Saturday, March 21, 2015

30 Jamadilawal 1436 = Isi Blog Lebih Banyak Ditaip Melalui Smartphone

kenapa sekejap rajin update, sekejap malas. datang rajin, hari2 ada cerita. datang malas....ko tunggulah 2 minggu kemudian.

cerita banyak. tapi kena pilih mana yang sesuai untuk diceritakan.

kadang masa tu aku banyak baca blog orang. especially follower yang baru. ada follower baru lagi ke aku ni...orang lain dah beribu..aku tang tuuuuu jugak.

sebab apa aku suka menulis blog melalui smartphone?

  • dia eja untuk aku perkataan yang dah biasa ditaip.
  • senang kat mana2 pun boleh. especially time dah baring anak dah tidur - itu sebab power mata aku naik mendadak.
  • netbook Asus aku keyboard dia tak best. betul cakap ni. nak desktop tak dapat2 lagi. satu lagi kalau dah dapat desktop mana aku nak taruh. rumah aku besar kelas 40 orang pelajar je kot.
  • direct dapat upload gambar. aku memang malas nak transfer ke netbook atau share dalam dropbox. sebut pasal dropbox, Samsung bagi aku kurang 2 bulan untuk upgrade ke premium atau aku mungkin kehilangan semuanya. ceh.
  • melalui smartphone aku boleh edit gambar direct je. ada gambar besar pixel size memang perlu dikecilkan.


tapi sekarang aku rasa teruja sebab banyak sangat baca kisah dari blogger terkenal, diorang tulis biasa2 je kot. ye aku tak menajana banyak pendapatan dari blog ni. sebab ni kerja sampingan aku je. lagi satu sejak ada Instagram, aku banyak share kat situ.

aku bukan jenis nak share semua mak nenek. atau share benda yang sama kat laman sosial yang berbeza. contoh kat Instagram,Facebook or Blog. mintak maaf FB aku dah diabaikan berbulan sudah sejak aku buat announcement aku nak delete almost everything. FB tu jadi tempat memfitnah paling rakus aku rasakan. baik aku kasi dia off. hahahaha.

cakap pasal fitnah, aiseh awal tahun aku dah kena. malas nak ambik pusing. bila difikir balik aku memang sentap sikit kalau difitnah, yelah benda tak buat, tup2 nama naik popular je, kalau orang mengumpat benda tak elok aku pernah buat, aku tak sentap cuma aku rasa memang hodoh betul sikap tu. dan sikap mengumpat tu hodoh juga sebab ibarat membakar kayu api. ah sudahlah, kalau cakap pasal hadis mengumpat kang, aku memang akan kalah dengan si jahil bak kata Imam Ghazali. dengan tiba2 teringat pasal aku blog golongan Syiah. baru cakap sikit jeeeee.....aku juga yang kenaaaaa.. baik lah aku diam.

ok ni dah mengarut dari tajuk asal.






Previous Post
Next Post

About Author

4 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.