Ahad, 29 Disember 2013

S4 New Skin

Sarung lama cap ROCK sudah hitam dari kaler kuning dah nampak macam kaler hitam kuning. Hari ni tukar skin barula..

Aku tak suka sangat flip cover. Tapi cover SAMSUNG ni cam cantik je..

Beli kat Pertama Complex. RM35. Thanks to Zcat.

Ahad, 15 Disember 2013

KANDUNGAN MINGGU KE-27

Cerita berkenaan macam mana aku tak tahu yang aku ni pregnant agak korang rasala lepas aku cerita...

Disebabkan aku alami sakit pinggang yang buat aku tak senang duduk...aku pun pergi mengurut kat wah tor tit tar di Puchong.  Kemudian lepas balik mengurut mc sebab lebam2 dan satu badan sakit. Doktor kata aku ada slip disc.

Bila cerita kat seorang runner kat office dia kata pergila ke kelas renang untuk betulkan. Kelas renang ni conduct by conductor yang berlesen dari US. Masa pergi aku tengok latihan memang agak tough. Aku pula rasa semacam.  Dia kata if you suspect you're pregnant than better check. Sebab masa tu period aku bukan lewat 2 bulan.. dah 4 bulan. Haha. Inilah problem bila period tak tetap..tak pernahnya nak risau....

Oklah...aku pun beli pregnancy test dulu. Yang tertulis 99% accurate.  Brand watson je. Masa tu 30 September 2013. Isnin. Patut aku ikut zcat pergi kelas agama selepas maghrib tapi aku macam tak larat. Sekali test.... satu simbol -+ sudah appear.  Kalau ikut kotak pregnant la. Oh tunggu....aku tunggu zcat balik dan tunjuk keputusan. Dia pula tak faham. Amenda? -+ ? Hahahaha. Selepas diterangkan aku cakap takpe esok I pergi cek kat klinik bawah ofis.

Esoknya aku pergi buat test..doctor kata confirm pregnant ni. Aku bagitahu zcat melalui WhatsApp dia pula tak jawab2. Ok relax.. malam tu kami bincang akan pergi jumpa doctor panel pula on weekend.

5 October 2013 sabtu barulah pergi. Cerita kat mo dia kata jom terus scan. Yay!!!! Aku pula yang terkebil-kebil. Sekali scan... bukan daging dah fetus ok. Dah lengkap. Hahahaha...17-18 weeks dah.

Bila bagitahu zcat, kami 2-2 mengalir airmata. Aku sebelum tu masa scan dan berair mata tak henti2. Maka ya.. terusla belajar mengusap perut dan tak sampai seminggu baby bump dah kelihatan.  Bye bye jeans and baju kurung.

Pada kawan2 memang lambat aku ceritakan sebab aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Aku ni nak menjaga hati yang berbilang2.. even zcat pun nak menjaga hati beberapa orang kawan. Maklum kami ada orang2 yang rapat dengan kami sudah berumahtangga sekian lama tapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Kami pun tak mahu terlalu excited sebab macam2 perkara boleh terjadi. Alhamdulillah semuanya sihat sehingga check out terbaru ialah pada hari ini. 

Ahad, 8 Disember 2013

Sebelum Balik Dari Singapura

pagi2 lagi kami dah bersiap nak keluar dari rumah mak etty. yelah flight jam 630pm tapi kami nak jalan2 cuci mata dan beg duit sikit. hehe.

terus naik bas ke MRT kami ke JEM (Jurong East Mall). nampak Starbucks, terus duduk2 nak minum. semua dalam tu Cina je. kami je Melayu. tengah sedap2 minum - actually tak sesedap di Malaysia. air aku pesan tak selazat di Malaysia, tak tahulah kenapa.. tiba2 ada seorang makcik Cina ni bertegur sapa dengan kami dalam Bahasa Melayu. tanya2...macam2.. in the end, oh you Melayu pandai ya minum Starbucks? Oh man! sentap kott...


selepas dah minum kami pun masuk Robinson. tengok perfume. Singapore itu jelah yang murah. kalau dah beli dapatkan resit untuk pulangan cukai di airport nanti. 10% pun duit juga...



lepas tu kami terus ke airport je. tak kuasa dah nak jalan2. beg pun dah penuh sangat..

beg boleh expand. pijam adik ipar punya. sangat puas hati dengan kualitinya. 360 katanya.

skytrain to terminal 1


salah satu hiasan airport

bukan hiasan biasa....
kat sini kami ke Starbucks lagi tapi takdela cina datang tanya2 macam kes tadi. lepas dah check in kitorang merayap dalam mall airport pula. tak pasal2 ada orang datang tanya2 sikit kemudian dapatla sebotol perfume kecil. sebab lelaki punya, zcat la dapat. 

alas perut

coklat kat sini pun murah2 tapi aku takde hati langsung nak beli, perfume memang lebih murah. tapi perfume yang aku beli kat Robinson JEM berbaloi2 sangat. sebabnya, beli dapat hadiah macam2. kat airport tak dapat hadiah..huhu....suka hadiah aku ni...

tempat untuk claim tax balik



bye changi

hello LCCT

 well kalau bukan sebab mak beria-ria ajak aku ke Singapore, aku mungkin tak pergi. malas aku nak ke Singapore ni. bukannya ada atuk nenek dah. tapi saudara mara memang ramai.

Selasa, 3 Disember 2013

Singapore Trip 2013

26 Oct kami menaiki Air Asia ke Singapore. kenapa air asia? sebab air asia je murah tambangnya time tu... yang pergi aku, adzman, mak & abang choy. flight hanya selama 50 minit. kami tiba di Changi airport jam 1250pm. check out semua kami naik sky train ke terminal 3 dari terminal 1. sampai terminal 3 kami naik SMRT ke Jurong East selama hampir 1 setengah jam.







sampai kat rumah pak busu, hujan turun. diselangi dengan lagu2 dari karaoke bawah rumah flat. ada kenduri kawin. lagunya dinyanyikan sampai jam 1030 malam. disebabkan hujan, kami duduk jelah dekat rumah. makan tidur makan tidur. hehehehe. mak etty lak masak sedap.

malam tu pulak abg shuib satu family dan kak jah datang melawat kami. maka berborakla sakan sebab last jumpa time aku bersanding hampir setahun yang lepas...

esoknya baru kami jalan2. so rumah pertama ialah rumah mak anna di Serangoon dengan menaiki teksi...okay nama penuh makcik aku yang berumur 81 tahun ni Ideriyanna. see nampak tak nama2 kami ni tukar belakang je.. hehe. mak anna masih kuat cuma katanya tulang dia dah mereput. mak anna belanja kami makan tengahari nasi beriyani Islamic. popular di Singapore katanya.



Selepas balik dari rumah mak anna kami ke rumah mak annie pulak di Chai Chee Avenue. mak annie tinggal sorang2.  mak annie ni anak dia 2 orang dah meninggal sebab kanser. aku pulak mengantuk masa sampai kat sini. dah makan2 biskut dan minum air gas aku tido jap. hahaha. bila bangun abang hamid dah sampai. ok kami semua keluar ke rumah abang hamid anak mak annie kat Joo Chiat.


Rumah abang hamid ni di kawasan rumah teres. kira di Singapore kawasan perumahan mewahla. rumah yang biasa keluasan dia tapi harga dah sejuta dollar. abang hamid ni keje dengan gomen singapore. kata mak etty dia buat kira2 or audit macam adik aku. yang penting, bini dia pandai masak. sedap. makan sampai siap tapau.


lepas dah makan semua, abang hamid hantar kami ke stesen MRT. kami berdua nak jalan2 ke Marina Bay. puasla mak dan mak etty angkut barang makanan pemberian saudara mara. termasuk air gas dari mak annie. hehehehe.


i'm melting...on the way to jungle park
marina bay in day

marina bay in night
model tak berbayar kami sebab tak diundang pun dalam ganbar ni..!!

ferris wheel 35 dollar seorang..tak berbaloinya..

inside marina bay

adala beberapa orang baling duit buat wish kat telaga ni

sekali keluar air mencurah-curah. kemana kah duit tu dah pergi??

up-close sikit. nampak tak ada ada outlet

siap boleh naik sampan tapi tak tahu berapa dollar..
kami duduk kat sini sambil2 menikmati telaga kat atas tu. kuat juga percikan air. dah macam bunyi mesin basuh pun ada




lepas tu dah penat kami pun jalan-jalan. nak balik dah. naik MRT kena berdiri. sama je dengan perangai orang kat Malaysia. ko bunting ke tua ke, ada diorang prihatin sangat nak bagi duduk?




sambung esok-esok.. balik rumah mak etty malam tu nak tidur je dengan nyenyaknya.. nasibla balik kami naik taxi mpv.