Isnin, 8 April 2019

,

Dari Kinrara Ke Kertih

Perjalanan kali ni jauh untuk Aqeel Shah. So testing la ni nak tengok dia meragam ke tak.

Kami bertolak keluar dari rumah jam 10 suku pagi camtu. Singgah pulak Shell laki nak top up TNG. Dia nak beli jajan air semua aku tak bagi. Mahal kalau nak beli banyak2. So lepas tu kami ke 99speedmart pulak. Hehe.

Dah siap beli tu barulah gerak masuk jalan besar. Hari Jumaat orang bekerja tapi jam 11 pun masih jem atas jalan MRR2. Masuk tol gombak jam 11.20 haha sejam dari rumah.



Duduk kejap je atas carrier. Sudahnya beriba sampai Kertih.

Jajan dari 99speedmart. Jimat weh. Memang dah kebiasaan aku kalau nak travel mesti beli kat sini je. Kalau beli kat stesten minyak memang harga tambah lagi setengah harga lagi.

Sebab semua dah makan maka kami teruskan perjalanan sampai ke Plaza Tol Kertih. Stop sekejap  for nature calling 😅. Alhamdulillah mudah je perjalanan tu..LPT biasalah ada sikit bumpy road.

Aku tak turun pun. Panas lit lit.

Kami terus ke homestay Medina Azzahrah dulu. Rumah ni jadi tempat majlis sambut menantu bagi keluarga Kak Ma secara rasminya dan kami adik beradik la. Kena tunggu jam 3 petang baru boleh masuk homestay kami. Puteh Guest House di Perumahan Panalex. Kami sampai jam 2.15, jadi lama jugak nak tunggu jam 3 petang. So berborakla sikit. Keluarga lain semua belum tiba. Kemudian sampaila satu satu...rumah ni 4 bilik. Setiap bilik ada bilik air jadi bestlah. Dapur dia pun besar, senang nak masak2 sambil membawang. Ehhhhh..

Renjer sesat. Team askar konon. Pinjam Ranger kawan laki je. Tu yang tak penat. Tapi kan kenderaan ni full tank nak dekat RM150 gak minyak diesel.



Feeling English. Mana tea ni?




Open air dapurnya. Kak Ma dan kawan yang bawak kek lapis Sarawak buatan sendiri.

Dengan pengantin. Dah nikah 23 Mac lepas.

Ni la kek lapis Sarawak yang kawan kak Ma bawak. Sedap betul. Nasib makan siap2..haha.

Suka na kepek bawang

Ni area antara ruang tamu besar dan 2 bilik berasingan lengkap bilik air. Rumah ni cantik tapi aku tatau nape malas nak snap gambar banyak2. So boleh sewa bilik sahaja atau satu rumah.


Jam 3 kami masuk rumah Puteh. Rehat dan mandi...solat. jam 5 petang kami cari makan. Lapar pulak. So menuju ke Restoran Ikang. Dekat je dengan rumah. Jadi 1st customer lagi. Hihi.






With my lovely son, Aqlan

Lepas Isyak baru kami ke homestay utama tu. Ye lah hampir semua dah sampai jadi nak borak2 la. Lama dah tak jumpa. Kalau nak bercerita panjang memang masa kenduri kawen je kan. Tak kiralah kenduri kawen siapa..anak..anak buah..ipar..semua jalan. Haha.

Sambil2 makan kudapan kat dapur tu yang jadi tukang masak ialah pelajar2 Imran seramai 5 orang. Imran la pengantinnya. Mulanya nak mintak abang sulung kami masak tapi beliau tak sihat pulak. So change plan la.

Borak punya borak sangatla lama..sampai jam 2 pagi baru nak balik. Laki aku dah siap tidur baik punya atas sofa. Anak2 pulak mata bulat. Tapi tak boleh jadilah kan..esok kenduri..baju pun belum iron. Nangis.. so yang tidur dulu cuma Ahmad, suami si Yuhana. Dia dah ngantuk sangat dia ke rumah sana dulu untuk tidur. Yelah balik kerja terus drive dari Rompin. Kepenatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.