innalillahi wa inna ilahi roji'un. itu lafaz doa yang biasa kita sebut bila dengar sesiapa yang meninggal. dan pagi ni, jam 1.18 pagi tadi, makcik kakak kepada arwah bapakku, Jamaliah Hj Sujak telah meninggal dunia.
makcik sebenarnya jatuh ketika membuat air kemudian terus kena strok. selepas diserang strok separuh badan, ahli keluarga yang menjaga makcik membawa dia ke NUH, Singapore. makcik koma, dan tinggal di wad ICU.
kak pa menyarankan aku ke sana melihat makcik, sementelahan makcik adalah satu-satunya adik beradik arwah bapak yang masih hidup. pada minggu yang agak chaos, aku dan LB berkira-kira untuk ke sana pada hari Selasa, iaitu hari ni sebab aku sudah mula bercuti. nak bawa mak sekali, mak pula tertinggal passportnya di Koyan. aku pulak memang takde passport. dah lama mati. nak buat memang boleh 2 jam je kata LB. pergi wangsa maju atau damansara. pejabat imegresen dibuka pad hari weekend sampai jam 1 petang.
dengan mak pun takde passport, kami pun batalkan hasrat. nak pergi lepas raya jelah kot. tapi nampaknya Allah lebih menyayangi arwah makcik. dijemputnya pada bulan Ramadhan!
makcik meninggal pada hari ni tanggal 6 August 2013 bersamaan 28 Ramadhan 1434H. Hari Selasa. arwah bapak pula meninggal pada 5 October 2004 bersamaan 20 Syaaban 1425H.
untuk ahli keluarga sekelian, mari kita panjatkan doa banyak2 untuk ahli2 keluarga yang telah meninggal dunia. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di taman2 syurga. Amin.
Selasa, 6 Ogos 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.