Khamis, 16 Januari 2020

تاهون بارو كامي داوجي

Tak sampai seminggu Aqlan sekolah dia dah dapat MC. Mula2 demam batuk biasa. 9 Jan dia muntah 3x. Malam tu terus ke Megaklinik Zahran. Malam tu juga sampai mak dan keluarga kak Ma ke rumah nak tumpang tidur semalam. Mereka datang sebab kawan suami kak Ma baru meninggal lepas koma.

5 hari dah berlalu antibiotic dia pun dah habis. Sekali lagi ke klinik memandangkan dia masih kelihatan lemah. Kali ni ke Damai je dan aku tak ikut sebab perlu jaga Aqeel. So ambik test influenza dan positif. Kesian anak kami. So sambung mc lagi sampai Jumaat. Rabu semalam pun tadika tutup untuk spring cleaning. Ramai sangat murid yang sakit. Termasuk Aqlan ni 2 orang dah kena.



11 Jan laki dan Aqeel pun aku hantar ke Zahran. Aku masih kuat walaupun dah start pening. Telan panadol 2 biji dan drive sampai depan klinik. Bandar Kinrara ke Bandar Baru Bangi. Berapa tahun dah tak drive jauh. Laki aku demam 40°. Aqeel 38°.

12 Jan aku kena serah diri akhirnya. Demam 38.8°. Sakit tekak perit sangat.

Hari ni laki dapat keizinan kerja dari rumah. Kami kuarantin diri kami di rumah. Kalau sihat sekali pun takyah pergi Mall. Takyah attend gathering ke apa. Kalau anak demam atau ada unsur2 nak demam jangan hantar pergi sekolah. Influenza A ni H1N1 atau selsema babi. 2x ganda serangan berbanding tahun lepas. Setiap tahun sentiasa ada ubat baru. Ah ye untuk Aqlan habis RM300 untuk pemeriksaaan dan ubat. Kalau baby bawah 2 tahun kena buat kat hospital, klinik tak terima.

This post is a reminder if you dapat vaksin pun boleh kena apa lagi kalau tak dapatkan vaksin. Memang anak2 tak ambik vaksin influenza sebab bukan wajib, tapi sekarang bukan nak mengadu sesal cuma nak bagitahu...manusia tu lemah. So bertindakla dengan matang.

10 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.