Isnin, 4 Jun 2018

,

First Time Guna Grab

Hari pergi ke KKM untuk cek jaundice kali kedua ni laki amik dan hantar waktu tengahari. Elok je sampai nak jam 2 petang. Punyalah ramai orang....terkejut den. Ingat petang2 tak ramai orang. Tapi untuk cek jaundice macam special sikit cepat je prosedur.

So dah faham sekarang, ambil nombor giliran..ke 16A untuk ambil darah, ke 13 untuk hantar sample ke makmal dan ke 26 untuk jumpa doktor. Oklah kan. Tak delah kes sesat mencari  bilik. Tapi tengok bangunan baru dah nak siap...hoho cepatlah siap kotnya sejuk sikit dan parking area lagi selesa..

So settled semua before jam 3 petang. Aku pun ingat nak naik Grab je sebab nak tunggu laki amik dia balik jam 4. Pukul berapa pula nak sampai rumah. So aku takut2 juga tapi sebab Angah (penjaga pantang) ada so aku berani sikit. Terus aku download apps je. Ok je cepat sungguh semua. Pastu masa masukkan alamat rumah tak lepas. So aku masukkan nama bangunan berdekatan rumah. Haha.

Adalah macam2 harga. Dari RM13 sampai premium RM41. Gitew. Aku amik paling murahlah tapi berfikir juga camne nak masuk stroller muat tak sebab kalau nak kenderaan besar sikit RM15. Beza RM2 je tapi aku tawakal jelah. Elok 3 minit dah sampai grab car tu. Sekali yang datang Grand Livina. Senang je masuk stroller takyah pisahkan carrier dan kaki stroller tu.

Pemandu kami orang India, elok je kami masuk dia pun tukar channel radio lagu raya. Haha. Tapi aku sukalah kan sebab dia ni dapat 5 star kira orang memang puas hati dengan perkhidmatan dia. Katanya dia dah nak balik rumah tapi lupa off apps grab..bila muncul aku dari KKM dia kata oklah tolong. Hehe.

Keputusannya 5.5 tapi doktor nak juga 5. So kena datang lagi.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.