Jumaat cuti merdeka aku mengikut Ann & Faizal ke Sri Manjung, Perak. menyaksikan kawan lama kami mealui detik2 pernikahan. perjalanan bermula jam 3 petang dari rumah Ann sendiri..dengan kereta yang kurang banyak dan kadar kelajuan pemanduan Faizal, jam 5 petang kami sampai di R&R Tapah untuk solat Asar. dah makan pau kacang dan teh ais, kami menuju ke sana melalui jalan2 kampung sambil Faizal becok cerita pasal kampungnya di Bota. orang Perak sebut Bote.
ngam2 sampai Sri Manjung, ke surau taman untuk tukar baju. aku siap mandi sebab ada shower dalam tandas. super bersih. mengagumkan. dah bersihkan diri, solat bagai..ke rumah bakal pengantinla kita. elok2 je tok kadi nak memulakan majlis pernikahan.
dengan 2 kali lafaz, kawan kami Masni dah menjadi isteri kepada Asraf. alhamdulillah.
makanan adalah masakan kampung yang sangat sedap. dah berborak sakan jam 11 lebih gak baru nak gerak balik Ampang. jam 430 pagi sampai rumah.
Cantikla pelamin2 dia!
BalasPadam