Ahad, 9 November 2014

Mana Nak Beli Susu Karihome Ni?

Update 3 November 2016

3 tempat je murahh..


  1. Mydin Subang RM103.40 belum masuk tol, dan parking
  2. Manjaku Bandar Baru Bangi RM104 belum masuk tol
  3. Farmasi AA Seri Petaling RM104 bayar minyak je. Paling dekat dengan rumah. 


Paling mahal aku tengok kat Guardian KLCC Sabtu lepas.

Update 15 May 2016

sebab entry ni ramai yang google, saya bagitahu berita terkini sikit. 

untuk step no. 3, kami masih teruskan dengan Karihome sebab susu lembu Aqlan tak suka. dah mencuba saiz sample akhirnya membazir. begitu juga susu soya pun akhirnya bagi pada kawan yang anaknya minum susu soya.

step no. 3 susu makin mahal ya. 900gm lebih kurang RM100. semua kedai kat bawah ni kami ada kad ahli KECUALI GIANT; sebab nak kumpul point. jimat sikit bila dah kumpul point banyak2 tu boleh dapat cash voucher atau dapat beli barang dengan diskaun tambahan.

  • AEON RM105.
  • MYDIN RM105. tapi akan didiskaunkan RM6 di kaunter bayaran tinggal RM99.
  • MANJAKU RM99.90.
  • BIG PHARMACY  RM104.
  • GIANT RM105.
semua susu Karihome ni kena ambil kat kaunter khas dan bayar kat situ KECUALI MANJAKU, AEON & BIG PHARMACY 

kami selalu beli 3 tin. sebab Aqlan minum 1 tin untuk 10 hari. satu hari consume dalam 24oz.



ENTRY ASAL 9 Nov 2014

Punya susah beno nak cari susu kambing jenama Karihome ni. Sejak Aqlan masuk umur 6 bulan kami bagi dia minum susu kambing. Tapi sebelum tu sempatla minum Anmum Langkah 2 satu kotak je.

Susu bayi especially yang bawah 1 tahun or lebih senang dipanggilnya susu formula harga dia memang mahal sangat.

Walaupun sampai la ni aku masih dapat susukan Aqlan tapi tak cukup. Aku juga dah berhenti mengepam susu sejak Aqlan masuk 7 bulan. Sebabnya bila pam dapat 2oz je.

Jadi Aqlan dapat disusukan hanya pada waktu malam time balik kerja dan time dah di atas katil. In between on that dalam jam 10 malam kena bagi another 3 or 4 oz susu kambingla.

Kalau kat umi pengasuh dia tu Aqlan minum boleh 6oz satu masa. Banyaknya ko minum nak. Dari pagi sampai petang boleh minum 5x kadang2 tu cerita uminya.

Haa lepas dah masuk 6 bulan boleh kasi makan puree kan. Aku buat juga. Susu ada juga. Dah 8 bulan baru makan rice cereal for baby. Kenapa panjang sangat cerita beli susu ni? Nak kabo yang banyak mana dia minum dan betapa payah nak cari stok susu ni.

Mula2 test Aqlan minum 1 tin seminggu. 1 tin Langkah 2 400gm je. Harga....ya mari kita cek..

AEON dan apakah nama supermarket dalam 1 Mont Kiara  RM51.20
Giant dan Jaya Grocer RM49.90
dan kata doktor yang merawat aqlan sejak lahir kat Manjaku pun ada tapi tak tahu berapa harganya.

The trick is bukan selalu ada stok susu ni. Bayangkan kalau ada ibu yang terus nak beli 10 tin. Memang ada ya. Aku baru je terlepas beli sebab dia punya pasal. Tapi nasib dah beli 4 tin masa tu di Giant Kelana Jaya.

Haaaa tak semua Giant ada. Hanya Giant yang besar2 macam Kelana Jaya tulah.

Kalau nak beli online pun ada. Tapi bila kira kos pos tu pastu minimum kena beli 4 tin. Harga lebih kurang gak. So ikutla cars korang merancang pembelian susu anak.

Style kami beli bila dah tinggal 2 tin. Mana tau kot tak jumpa lak masa tinggal setin.

Yang bagusnya susu kambing ni sejak Aqlan minum dia dah kurang muntah. Kalau tinggal semalaman pun belen susu dalam botol dia takde bau basi busuk macam susu lembu..

Aku memang tulis no kat tin. So taula dah berapa tin dia minum.

Demi keserasian aqlan kami teruskan membelinya. Sebab percaya susu kambing ialah susu terbaik selepas susu ibu. Tapi jangan bagi susu kambing biasa kat bayi bawah setahun ya. Mesti formula la.


20 ulasan:

  1. Ehhhh dulu masa beli memula kat mana? takder ker kat tempat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aeon la. Tapi mahal. Sekali 4 tin zass rm200++. Tapi stok memang kurang. Selalu tinggal 2-3 tin ja..

      Padam
  2. ada satu lagi susu kambing...ko try mummylicious...aku pernah try ni kt fayel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah try susu ni tak sedap. Anak tak suka. Bapaknya tak suka tapi habiskan juga sebab membazir lak kang. Maknya confirm tak mahu minum bila tahu tastenya.

      Padam
  3. Kat manjaku bangi ada la. Aku tau pun sbb 1 thun aku bli susu S26 kat situ. Pas anak aku 1 thun, aku tukar enfagrow. Enfagrow kat speedmart lgi murah. Skang ni sbulan susu 9 kotak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyaknya Hakim minum tapi tetap kurus. Fayel gak best dipicit. Hehe

      Padam
  4. Aku ske s26 sbb anak aku jarang la demam, selesema or batuk. Smpai skang anak aku cuma 1x selesema teruk, 2 hari la dia susah nk tido sbb selesema. Tu yg aku maintain S26

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah serasi teruskan je. Kami memang nak bagi susu kambing jadi bajet siap2 hehe.

      Padam
  5. Anak aku baka husband aku. Sume belah sana kurus2 belakan. Kakak ipar aku anak 6, bdn kurus. Klu kumpul ramai2, aku yg pling gemuk. Malu.. Huhuhu

    BalasPadam
  6. Anak aku start 1 thun, mnum susu byk. Ko tnggu lah 1 thun t. Sure makin bertambah.

    BalasPadam
  7. anak sy pn minum susu karihome. dr step 1 sampai step 3.alhamdulillah di kawasan kami mudah nk dpt stock.1st time dl beli di eon big.agak pricey.skarang sy beli kt kedai sensei je..dpt murah rm30-40 jugak lh dr hrga kt eonbig

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak duduk mana? Saya sekarang beli dengan Farmasi Big dapatla point. Harga pun RM98 step 3.

      Padam
    2. Nk tau jgk kt kedai mane jual hrge lbh murah? Area mane?

      Padam
    3. Untuk step 3 Ok beli kat Mydin. Walaupun harga tertera RM105.90 tapi bila bayar dia jadi RM98.90 jimatla RM7.

      Kalau kat Manjaku RM99.90

      AEON RM105.90 - harga asal yang di print kat tin.

      Padam
  8. susu karihome step 3 ni kat mydin da mahal ke sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mydin harga masih masuk akal. Memang harga susu step 3 mahal. Step 4 lagilahhh...

      Padam
  9. okay xsusu ni utk ank yg sembelit sis??

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far elok untuk anak sulung saya la. Tapi dia dah stop minum bila dah usia 3 tahun. Takde sembelit la..elok je..alhamdulillah

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.