Selasa, 9 April 2019

, ,

Majlis Perkahwinan Imran Dan Humairah

Alhamdulillah mereka dah selamat dinikahkan di Madrasah Kubang Bujuk 23 Mac lepas. Majlis tu kami tak pergi. 

Imran anak kedua kepada kak Ma. Dan yang ketiga berkahwin dalam adik beradiknya.

Majlis ni lebih kepada jamuan makan je. Jadi santai2 je. Walaupun begitu adalah pelamin kecil untuk bergambar.

Keluarga sebelah pengantin perempuan




Bagi kami adik beradik lebih seronok sebab bolehla jumpa kan. Yang duduk jauh adalah alasan nak jalan2. Hehe. So far paling jauh datang kak Ted sefamili dari Chenderong Balai, Teluk Intan. Ada juga saudara mara dari sebelah arwah bapak dari Johor.

Walaupun duduk homestay lain dan bukan jauh sangat pun tapi sampai jam 12 lebih jugak. Budak2 masih tidur. Aku bangun dulu...iron baju bagai. Si Aqeel bangun dia happy dapat merangkak satu rumah tanpa clutter 😜. Kemudian kena settle dia juga sebab dah berak rupanya.

Masa sampai rumah besar tu masuk bilik anak2 dara dulu sebab Aqeel nak menyusu. Tak dapat buat bubur. Ada je periuk nasi kat Puteh tu tapi nak guna cam hurmmmm takpelah anak aku makan roti dan minum susu sudahla..dah sakan borak dan gelak2..tiba keluar bilik dah ada keluarga sebelah Humairah makan beradab. Mereka makan atas lantai je dengan saprah. Undur balik kami ke dalam menahan malu. Tah apa diorang dengar kami tak tahu. Hahaha.

Adik siapkan abang. Adik dah kawin setahun...

Tak lama tu aku keluar jugakla lapar nak makan. Post anak ke laki minta jaga sat. Masa keluar tengok Yome sekeluarga dah sampai bawak mak kami. Abang Choi iaitu abang sulung yang tak jadi masak tu pun dah tiba dengan anak2 daranya yang cantik. Anak laki sorang je ikut. Menantu pun ada..cucu pun ada. Oklah meriah.

Makan banyak juga tapi simpan perut. Sebab ada hati nak makan lagi malam karang. Hahaha. Lauk sedap. Makanan banyak sangat. Orang masih belum ramai datang.

Bebas kejap tanpa anak
 
Ok dah datang









Kak Hasni isteri Abang Bad dan Kak Ted

Kak Ma apasal tak senyum?

Kak Ma dan anak bongsunya Soffiya. Soffiya tu ikut kami balik dari Kinrara tapi nak bergambar susah.

Famili Yuhana dan Ahmad..Yusuf AlRazhe tu banyak cakap

Dengan abang sulung dan Kak Ted

Keluarga dari sebelah arwah bapak dari Johor



Menjelang petang kami ke pantai Kemasik ramai2. Saja jalan2 celup kaki dalam laut. Lepas tu bergambar dan minum air kelapa. Perghhh terbaik.



1st touch down to the sand and beaches
 



hahaha diri jauh sebab diorang tu dah masuk air dah basah sampai peha.

Nampak kurus camni

 


2017 aku pergi masa mengandungkan Aqeel

Abang Bad dan sebahagian keluarga kak Pa



Keluarga Abang Bad dan Mak. Anak2 abang Bad yang lain semua ada hal. Sorang kat uni, sorang tengah sarat mengandung, sorang lagi jauh duduknya.

Keluarga Yome dan abang Lut serta abang Bad.




I present you...

The Lion King, Aqeel 

Lepas tu kami balik ke Puteh. Ahmad dah tanak tidur. Kami sekeluarga je tidur malam tu di Puteh. Imran pun tak jadi tidur sebab nak balik KT. Tapi kepas isyak kami ke rumah utama balik sebab nak makan dan borak2. Tapi nampaknya ramai dah tak larat dan penat. Macam semua nak tidur awal. Lepas tengok anak dara kak Ted si Ema basuh pinggan dan kemas dapur, kami pun balik. Esokla jumpa..last day kan..ngantuk weh. Siap tidur tanpa HP sebab nak kena caj..selalu wajib je main sebelum tidur. Ni macam dah tak peduli pun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.