Pic dari IG Brewster Village. Memang hari kejadian 27 April 2019 tapi kami tak ambil gambarla.. |
Aku memang sengaja bagi pakai warna kuning kat budak2 senang nak nampak kalau hilang dari mata. |
Jemputan ni lagi pentingla sebab anak sepupu suami yang berkahwin. Dikhabarnya anak lelaki sepupu ni sebaya aku. Lalala. Tiba2 rasa diri ni muda. Eh apahal? Sebab ada yang kata dia sebenarnya umur 43 tahun. Diorang ni mostly keturunan sebelah arwah bapa suami muka looks young. Gitew. Main teka2 umur diorang pun aku dah salah teka... haha saja je bagi jiwa tu muda kan. Harus senyum sampai telinga..isteri kat sebelah menjeling manja. Akekekekeke.
Masa ni laki, anak sulung dan mentua tak dijumpai jadi aku keluar dulu ambil angin. Budak dah meragam. |
Brewster Village ni macam kampung pengantinla. Besar gila dewan dia. Jadi memang tak langgar bontor. Tapi sebab besar sangat jadi macam kosong pun ada. Sebab orang datang dan balik. Kalau buat reserved mesti duduk stay je kan sebab dah bayar setiap kerusi meja tu. Lauk pun oklah Aqlan boleh makan nasi beriani dan kopok jawa favourite dia tu. Haha.
Aqeel ramai pula yang nak dokong. Bolehla aku makan dengan aman kejap. Ahahaha. Aqeel pun makan cookies Heinz je. Bubur ada dalam kereta.
Selepas majlis kami ke Taiping rumah kakak Mama. So siap kami berehat, solat, mandi dan makan2.
Sebelum balik Ipoh kita main buai dulu. |
Kemudian dah jam 8 baru nak balik Ipoh. Elokla masa otw balik jalan lapang. Dari BK ke Ipoh pagi tadi punyalah jem. Tiba2 kat Terowong Menora, sebelah ke utara dah beratur kereta dan lori. Tak boleh jalan langsung tatau sebab apa. Tapi nampakla pekerja lebuhraya tengah buat kerja2. Selamat la kami nak balik Ipoh tak kena apa2.
Balik rumah siap makan maggi mamak Pelita. Lapar sudah.. nugget McD pun ada. Turn up nugget sedap la pulak walau dah sejuk. Selalu sejuk terus keras kejung.
Tak duduk diam dalam kereta... tak mahu duduk dalam carrier. Penatla.. lepas ni kena letak baby seat la pulak. |
Esoknya jam 3 petang baru kami bertolak balik. Hampir2 terlupa nak beli pisang goreng sedap dekat dengan Masjid Cina. Sedap walau dah sejuk...laki offer teh ais takmo sebab cuaca mendung sejuk2...minum teh ais mahu nak ke toilet je kang.
4 keping RM1. Aku makan lebih 4 keping. Haha. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.