Isnin, 22 April 2019

,

Majlis Pertunangan Adik Ipar

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Takde cacat cela. Penat tu biasalah. Dah jadi host rumah, mengemas sebelum dan selepas majlis tu la yang penat.. yang penting cukup makan semua orang. Siap ada tapau bawak balik. Hahaha.

Gambar2 dari S4 ni memang sedih sikit. Dari S7 laki lawalah lagi..Photog rasmi dari Sweetpictures lambat la lagi...nak tunggu bila la pulak nak post citer ni. Basi pulak kang..nanti dah dapat gambar2 tu kita citer lain...kalau teringatla..

Hari Khamis 18 April lagi pelamin dah dipasang. Sebab tukang pasang tu sibuk nak bercuti dan ada juga job2 lain. 19 April pulak tibalah semua dulang hantaran yang dah dihias cantik untuk pihak lelaki dan perempuan. 20 April tu kami masih bertungkus lumus kemas rumah. Rumah banyak sangat clutter ni. Apa yang tak spark joy kita buangla lepas ni. Ahahah.




21 April barulah majlisnya. Start jam 1 petang..aku kat bilik dengan Aqeel sebab budak kecil ni demand dia macam2. Nak susu. Nak baring. Nak tidur. Nak aircond. Nak golek2. Layankan aje walaupun dah pakai tudung cantik2..aduhh..



Masa aku turun tu laki sebagai wakilnya pun dah bercakap tanpa membuang masa lagi marilah kita makan..lebih kurang macam tulah. Hahaha..


Lauk pauk kampung tempah dengan katerer..ada juga kuih-muih kami tempah lain. Ada juga yang bawakan makanan. Alhamdulillah. Cuaca pun elok sangat.




Tengah2 meriah tu tunang adik ipar surprisekan dia dengan birthday cake. Hari lahirnya sama hari..kitorang semua dah tahu plan last minute dia tu. So melopong dan gembirala adik ipar bila tiba2 kek sampai dan kami nyanyi ramai2. Biasa dia belikan kami kek, so masa untuk bahagian dia pulak.

Cantik kan..

Majlis kecil tapi penuh juga ruang bawah rumah kami. Budak2 main kat atas. Ha...



Samping takdak. Baju ni start buat hari pelamin dipasang ya. Hari Sabtu baru siap sebab banyak dugaan. Hahaha.




Balik kampung Johor la lepas ni adik ipar tu..hehe...


Nanti butangkan baju suami pulak


Kawan gaduh 2 beradik ni

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...semoga berpanjangan jodoh mereka dan berbahagia bersama hingga ke syurga...

    BalasPadam
  2. alhamdhulillah..
    tahniah! bertambah lagi ahli keluarga Anis

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.