Sabtu, 26 Januari 2019

, ,

Family Day At Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong.

Alhamdulillah dapat lagi join family day company tempat laki bekerja. Tahun lepas di Kuala Razila, Gopeng.


So jam 10 pagi keluar rumah seperti dicadangkan penganjur. Dekat jelah Janda Baik ni. First time baru sampai untuk kami anak beranak. Walhal setiap kali lalu KL-Karak tu lalu je.

Beli jugak visor ni kan dari Daiso RM5.90. Puas hati weh pakai. Terlindung dari cahaya matahari padahal duduk seat belakang je.

Kira tayar ke Aqlan?

Makan tripod selfie.



Sementara tunggu nak masuk bilik dan makan






Sampai2 je tunggu jap tak boleh check in lagi. Jam 12 lebih kami baru masuk bilik..ikut bilik mana dah sedia la. Patut jam 2 ke jam 3 baru masuk. Tapi sebab kami ni ramai jadi diorang bagi la. Macam kami semua je pun yang duduk menginap satu malam kat sini. Lepas tu kami pergi makan terus. Makanan semua dah disiapkan pihak resort. Sini takde kitchen jadi diorang bawak food guna lori. Coffee house pun takdak...hanya jajan dan barang2 keperluan je dalam ruang receptionist. Sudah...kami bawak air mineral dan biskut je dari rumah. Tengok harga barang2 pun mahal..air gas dah RM6. Beg Ikea pun dan RM4. Haha gelak aku tengok jam Ikea tu jual RM10. Kalau beli kat Ikea memanglah lagi murah dah tentu diorang nak untung kan.


Siap makan masuk bilik untuk rehat2...solat dan tidur. Ada aktiviti jam 3 petang aku tak joinla..sapa pulak nak jaga Aqeel kan. Baik aku tidur je..hehe.




2 tahun berturut2 aku tak join aktiviti tengok Aqlan main sebab 1st year tengah pregnant..2nd year Aqeel masih baby lagi..
















Pastu ada minum petang..makanla kuih muih dan air...pastu pergi teman anak2 mandi. Aqlan je lebih. Aku duduk je dengan Aqeel. Abah dia pun temankan je masukla dalam kolam untuk budak2. Air sungai sejuk sangat..kami suka je tapi Aqlan nak mandi kolam jugak.

Siap jam 7 petang masuk bilik mandi dan siap2 solat Maghrib. Sini taklela jamak..dekat sangat dengan rumah. Dari Kinrara ke Janda Baik dalam 60km je. Jam 8 kami ke dewan makanla ada bbq dan costume play untuk budak2. So Aqlan aku dah pakaikan siap2 baju. Aksesori Gear semua bawak jugak. Bilik kami jauh sangat tau. Bila jalan kaki tu penat jugak. Dah la kena dokong anak 7.3kg ni. Dia happy jelah jalan2 kan.


Kejap je pakai jaket pastu kepanasan.

Masa Aqlan naik pentas ni ada budak2 menjerit whoa pakai baju skuba. Ok mak bangga jap.

What is your name?
This is Aqlan
So you are a scuba diver
Yes

Do you have a license?
Yes

So aku tunggu kat dewan sampai lepas Aqlan siap dapat hadiah je. Pastu ngantuk..budak2 pun letih dah. Takde best costume ke apa pun walaupun aku rasa Aqlan tu dah effort lebih aku kasi dia pakai baju apa. Ahaaahahaha.. sebab budak2 lain jadi princess - so typical, jadi penyanyi la..jadi model la..baju biasa2 je. Maybe diorang tak seserius aku kot. Ahahaha..aku siap google kot cari costume yang mudah untuk dibuat dengan bahan2 yang mudah didapati.


Ni jelah pesertanya pun


Semua pun dapat hadiah. Seronok2 je.


Oklah sambung esok la citer..sebab balik2 tu je kami 3 beranak tidur..abah diorang siap berkaraoke ok.

6 ulasan:

  1. tingin jugala nak lepak2 Janda Baik. nak ajak family buat gathering time raya ke nanti. tapi kena book awal kan tempat famous..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Book sekarang. Janda baik dan CH selalu penuh masa cuti raya.

      Padam
  2. teringin gak nak g janda baik ni tapi asek2 tak jumpa date yang sesuai.huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah nak pergi sejak anak dara lagi..dah kawen beranak 2 baru dapat pergi..😅

      Padam
  3. Balasan
    1. Rehat kejap dari pandang kerja2 sebagai suri rumah 😆

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.