Pada 2 Jun 2012, hari merisik berjalan
lancar dirumah abang iparku Abang Musa di Kajang. Walaupun cuaca panas dan aku
sendiri berpeluh2 kepanasan, namun enak je tekak aku makan pelbagai juadah yang
dihidangkan.
Baca: Majlis Khitbah = Majlis Pertunangan. ini semua idea kakak ipar aku Kak Hasni, isteri abang Bad |
Jam 3:18pm. jam kat belakang tu dah rosak |
Sahabat lamaku Fairuz menyumbangkan kuih
kaswi yang digemari semua orang dan pudding jagung yang terlembik sikit tapi
sangat sedap dan manis. Kak Cuma memasak pulut kuning dan rendang daging.
Fairuz juga membancuh teh tarik yang sangat digemari Reen. Aku Cuma beli teh
Boh dan susu krimmer cap Teko dari Econsave. Aku juga membeli air minuman R.O.
untuk tetamu. Lebih mudah dalam botol2 bersaiz 500ml. harga pun murah RM6.90
je.
Mak pula menyediakan karipap kegemaran
ramai dan Ann pula menyumbang popiah goreng pedas dan kuih talam keladi. Sangat
sedap.
Kak Ina sahabat baik kak Cuma pula
menyolekkan aku, padahal sebelum itu Reen dah berjanji nak menyolekkan aku.
Mungkin dia dah teruja, selepas solat Zuhur, cepat2 je dia keluarkan barang
mekap untuk disolek percuma. Sudahnya kakak2 dan emak semua bercelak bagai.
Hehehe.
Rombongan keluarga Zcat terdiri daripada 13
orang termasuk dia tiba tepat jam 3 petang. Selepas berbincang, aku pun
dipanggil untuk acara menyarung cincin. Hihi. Dah kena sarung ramai pulak nak
ambil gambar sampai kena tegur untuk salam dan cium tangan mama Zcat. Aku bukan
tak ingat..memang itulah perkara yang aku paling ingat tapi semua orang dah
jadi paparazzi. Haha.
Kak Cuma, Emak, Aku, Kak Cupa & Kak Ted. Kad Dewi kakak sulung kami tak dapat hadir |
Dan ya, apabila melihat hantaran dari Zcat
aku tersenyum. Dan aku gembira melihat kuntuman bunga daisy pink menghiasi
dulang2 hantaran yang dihias cantik. Oh aku punya biasa2 aje..
Bila majlis nikahnya? :)
BalasPadam15 Nov 2012
Padamselamat sudah...masa ko salam mengigil tak hihi
BalasPadamtak gigil pun..hehe
Padamsorry aku terlambat sampai waktu ni
BalasPadam