1. terus otomatik cakap tak sangkala...
2. nak cerita kat org lain
3. bertambah minat nak korek rahsia seterusnya
4. jaga rahsia tu baik2 sebab risau kalau rahsia anda semdiri terbongkar nanti..kot2la terlepas cakap~menutup keaiban seseorang, InsyaAllah aib anda dijaga Allah..
5. berfikir2 setiap masa sebab masih tak percaya..
sebab aku dah biasa jadi tempat dicurahkan perasaan; akibat ada rahsia besar la..kadang2 takut jugak kalau titiba terlepas cakap. Ingat kepercayaan amat penting dlm hubungan persahabatan. tapi aku mengaku kadang2 aku ada buat kiasan tp tidak memberitahu nama. contoh mcm utk bercerita tentang perkara tak elok yg dibuat si anu pada si anu, jadi jgn kau ikut pulak..
aku sentiasa berharap anak2 saudaraku yg menyambung pelajaran ke universiti/kolej atau di high school supaya jangan..jangan..jangan.. tersalah langkah. aku dah puas dengar begitu banyak kisah keruntuhan akhlak kawan2 sebaya sewaktu belajar..pada aku zaman Uni adalah zaman paling mencabar. terutama kepada pelajar2 dr kwsn kg seperti aku. namun aku bersyukur sebab aku dibekalkan dgn pengetahuan yg cukup luas..nasihat arwah bapakku sentiasa kemas dlm kotak fikiran. nasihat ustazah masih terngiang2 ditelinga.
kata arwah bapakku, walau jahat macam mana sekalipun seorg anak itu, tp kalau ibu bapanya berjaya menerapkan dirinya dgn ilmu agama, satu hari nanti dia tetap akan pulang ke pangkuan jalan. maka aku sendiri terfikir2 setiap perbuatan nakal aku..dan aku bersyukur kerana aku masih belum terpesong/terbabas dari jalanNya. dan aku percaya doa ibuku sentiasa mengiringi hidupku, dan adik-beradikku yg sentiasa risau dgn langkah panjangku.
setiap rahsia besar yg memalukan, aku ambil iktibar dari apa yg diceritakan.Istighfar panjang aku dibuatnya. dan aku mengaku kadang2 perkara ini membuatku memandang rendah kepada sipelakunya. tetapi sekiranya dia adalah teman rapat aku, maka aku doakan utknya semoga Allah mengampuni dia.
beban membawa rahsia besar ini amat menyiksakan kdg2. aku mls nak fikirkan, tp kdg2 teringat..kadang2 boleh terlepas ckp..
jadi kalau kamu ada rahsia, kalau kamu nak kongsi, boleh. tapi kalau rahsia tu hanya memalukan kamu, lebih baik kamu simpan. bercerita tentang keburukan perangai sendiri amat menjengkelkan, lebih2 lagi bila si pelaku begitu bangga dgn perbuatan memalukan itu. sebab itu hanya membuat org menyampah tgk muka kamu yg tak tau malu. kalau kamu mengaku pernah berbuat satu dosa besar, kemudian kamu insaf dan bertaubat nasuha, maka kamu boleh cerita supaya org lain boleh ambil iktibar. tetapi masih kena pilih org yg betul2 boleh dipercayai kerana selalunya ramai org suka menabur fitnah dr perbuatan salah kita yg lepas2. padahal kamu dah tak mahu mengulanginya..hidup mesti kuat, iman mesti kuat, cabaran menghadapi realiti hidup ni paling besar, paling memerlukan keazaman.
maka sahabatku sekelian, benar menanggung sendiri rahsia besar kdg2 menyiksakan, pelu diluahkan..tp jgn silap buat luahan, dan jgn salah memilih kawan.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.