Khamis, 23 Oktober 2014

Wagyu Steak At Me'nate - Happy Birthday!!!

21st October @ 1 Ramadhan is his birthday. So tanya hadiah nak apa berhari2 tak dapat fikir so kita hold je kat situ. Hahaha.

Pagi 21 tu makan apam beras je. Tu pun kena share dengan aku. Tu pun nasib jumpa makanan buat sarapan kalau tidak memang tak sarapan pagi tu.

Malam nak keluar dinner. Cam hujan. So tengok cuaca  la. Kalau berhenti hujan jauh sikit pergi. Macam2 difikirkan. Ingat nak makan salmon or kod je kat Fresco Jaya Grocer di Intermark. Last2....

Ke Me'nate je. Dekat dengan rumah. Lagipun dah lama tak pergi.

Lepas  isyak  kami bertiga pun pergi. Hujan dah berhenti. Dapat parking pun senang je.

Nak dapat  meja kena beratur.  So tunggula setengah jam. Masa tu dah jam 9 malam. Kedai tutup jam 10 malam. Lalalala.

Kami pun duduk dan pilih daging. Oh yeah ku pilih Wagyu tenderloin. Berapa gram? Entah tak tengok pulak...nak ambik isi dan cukup untuk 2 orang makan.

Bila order steak kat sini air free flow. Kalau tak habis charge per glass. Okehhhhh.

Aku minum kopi. Ya sedappppp minum kopi malam2 sebab esoknya tak kerja.

Mari layan gambar. Kat instagram dah upload 2 hari lepas.


Harga daging Wagyu tu memang mahal sikit. Aku pilih harga RM175. Nikmatnya makan daging ni. Terbaik sepanjang aku hidup kat dunia ni. Zcat  cakap  kat Syurga nanti makan pisang pun setahun. Begitu sedap  makanan di dunia dah tentu sedap berganda2 makanan di syurga.

Lepas makan katanya tak perlu beli hadiah dah. Ok take  note. Haha.

1 ulasan:

  1. ahahaa..suka2 je ckp xyah beli hadiah lain. tp abg zcat pun cm xnk hadiah kot..ahaha..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.