Ahad, 11 Ogos 2013

Aidilfitri 1434H - Hari Pertama Dan Cerita Sebelumnya

tahun ni sambut raya kat Bangi je. rumah kak cupa & abang musa. mak dah pilih tempat, kami anak2 turutkan je walaupun keinginan nak balik koyan tu tinggi.

aku dah bercuti sejak selasa. nak kemas2 rumah katanya. in the end basuh kain je mampu. LB pulak masih pergi kerja. ada kes kat ofis client.

malam tu merayap2 kat jalan tar. nak cari baju tak dapat yang berkenan. akhirnya beli karpet berdiskaun di Jakel. dah bayar tu dapat diskaun lagi.

rabu kami pergi pasar sg besi cari bahan nak masak kerutup daging. setahun sekali je pun aku masak resipi chef wan ni. daging segar habis, kami ke pasar borong selangor. belilah daging batang pinang RM26 sekilo. timbang kati 2 kilo lebih sikit kena RM53. takde diskaun.

sampai rumah terus sediakan bahan nak masak. LB tolong potong & rebus cili dan potong bawang. sampai keluar air mata. kesian. tapi bersyukur sangat dia tolong kat dapur. sambil2 kacau daging.

lepas tu dia dah mengantuk, tidur. aku pun sama. punyalah sejam nak tunggu daging kecut dan air kering, pastu baru nak masukkan santan bagai..

jam 610pm dah settle. LB masih kat kedai cuci kereta. dia balik je, kami cepat2 pergi Bangi nak buka puasa last day dengan family kak pa. sampai2 je mereka tengah solat maghrib berjemaah di ruang tamu. kami pun dah minum2 dalam kereta.

malam balik pergi tinjau kedai baju mana yang masih buka. nampak 2 kedai. akhirnya masuk dan beli pakaian di Gulatis, berbaloi jugak diskaun murah2.

esok pagi2 sesudah subuh kami terus ke Masjid UKM nak solat raya. lepas solat ada makan2. kami pun makan nasi impit dan kuah kacang. teh tarik sedap. kanak2 pula dapat duit raya dari pihak masjid.

sampai rumah kak pa dah lapar. makan dulu. lepas tu baru sessi bergambar. kerutup daging dah tinggal sikit. aku masak 2 kilo daging kak pa kata banyak. nasib dah tapau siap2 untuk mama.

gambar kat bawah, scroll kalau suka tengok...hehe..tak cukup korum. tak ramai yang berkumpul..


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.