Selasa, 2 Oktober 2018

,

Kek Buah 3 Bahan

Resipi viral 3 bahan ni macam2 boleh jadik. Bagi aku dengan resipi macam ni mak2 kat rumah tu bolehlah buat dari apa bahan yang ada di rumah. Dan menjimatkan masa untuk penyediaan. Macam aku try sebab senang...bukan mudah nak tinggalkan baby tu..nasib aku biarkan juga so Aqlan akan ambik alih jaga adik dia. Good boy.

Resipi ini ambik dari siraplimau.

Kejadian lepas 15 jam dibiarkan sejuk

Elok sangat keluar dari loyang.

Terlebih cahaya pulak kek ni. Warna sebenar macam dalam loyang atas tu.

500gm mix fruit + 250ml air oren minute maid rendam bersama 2 jam.

Lepas 2 jam campur dengan tepung naik sendiri 1 cawan. Kacau sebati masukkan ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas baking dan griskan dengan marjerin keliling loyang dan atas kertas baking. Untuk elak melekat..tutup dengan aluminium foil.

Kukus 2 jam. Resipi asal bakar 2 jam. Api sederhana besar dan selepas 1 jam masukkan air panas dalam periuk kukus sebab air dah start mengering masa ni.

Lepas masak 2 jam sejukkan pada suhu bilik. Pastikan kek benar2 sejuk sebelum dipotong.

Results kek ni tak berapa manis atau lembab sesangat. Tapi aku sukalah sebab aku tak suka kek manis2. Manis datang dari gula mix fruit dan air oren tu. Next time aku try guna oren Sunquick la.

Aku nak bakar dalam oven 2 jam tu lama sangatlah. Lagipun masih tak berapa reti guna oven tu. Haha. Laki aku pun lebih suka kek buah yang dikukus. Aku suka masak sebab laki dan anak suka makan. Ada hari kejadian elok ada hari tidak... jarang2 tidak elok, alhamdulillah.

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Secara jujur saya suku kek buah kukus 4 jam dan bahan2nya yang banyak tu.

      Padam
  2. nampak cantik kejadiannya anis...mcm senang je resepinya tp kukus dia lama ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama kukus untuk tahan lama...kek kukus paling lama kukus 4 jam. Rasa nak tidur tunggu masa mengukus.

      Padam
  3. kek fav laki kita ni. tapi tak pernah coba buat. semudah ini ke beb?? takde gula ke hapa eh??? ak suka yg moist2 sket, pastu mesti ketat padat kek dia.. nampak ang buat tempting!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko nak moist ko kenalah cairkan butter buat cara biasa tu..lama la..aku tak boleh lama2 berdiri..

      Padam
  4. wow banyaknya buah. puas hati makan kalau makan kek buah banyak macam ni.

    BalasPadam
  5. kagum dengan orang yang pandai buat kek ni. kita belum pernah lagi cuba.hihi

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.