Friday, September 21, 2012

Result Of Using Silky Feet

haha. gelak2 gembira sendiri. hari ni baru sempat nak blog pasal kaki kematu. perhatian, kalau gambar2 di bawah menyebabkan anda tak lalu makan, bukan salah saya. hahahaha.. saya cuma nak berkongsi pengalaman menggunakan Silky Feet by Bioglo ni. 

ok aku start pakai 10 Sept lepas.

12 Sept 2012 kulit kaki mula merekah

13 Sept 2012 mengelupas dengan dahsyat. ingat 1st day tak mengelupas aku pun rasa alahai produk ni..sekali haa dah rasa macam ular salin kulit pulak

19 Sept 2012 kaki dah bersih. tapi tumit masih belum cantik sepenuhnya...harusla kan kena buat next Monday.
aku puas hati dengan penggunaan produk ni. ini bukan testimoni berbayar. hahaha. instead of aku nak ke spa kaki dan habiskan RM70 untuk SEKALI rawatan, aku try ni. kalau tak menjadi..aku pergilah kedai2 spa kaki tu kan.. aku pun dah tak sanggup tengok kaki kematu. oh ya, penggunaan losyen kaki yang disediakan adalah selepas 7 hari. dan memang kulit aku menggelupas selama itu. hari2 pakai 2 kali, pagi dan malam sebelum tidur.

tapi kalau kaki dah kematu sangat...janganla harap lepas 2 kali guna terus baik..sekarang sale untuk ahli Cosway RM35.80. harga sebenar RM59. saja tulis kot2 korang nak try. promosi sampai hujung bulan Sept 2012.

tak guna muka cantik, tumit kaki pecah2 macam kes aku. huhu

Monday, September 10, 2012

Bioglo: Silky Feet

aku ni memang alami heels crack yang agak malu untuk di upload di blog ni. sendiri nak tengok pun kurang sudi. memang kalau rajin aku rendam dalam air suam bercampur garam gunung. tapi aku ada juga hati nak pergi buat rawatan kaki khas. ada la kedai2 yang aku tanyakan harga. tak larila RM70 dengan condition kaki aku yang sedih ni. dulu2 duduk Bukit Indah takdelah seteruk duduk di rumah sekarang ni atau sememangnya aku kurang air sehingga kulit kering dan merekah?

hari ni aku cuba produk jualan Cosway ni sebab bagi aku senang dan murah sikit. aku nak pakai krim2 kaki pun malas. adoiyai..

ikut kata kotak, peel off akan berlaku selepas 2-3 hari, bergantung pada kondisi kaki masing2. okay aku sekarang sambil blog sambil rasa hangat kat kaki. kena pakai 60-90 minit.

produk ini tidak sesuai untuk mereka yang ada diabetes, ibu mengandung kanak2 dan mereka yang menghadapi masalah kulit sensitif dan luka.

dengan kad ahli dapat beli pada harga RM35++ untuk bulan  September 2012. so apa ada dalam kotak?



2 pasang mask kaki

krim ni hanya boleh di pakai pada hari ke-7

cara pakai ikut je yang diajarnya. macam kena stim kaki aku ni ha



apakah keputusannya? erkkkk kena tunggula esok2..kot2 menjadi happy jugakla aku.

Tuesday, September 4, 2012

Sambutan Raya Ofis 2012

konsep kami potluck. nak harapkan company bagi duit memang tak cukup. mulut nak makan katanya 80 orang. sudahnya kami semua bawa makanan masing2 memenuhkan meja.

aku memilih untuk masak kerutup daging, ini first time aku masak untuk kawan2 di ofis. biasanya aku masak untuk family je. okay, Fahada ikut aku balik rumah Isnin lepas untuk tolong masak. good girl. dah takmo citer banyak...



my boss jadi chairwoman. harus check semua makanan


alhamdulillah kerutup daging aku habis


 
ramai2 nyanyi suasan hari raya - nampak naa tak menghafal

kami terbaik dari segi pakaian

inilah yang aku dapat...jadilah buat suka2..hahaha

Sunday, September 2, 2012

Ben's, KLCC

makan spaghetti sedap dan melepak dengan selesa, semalam - 1 Sept 2012

RM13.90

RM7.90 & RM?

RM20.90 if tak salah. tapi total semuanya dengan tax kenalah RM59.85
makanan memang sedap. kemudian tersandar kekenyangan.

ada gaya hipster tak? hehehehehe


Saturday, September 1, 2012

Pernikahan Masni & Asraf Pada 31 Ogos 2012

Jumaat cuti merdeka aku mengikut Ann & Faizal ke Sri Manjung, Perak. menyaksikan kawan lama kami mealui detik2 pernikahan. perjalanan bermula jam 3 petang dari rumah Ann sendiri..dengan kereta yang kurang banyak dan kadar kelajuan pemanduan Faizal, jam 5 petang kami sampai di R&R Tapah untuk solat Asar. dah makan pau kacang dan teh ais, kami menuju ke sana melalui jalan2 kampung sambil Faizal becok cerita pasal kampungnya di Bota. orang Perak sebut Bote.

ngam2 sampai Sri Manjung, ke surau taman untuk tukar baju. aku siap mandi sebab ada shower dalam tandas. super bersih. mengagumkan. dah bersihkan diri, solat bagai..ke rumah bakal pengantinla kita. elok2 je tok kadi nak memulakan majlis pernikahan.

dengan 2 kali lafaz, kawan kami Masni dah menjadi isteri kepada Asraf. alhamdulillah.








makanan adalah masakan kampung yang sangat sedap. dah berborak sakan jam 11 lebih gak baru nak gerak balik Ampang. jam 430 pagi sampai rumah.