Khamis, 13 Disember 2012

Membeli Pakaian Untuk Resepsi

Kami ke Jakel Jalan TAR untuk melihat2 kain untuk dipakai di majlis resepsi pada 9 Jun 2012. Aku senang hati sebab dapat menolak sapaan2 “mesra” jurujual kain. Sudahnya aku dan Zcat mencari2 sendiri warna kain pilihan kami hinggalah ditegur oleh seorang jurujual.

Melihat keramahan dan tidak penyibuk/memaksa beliau, kami mengikut saja cadangan2 yang dia berikan. Zcat terus menghubungi mama di untuk bertanya adakah pilihan kain kami sesuai. Hahah dah macam nak pakai ihram  bila tengok Zcat dipakaikan kain yang hendak dibeli. Satu momen yang lucu.




Akhirnya kami membeli kain2 tersebut dengan harga yang murah. Kain aku dan Zcat adalah kain akhir, maka kami dapat lebihan dengan harga yang sama iaitu RM485.00 semuanya – kain chiffon bermanik labuci, kain satin & kain baju Melayu. Kos keseluruhan sepatutnya mencecah RM620.00. untungnya Jakel dah nak tutup kedai masa tu dah jam 8.30 malam.


6 ulasan:

  1. Aku tak merasa pun moment ni sbb baju sanding n bertandang aku bli 5 thun dulu kt bandung. Masa tu kmi skeluarga holiday kt bndung

    BalasPadam
  2. dekat jakel ni memang ramai SA yang merimas ramaskan

    BalasPadam
  3. Tu pun sama. Husband aku bab ni mmg malas nk layan. Untungla ko dpt laki cam ni nk jalan2 shoping

    BalasPadam
  4. ermm mahal juga .. tapi tentu seronok pakainya ..

    BalasPadam
  5. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    BalasPadam
  6. teringat baju nikah aku jadi hiasan almari huhuhu..ntah bila nak pakai lalalala...kenangan

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.