Dah 11hb Januari 2020 pun. Makin masuk tahun baru makin naik umur makin la tak kuasa nak update cerita.
الحمدلله Aqlan dah selamat ke sekolah tadika PASTI di BK4. Terlepas tarikh nak masuk yang di BK5. Masa nak masuk list menunggu tu 1 August 2019. Tup2 katanya dah penuh. Hai.. Cepat benar dah penuh. Kalau tak memang jalan kaki je hantar dia. Tapi sebab dah ﷲ tak izinkan maka dapatlah kita drive Aqlan balik dari sekolah hari-hari.
Puas juga kami fikir nak dapatkan kereta kedua perlu pertimbangkan balik perbelanjaan bulanan kami. Sambil berdoa moga ﷲ bantu kami.
Mula2 nak pinjam kereta adik aku sebab keluarga dia ada 3 kereta. Dia setuju kami just maintain kereta tu sebab dah habis bayar pun. Tapi akhirnya tak jadi sebab kereta tu terlibat dengan accident. So dah dijual pun.
Kemudian nak pinjam kereta abang aku sebab dia pun tak guna simpan kat rumah mak di Koyan je. Dia pun ok asal kami jagalah. Tapi ni kereta manual. Dan umur kereta pun sebaya myvi aku. So kena fahamla macam2 boleh berlaku.
Sambil tu cari2 juga kereta second hand, kot ada yang termampu nak bayar.
Namun perancangan ﷲ lebih baik. Akhirnya mak mentua bagi pinjam kereta kepada kami. So aku pakai myvi dan laki bawakla kereta Mama dia. Aku memang tak akan bawa kereta orang lain. Sebab tak biasa dan risau terbabas.
Jarak sekolah Aqlan dekat je. Pagi2 Abah dia hantar. Tengahari jam 12.15 aku pastikan dah keluar rumah untuk ambil dia. Padahal drive 4 minit dah sampai. Sebab bawa Aqeel jadi kenalah bersiap awal. Tu masa termasuk nak letak dia dalam car seat siap menangis tak mahu kan.
Hari pertama sekolah kami semua hantar tapi memang sampai pintu je. Pastu tak boleh tunggu pun. Sila balik. Haha.
1st day school |
Gambar dari cikgu |
Jemput balik |
6 January 2020 Isnin |
7 January 2020 |
Hari Khamis balik sekolah dah batuk2. Demam. Malam pergi klinik dapat MC. Jumaat duduk rumah jelah. Patut malam Sabtu ada kelas taekwondo percubaan tapi dah sakit demam semua, lupakan ajelah.
semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga. aamiin :)
BalasPadamTerima kasih..
Padamwalaupun Jan da nak habis.. kite tetap nak wish.
BalasPadamselamat tahun baru 2020 =)
Selamat tahun baru cina 😅😅🤣
Padam