Tuesday, April 9, 2019

Hari last kami packing siap2 dari Puteh sebab tak mahu duduk lama2 kat situ. Masa nak letak kunci balik tak boleh buka pula rumah kunci tu. Jadi kami pun bawak ke rumah Medina nak pulang ke kak Ma.

Bye2 Puteh Kelabu Hijau



Masa sampai tu yang dah balik Abang Bad sekeluarga dan abang Lut. Abang Bad duduk homestay lain tapi tetap datang situ juga untuk makan2. Kata rumah utama kan..dia hantar anak bujang balik asrama nun. Kami sarap apa yang ada. So makanlah roti canai dan ayam bakar dalam oven. Sedap pulak.

Semua adik beradik pun sibuk mengemas nak balik rumah masing2. Kutipla baju kotor dan bawak balik souvenirs pemberian kak Ma. Haha.



Kemudian aku dan Yome ke rumah kak Ma. Rumah dah 80% siap. Sejak arwah suami kak Ma meninggal Oktober 2018 lepas, kak Ma la kena uruskan pembinaan rumah yang terbengkalai. Kak Ma ni kuat tapi sekarang dia dah sakit2 badan. Banyak sangat yang dibuatnya untuk keselesaan ahli keluarga. Kemudian kak Ma bagi duit dah siap2 untuk belikan kasut bagi anaknya yang akan ikut balik KL. Tiberrrr budak tu nak mak dia teman beli kasut. Takpelah kami faham..anak dan mak nak spend masa sama2. Bila lagi kan. So kami ke Mesra Mall.

Kami tak masuk pun sebab Aqeel tidur. Parking kat Petronas sebelah tu dan solat jamak zuhur dan asar. Masa tu dah masuk waktu. Senang. Elok habis solat depa pun dah siap shopping.

Lepas tu kami nak keluarkan cash. Haha aku ada sepuluh ringgit je..senang hati je bawak duit sikit. Mentang2 la laki belanja semua. Dah keluarkan duit tu masuk pulak mr.DIY sebab Pya ada lagi barang nak beli. Aku dan Aqlan pun masukla sekali. Sebab tadi tak masuk Mesra Mall kan..Aqlan dah macam sedih. So laki jagakan Aqeel.

Senyuman paling manis

Masuk tu beli mainan la..apa lagi kan. Kemudian hantar kak Ma balik ke Medina dan jumpalah anak2 buah dan cucu. Bagi mainan jelah ke cucu tak banyak dapat bagi..janji happy sudah. Masa kecik2 sape tak gembira dapat hadiah..coklat dan gula2. Duit tak tahu guna sangat. Haha.



Mak aku ke Rompin ikut Kak Pa ke rumah Yuhana

Bila lagi nak jumpa ek

Bye bye Medina Azzahrah


Kemudian barulah kami balik...singgah pulak Kemaman beli kopi dan kopok lekor nak makan dalam keta sebab tak lunch kan. Terus ke Go' bang kat Temerloh nun beli ikan patin. Berangan nak masak nasi nanti kat rumah dan makan..

3 petang sampai 11 malam



Kak Ma hantar gambar kata ada budak2 PBSM datang sebab kena cari rumah untuk dibersihkan. Untunglah. 

Masuk balik hiway si waze suruh ikut jalan lama sebelum terowong Genting Sempah. Tapi kami redah jugak. Memang jemla sebab ada eksiden. Tapi semua dah bawak ke tepi. Ada 3 eksiden. So kami kena tolak lagi masuk KL bukan MRR2. Jadi akhirnya jamak takhir kat Masjid UTM. Masa tu dah jam 9.30 malam.. apa nak masak nasi lagi..ke McD jelah.



Jam 11.30 malam baru nak makan lepas dah masukkan semua barang. Mestilah makan dengan laki sekali kesian dia kan.. pastu baru masuk bilik tidur. Letih budak2 tapi diorang tak mengamuk. Oklah tu..esok jam 5 pagi laki kena bangun awal hantar Pya balik asrama ke RACTAR di Subang. Van sekolah last dia jam 6.20 pagi. Tak larat pulak laki nak hantar ke sekolah dia kat USJ8.

Dalam fikiran...banyaknya nak basuh baju esok...nasib takyah masak makan ikan patin je sudah...

3 comments:

  1. Salam kenal sis..
    Saya akan datang semula baca cerita yang sis kongsi dalam blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..terima kasih jenguk blog sendu ni ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. Awa datang sini balas kunjungan. Seronok baca cerita akak... Salam kenal kak Anis....

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.