Ahad, 27 Januari 2019

, , ,

Last Day Family Day At Janda Baik, Bentong.

Pagi sebenarnya ada senaman regangkan badan jam 7.30 pagi. Tapi aku bersenam atas katil dalam bilik dengan anak2 yang kesejukan. Oh kami terima berita ada bilik yang ada masalah a/c tapi dah ditukarkan. Bilik kami sejuk sentiasa..nak duduk dalam selimut je kalu boleh.

Jam 8.30 pagi dah boleh start sarapan. Tapi aku pergi jam 9. Kemudian aku balik, laki aku pulak pergi makan. Anak2 masih tidur aku bawak balik karipap 3 ketul sebab sedap dan tak pedas boleh bagi Aqlan. Budak tu penat sangat lepas macam2 benda dia buat semalam. Tidur mati.

Kemudian aku pulak yang mengantuk. Ikut program ada ATV time. Tapi bila semua dah penat dan nak tidur je apa pun tak jadi. Konon nak mandi kolam pun tak buat juga. Laki aku kesian la dia tengok TV je lepas balik makan sebab dia ingat nak naik ATV dengan Aqlan. Kalau tak dapat dia nak mandi kolam dengan Aqlan. Dah budak tu pun tak bangun2 kesian nak kejut. Sudahnya bangun je terus mandi kemas barang dan sedia untuk lunch.

Lunch time tu kami lambat sampai banyak lauk dah habis. So minum air je. Nasib dah makan nasi lemak pagi tadi. Aqlan pun dah makan karipap yang aku tapau tu. Habis jam 1 kami semua bye bye la.





Terus ajak laki pergi Gombak nak beli tudung murah2 kat Butik As-Syaima. Tapi sebelum tu sempat berhenti belakang r&r Genting Sempah beli petai dan jagung. Juga pergi McD beli aiskrim Laici. Ok beli tudung 6 helai RM80. Ada yang RM10, RM15 dan RM15 untuk 2 helai. Rambang mata nasib ada cash sikit je. Adoila. Solat kat masjid area situ pastu balik. Singgah pulak area rumah lama di Ampang beli popiah, nasi bungkus dan bubur. Macam2 pulak melantak.

Laki menang cabutan bertuah semalam

Overall family day ni best sikit kali ni sebab kat sini laluan nak pergi tu tak ngeri sangat macam di Kuala Razila tahun lepas. Tapi adalah juga complaint dari staf2 pasal owner tak mesra alam. Tak semua staff dapat tinggal di resort tu jadi diorang tidur penginapan lain. Bila ada aktiviti kena datang resort kami duduk ni. Complaint takdelah banyak cuma diorang nak solat kat surau tak dapat..aku pun tatau ada surau ke tak. Lambat sampai nak makan, makanan dah habis hidang walaupun buffet je. Padahal macam satu resort tu dipenuhi staff ofis laki bekerja je pun. Tak nampak muka orang lain. So jika nak ke Janda Baik lagi kita pilih tempat lainla...coffee house pun takda nak lepak. Ke aku yang tak nampak tataula..sebab takde nampak tunjuk arah pun...

Apapun bersyukur sebab percutian free kan..makan free... tinggal isi minyak dan bayar tol je. Alhamdulillah.

Hahaha semua army pants dan baju army beli kat KWC. Lama tahan diri nak pakai heh..

Hahaha laki bini pakai selipar jepun






Pose beria sangat si Aqlan tu

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.