Khamis, 31 Mei 2018

Follow Up KKM

Boleh tahan mendesak juga nurse yang datang melawat rumah tempohari. Suruh2 juga aku pergi jumpa doktor untuk cek BP. Aku ada je mesin tu tapi dia nak aku pergi jugakkkk. Ok sebab bacaan BP masih tinggi jadi akhirnya sambung makan ubat darah tinggi la. Ubat masih dengan Az-Zahrah.

Untuk Aqeel kami bawak pergi KKM Batu 14, Puchong. Kejap je urusannya. Nak tengok ada jaundice tak. Lepas cucuk memang masih ada. Bacaan 6.4. So doktor suruh datang lagi.

Masa ke klinik ni berapa kali aku sesat dah. Tolak stroller anak sorang2. Laki just letak je sebab dia nak bagi Aqlan makan. Elok siap semua dia pun siap bagi Aqlan makan. Urusan kira2 dalam sejam. Macam2 bilik kena pergi.

Daftar..amik darah..makmal darah..jumpa doktor..dan last sekali amik tarikh temujanji vaksin sebulan. Sebab dia lahir sehari sebelum Ramadan dah tentu tarikh sebulan tu raya. So datang lewat sikit.

Kali ni vaksin kat KKM dah. Siap dapat buku kanak2 KKM. Tapi kena gak p private untuk 3xRotavirus dan 4xpneumococcal. Itu takde kat KKM.

Ada pulak yang hadiahkan Aqeel baju. Iaitu kawan seofis adik ipar. Terima kasih ya Faezah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.