Rabu, 31 Disember 2014

Good & Bad Things In 2014 For Myself

Good things come first..

  • have a baby.
  • got bonus.
  • 2 months maternity leave.
  • 24 days on leave.
  • 3 days ROD leave.
  • 11 days MC.

A Basket of flowers on my birthday..thank you my dear Zcat.

We checked in Port Dickson in January,
Penang in June,
Cameron Highlands in August,
Segamat and Malacca in October.


Bad things?
High pressure on maternity and after post-natal.
Diabetic on maternity.
High cholesterol recently found in December.
Obesity.

No comments.

Isnin, 22 Disember 2014

Hadiah Kasih Sayang Katanya..

Erm hadiah ni sempena apa?
Tak perlu occasions untuk bagila..
Yelah tapi untuk apa?
(sambil sengih...)

Hadiah kasih sayang...

Thank you!!

Perempuan memang macam ni. Semua benda dibuat mesti nak tahu alasan. Mujur la dia si lelaki itu nak bagi jawapan.. buatnya dia buat tak tahu je...dia juga yang rimas esoknya kena tanya lagi. Kan senang bagi jawapan!

Sebenarnya aku pun mengada. Merengek a.k.a. minta perfume. Perfume sedia ada dah nak habis. Dan dah bosan juga memakai wangian yang sama. Akibat termakan cerita budak lelaki yang cute ala anak ikan di Isetan tu..Maka aku pun nak cubalah. Yang ruginya botol 100ml dah habis sebab diskaunnya sehingga 30%.

Masih belum pakai. Tunggu occasions special sikit untuk kali pertama.




Tapi Salvatore Ferragamo tu pun sedap juga baunya. Dan dan tamak kan. Nak kena berjimat ni.

Jumaat, 12 Disember 2014

Bowling Tournament Via Department

hari ni ada tournament bowling. aku minta laki jemputla nanti di Berjaya Times Square. biasalh main kat kawasan milik Company. sebelum tournament start, aku pergi makan Sushi King dulu dengan laki. bagi stamina. yo lah...



aku bukan pandai main bowling pun. tapi sebab dah kena paksa..aku baling la jugak bola tu...kumpulan aku tak ramai. siap tak cukup korum sebab Azman kena balik jemput anak dari kem, kemudian masuk si Ahamad tu tapi macam dah 3 turn balingan baru dia sampai.. hahaha..nangisla kami 2 orang - aku dan Izan. ada nama Azman, tapi kami yang mainkan untuk dia. camnor....dahler kami 2 orang pun tak reti membaling. sesuai...untuk kalah.






aku diumumkan sebagai pemenang kedua tercorot. hahahaha. rugilah. sebab paling corot dapat hamper..aku dapat apa je....kupon Watson's je....dan kupon main bowling. aku bagi kawan2 je...tak kuasa aku nak main..



dan mug. tapi....gambar mug takde..hehehe..

Ahad, 7 Disember 2014

Boat Noodle, The School By Jaya One






Budak ni minum susu je

Aku makan 6 mangkuk je.


Macam tepung pelita RM1 untuk 2. Masa dia hantar kuih ditelangkupkan bekasnya

Meat ball dan chicken ball

Ayam goreng




Overall bolehla diulang makan. Tapi takdelah sampai 69 mangkuk..katanya itu untuk seorang makan paling banyak setakat ni.

Inilah percubaan pertama kami pada hari ni 7 Disember 2014 di The School. First round kuah dia sikit je 2nd round baru banyak sikit.

Alhamdulillah.

Isnin, 24 November 2014

VIP Hotel, Segamat

Kami menginap di hotel ini kerana esoknya 22 November nak ke kenduri kahwin Nadiah & Muiz di Labis.

Hotel ni terletak berdekatan dengan bandar Segamat dalam 3km. Dan dengan Labis dalam 30km.
Dapat 2 topi percuma semasa daftar masuk.
Kami mendaftar hari Jumaat jadi orang masih belum ramai. Parking kereta pun betul2 depan lobi hotel.




Dalam fridge ada minuman halal dan haram. Nak minum sila tengok menu dulu. Coke pun dah berapa jadi tunggi jelah malam karang keluar.


Ada banyak lukisan jenis macam ni dalam bilik dan luar bilik

Yang penting boleh mengesot tanpa was-was

Pancuran dia 4 segi. Punyalah laju air dia..best betul mandi


Air pili ni kena pandai adjust. Maunya laju sakit woo..


Hotel ni antara fasiliti yang aku nampakla ada wifi, swimming pool, gym dan parking. Ada hotel takde parking tau. Pandailah korang cari...lif ada 1 je. Kecil. Kami 3 beranak dengan stroller terus penuh.

Hotel ni taraf 3 bintang tapi pada aku macam lebih tinggi je. Bersih,  layanan yang mesra dan Zcat terkejut sebab diorang tak ambil tip untuk tolong angkat barang. Wahhhhh!!!!

Kami cuma tidur semalam. So ada breakfast esoknya. Aku makan bubur nasi, kuew tiaw sup, buah-buahan dan telur+kacang panggang. Caj semua RM189.
Wajib ni makan setiap kali menginap hotel. Cuma takde hash brown dan sausage je


Kononnya nak bagi dia duduk dalam baby seat tapi baby seater ni tak sesuai untuk dia yang kurus ni

Duduk jelah diam2 dalam carrier tu


Ok dah siap nak pergi kenduri kahwin. Pakai lilit je shawl tu. Dah tengok video tudungpeople dan simplehijab.my pun fail jugak. Sudahnya ikut rasa diri tu cantik pakai camtu sudah...
Aqlan pun nak bergaya juga. Kalau takde sale 70% memang ko tak merasa baju Polo tu nak. Begitulah bila dapat mak yang nak bergaya tapi beli pada harga sale.

Aku rekomen korang stay hotel ni bila pergi Segamat. Pagi2 boleh dengar ayam kokok. Feeling kampung dalam bandar. Satu hal lagi bandar ni banyak benar stesen minyak. Jadi takyahla bimbang pasal minyak habis. Contohnya sebelah kiri kanan hotel ni ada stesen minyak. Kalau lapar nak kudapan pergi jelah jalan kaki..hehe.