Sabtu, 30 Jun 2018

Unboxing New Samsung Microwave Oven

Microwave lama dah start tak panas sejak sebelum bulan puasa lagi. Kata laki dah 12 tahun pun. Oklah lama tu berkhidmat.

Mula2 laki nak beli kat Lazada je. Pastu dia fikir nanti dihantar ke ofis kena caj RM20. Pastu nak bawak balik kena turun naik tangga dia penat. So kami pun ke Klang. Jauh tak? Laki cakap ni kedai yang sama jual kat Lazada.

So dia dah jumpa apa dia nak. Patut masuk kedai tunjuk dan bayar. Ni sekali dia diperkenalkan dengan model baru. Kat Lazada pun belum ada. So dah tergoda. Lagi satu kali ni besar dan ada banyak function. So dia tergoda lagi. Aku memang tak join the deal sebab duduk dalam kereta je dengan Aqeel. Alih2 pekerja kedai datang nak masukkan dalam kereta.

Ok boot kereta Haval ni tak muat. Last2 letak kat seat belakang sebelah aku. Ni model H4 kecik ya. Macam mana nak cakap tak tahulah. Kot ada yang nak beli Haval. Tapi Haval ni mak mertua punya ok. Kami pinjam je. Dalam kereta ada 5 orang. Termasuk adik ipar la. Haha ada kemungkinan nak kena beli kereta lain lagi besar. Tengoklah mana rezeki Allah bagi. Banyakla citer...citer microwave bawah ni haa.

Harga RM1099 dibayar hanya RM799

Microwave oven jadi harga mahal sikitlah kalau microwave biasa RM200-RM300 dapat dah

Maka adalah angan2 nak buat kek



 

Hanya ada warna putih buat masa ni. Aku ingatkan laki beli hitam.

Untuk grill dan stim


Tengoklah pulak microwave lama...sian dia nak kena lempar. Tapi akan dihantar ke pusat kitar semula dapatlah duit sikit.

Dah kelupas atasnya

Dah 12 tahun tapi aku pakai tak sampai 6 tahun. Haha yelah aku kawen dengan laki belum sampai 6 tahun kot. Hahahaha.

Sabtu, 23 Jun 2018

,

Banyak Yang Aku Tak Tahu Pasal KKM

Kalau nak cerita sejarah dengan klinik kerajaan, perkara paling sadis ialah time nak kena cabut gigi. Masa tu sekolah rendah lagi kot. Bapak bawak aku pergi untuk cabut gigi. Tapi aku punya takut menangis sampai tertanggal handle kerusi cabut gigi. Hahaha..tu kat Sg. Koyan la. Yang lain2 aku ingat kat klinik tu teman mak pergi check up Yome. Timbang2 budak tu. Ehehe. Now adik aku tu pun dah 36 tahun.

Oklah kalau nak citer pasal pengalaman2 kat klinik kerajaan ni banyak pulak..ni aku nak citer pasal masa sekarang jelah.

Baru2 ni aku pergi KKM sebab nak cucuk vaksin untuk Aqeel. Masa tu laki hantarlah..siap dia ambil cuti..actually MC sebab sakit tekak.

Aku pun macam biasa sorong budak ni letak luar kawasan kaunter pendaftaran. Sebab tak muat masuk stroller. Dah daftar rawatan untuk anak sekali aku pulak kena panggil. Buku Ibu mana? Eh eh..aku blur..aku memang tak bawak dahla sebab aku rasa aku dah settle. Kekeke.. dah beranak kan..pastu dia minta nombor IC. Ok...sekali dia bagi aku cawan kertas kecil untuk buat urine test. Mengapa? Mengapa? Katanya aku dah sebulan kan kena test urine dan darah. Mengapa? Hanya soal dalam hati.

Aku pun call laki suruh dia datang untuk jaga Aqeel. Yelah aku nak kena p toilet la kan. Nasib la laki belum balik. Sebab parking kat KKM Batu 14 Puchong ni memang takde ok..dipenuhi dengan kenderaan staff je kot. Cepatlah bangunan baru dibuka...alahai..

Laki aku pun datang dan blur2 juga tanya kenapa? Aku cakap entahla..kenapa kena uji semua ni. Ke sebab aku ada kes high BP? Dulu misi call dia takut aku pengsan. Macam2 la tapi aku ikut jelah cakap diorang.

So aku kena settlekan hal aku dulu sebelum Aqeel. Buat urine test dan amik darah. Hantar makmal. Kemudian baru Aqeel kena periksa. Timbang berat semua. Pastu cucuk vaksin. Dahla satu dunia KKM tu dengar dia menangis lapar sebelum tu sekarang tambah sebab kena cucuk pulak.. ok pasal vaksin kat KKM semua ada kecuali Rotavirus dan Pneumococcal. So yang 2 tu kenalah pergi private klinik. Oklah kan..jimat banyak dah ni. Setakat ni satu sen pun belum kena sejak2 bawak Aqeel ke KKM.

Dah settled semua kami pun baliklah. Semua urusan dalam sejam je. Cepat dan laju je. Takdelah tunggu lama2. Orang kurang ramai mungkin sebab masih bercuti raya..masa bulan puasa hari tu penuh...sampai nak cari tempat duduk pun kena melilau mata.

Balik rumah petang tu dapat mesej dari KKM pasal reminder untuk next visit. Aku dengan laki macam what? What? Wahhhh..ok dulu Aqlan semua buat kat Az-Zahrah sebab dapat claim tanpa batas. Now claim medical dah terbatas jadi pandai2lah kan. So aku memang blur2 pasal KKM ni untuk rawatan bayi la. Untuk aku lak tengah fikir nak pindah ke dari KKM Bandar Tasik Selatan ke Batu 14. Hurmm..untuk memudahkan.

Gambar sehari sebelum kena cucuk. Kalau mata anda tajam nampaklah kesan jahit kat bawah lengan dia tu. Kesian kecik2 dah kena tebuk. Bertuah nyawa kau panjang nak oiii..

Ada la 2 follow up kena pergi balik ke Hospital Serdang untuk Aqeel. Paed dan ENT. Semoga membesar dengan sihat anakku.

Isnin, 18 Jun 2018

,

Meriah Raya 2018 Kerana Aqeel Shah

Tahun ni memang takleh kemana2. Laki dah warning dah 6 bulan baru jalan jauh2. 6 bulan kau...melepasla aku nak ke kenduri kawen anak buah bulan 6 dan bulan 8 ni.

Sekadar recap...mampu ko aku nak recap ni macam masuk kelas pulak..hari ke 7 lepas aku bersalin dah ke hospital hari2 selama 5 hari tengok baby di NICU Serdang. Kemudian ke KKM pulak untuk cek jaundice. Jadi laki cakap dah macam tak berpantang..jalan pulak laju2 padahal kena czer. Tak sedar diri macam kuat sangat. Well takde sape happy beranak anak tak ikut balik..siap masuk NICU. 12 hari pulak tu.

Ok habis recap.

Disebabkan aku takle ke mana2 jadi aku buat persediaan ala kadar je. Sebab yakin akan ada yang datang menziarah di hari raya....1st time kot...rumah kami orang datang raya. Setiap tahun memang kami tak de di rumah balik kampunglah..

Mula2 aku tempah kuih raya dari anak buah. Laki juga tempah dari kenalan dia. Kemudian panggil helper kemas 2 hari sebelum raya. Rumah bersih.

Malam raya adik ipar masak daging hitam 2kg. Laki rebus ketupat adabi (better Nona uolls) tapi takpelah kan..habis juga makan ketupat. Esok pagi raya adik ipar balik beraya dengan mertua. So kami kat rumah 4 orang tunggu jelah siapa datang.

Hidang air kosong je?

Lepas Jumaat dalam jam 3 lebih camtu barulah ada yang datang iaitu kak Dewi dan anak2 serta cucu2. Kemudian datang juga anak2 yatim dibawah jagaan anak buah satu van Starex. Nasiblah ada ayam boleh masuk airfryer. Alhamdulillah makanan cukup. Rumah memang meriah.. rasa gembira kami semua ni bila ramai tetamu datang. Dalam hati laki risau makanan tak cukup tapi kak Dewi kata dia faham sebab datang rumah orang berpantang. Hahaha. Tumpuan kat Aqeel la. Cerita sikit2 je pasal Aqeel. Depa pun dah seram dengar. Okay makan jelah banyak2 hehe. Jam 6 mereka semua balik.







Sampin laki hilang kemana..



Pastu aku pun layan TV jap. Dah lama tak tengok cerita oiii..tiba2 adik ipar dan mertua sampai jam 7 malam.

Esoknya adik ipar dan mertua masak laksa pulak. Mertua ada bawak rendang ayam, ketupat palas dan lemang...haish takle makan. Aku makan rendang ayam sikit. Sikit.? 2 ketul gak aku makan.

Jam 4 petang camtu kak Ted dan Yome lak sampai. So diorang ni terkejut tengok aku kurus. Aku baru turun berapa kilo je. Makan tengah pantang kan..bolehkah aku turun 20kg? Phewww..

Mak ada sekali Yome bawak dari rumah kak Pa. Kak Pa lak tak datang sebab tak sihat. Demam katanya. Makan dan makan jelah. Bertambah2.













Cucu mak yang ke 52




Kisah Tetamu Tak Diundang

Dalam jam 6 lebih tiba2 ada bunyi ting tong. Laki aku keluar tengok ada budak nak datang beraya. Laki aku ok je. Sekali mak budak tu pun ada. Terus rasa bizarre. Tak kenal, tak tahu siapa dan dia datang beraya dengan anak2. Semua ahli keluarga aku tertanya2. Aku pun tak tahu nak jawab apa. Laki aku je borak2 dengan dia. Siap bila balik bagi mainan dari kedai 2 ringgit. Aku pulak siap baca ayat qursi hembus ke laki. Korang rasa? Laki aku cakap dia datang dari Cheras dan nak beraya ke rumah sedara di BK6 which is jauh lagi dari area rumah kami. Aku masih rasa aneh tapi laki aku positif siap doakan moga anak2 dia (wanita misteri itulah) akan menjadi seseorang dan boleh jaga mak dia. Sebab katanya macam dari broken family macam takde laki. Tak silap aku datang naik motor. Ada beberapa pandangan yang mungkin buat wanita tu terasa..maaf kami memang sangat pelik...

Esok hari Ahad tu pulak makcik laki dari Sg. Long datang melawat. Tapi dia takleh cium baby..sebab dia selsema. Ye ye...yer...baby dahla istimewa jadi kalau ada sakit jangan cium dan dokong baby tak kiralah anak siapa pun. Sebab mak pak baby tu penat dah menjaga..cuba sedaya upaya supaya baby tu sihat sejahtera..semua pun atas izin Allah.

Itu jelah kisah raya 2018. So aku takde kasut atau beg tangan raya. Pakai selipar kepit je atau sarung. Hahaha.

Rabu, 13 Jun 2018

, ,

Bila Anak 2, Masa Tidur Adalah Paling Berharga

Masa anak sorang dan baby macam tu jugak. Cuma bila sorang dah 4 tahun sorang tak sampai sebulan, kelam kabut gak. Rutin harian memang berubah.

Waktu makan jadi lain, mandi, even nak buang hajat. Selagi boleh tahan ko tahan. Kadang2 ganggu emosi sangat.

Yang abang tak reti jaga adik. Adik nangis dia tahu datang kat aku masa di dalam bilik air dan tunjuk arah adik dia tengah nangis. Mak boleh nangis camni. Kadang gosok gigi pun tak sempat. Sikit2 cukup. Mandi ala kadar sambil telinga pasang kot anak menangis.

Malam2 dia boleh bangun dan nangis sebab gelap dia tak suka..dia nak borak2 atau orang teman dia. Kalau berak sekejap je dan dan dia nangis minta ditukar diapers. Dia punya nangis bapak dia pun tak boleh pujuk.

Chaiyok la kat aku wei.. walaupun happy kadang rasa penat sangat2. Letih sebab tak cukup tidur. Kerjasama dan bantuan laki amat dihargai. Thank you Zcat San.

Kadang2 je guna. Terutamanya waktu nak makan.

Jumaat, 8 Jun 2018

Goodie Beg Dari HIAZ, Bangi

Beranak kat sini dah 2x. So ni kali kedua dapat goodie beg.

Nak jadi cerita kan keluar wad takde anak dibawak keluar, sebab baby kat NICU Serdang, jadi aku disorong sorang2 atas wheelchair. Feeling nya hanya Allah je tahu. Takde sape berani tanya. Hanya tengok aku berlalu dari 2nd floor ke ground sampai depan pintu kereta. Nak keluar ni kereta dibenarkan ambil kita di kawasan ambulans.

Sebelum keluar macam2 mak nenek staff nak settlekan. Mula2 buat dokumen untuk bayar bil. Dah bayar, ubat2 yang diberi akan diterangkan penggunaannya. Kemudian ada borang kajiselidik pulak. Masa2 ni kami tanyalah ada ke goodie beg untuk baby. Hahaha. Selamba tanya sebab dah dulu dapat kan. So memang ada.. staff yang melayan baik2 je.

Goodie bag ni satu apa pun tak guna la. Ada satu topi kecil still tak muat kepala budak tu. Try juga pakaikan.

Kali ni dapat beg tote. Masa Aqlan dapat backpack. 


Susu NAN tu pakai 2x je. Pastu kami bagi Aqeel pakai Karihome juga. Lebih susu nak buat apa? Susu dahla cepat rosak kan...

Isnin, 4 Jun 2018

,

First Time Guna Grab

Hari pergi ke KKM untuk cek jaundice kali kedua ni laki amik dan hantar waktu tengahari. Elok je sampai nak jam 2 petang. Punyalah ramai orang....terkejut den. Ingat petang2 tak ramai orang. Tapi untuk cek jaundice macam special sikit cepat je prosedur.

So dah faham sekarang, ambil nombor giliran..ke 16A untuk ambil darah, ke 13 untuk hantar sample ke makmal dan ke 26 untuk jumpa doktor. Oklah kan. Tak delah kes sesat mencari  bilik. Tapi tengok bangunan baru dah nak siap...hoho cepatlah siap kotnya sejuk sikit dan parking area lagi selesa..

So settled semua before jam 3 petang. Aku pun ingat nak naik Grab je sebab nak tunggu laki amik dia balik jam 4. Pukul berapa pula nak sampai rumah. So aku takut2 juga tapi sebab Angah (penjaga pantang) ada so aku berani sikit. Terus aku download apps je. Ok je cepat sungguh semua. Pastu masa masukkan alamat rumah tak lepas. So aku masukkan nama bangunan berdekatan rumah. Haha.

Adalah macam2 harga. Dari RM13 sampai premium RM41. Gitew. Aku amik paling murahlah tapi berfikir juga camne nak masuk stroller muat tak sebab kalau nak kenderaan besar sikit RM15. Beza RM2 je tapi aku tawakal jelah. Elok 3 minit dah sampai grab car tu. Sekali yang datang Grand Livina. Senang je masuk stroller takyah pisahkan carrier dan kaki stroller tu.

Pemandu kami orang India, elok je kami masuk dia pun tukar channel radio lagu raya. Haha. Tapi aku sukalah kan sebab dia ni dapat 5 star kira orang memang puas hati dengan perkhidmatan dia. Katanya dia dah nak balik rumah tapi lupa off apps grab..bila muncul aku dari KKM dia kata oklah tolong. Hehe.

Keputusannya 5.5 tapi doktor nak juga 5. So kena datang lagi.