Ahad, 16 Jun 2019

Gajet Baru

Setelah 6 tahun pakai S4..akhirnya kena ikut peredaran zaman...

Hajat dihati memang dah lama terpendam nak pakai Huawei P20 Pro. Sekali pergi kedai tengok Huawei Mate 20 X lagi besar dan best untuk main game. Bateri tahan lama la. Cuma takdela kalis habuk dan air tu. Masa tu usha bulan Feb. Pastu keluar berita Huawei P30 Pro nak launch bulan Mac. So tunggulah sebab kamera dia lagi dasyat. Hampir setiap hari baca berita specs telefon je. Sampai update news semua yang keluar kat skrin berita smartphone je.

Masa bulan Feb dan Mac juga aku pulun ganti puasa tahun lepas..kan beranak kan...sebulan nak ganti bulan tak puasa tu dugaan..laki aku pun janji la habis puasa ganti belikan handphone baru. Ok aku tunggu.

Pastu dah masuk bulan April. Ingat nak beli sebelum kenduri anak buah di Kertih. Pun tak dan. Ada je hal bila weekend. Aku pun terus berangan lagi...dan lagi...handphone aku kena repair sebab masuk air liur Aqeel. Budak tu nomnom baik punya sampai shot kat dalam tu. Tak boleh caj. Jadi masa ke Kertih semua orang sorok phone dari Aqeel. Haha. Laki usaha perbaik S4 ni.

Pastu dah masuk May..balik rumah mentua dia tanya bila nak beli HP? Kami masih tangguh...keluar pulak berita US sekat perdagangan Huawei. Mula2 desas desus je.. sekali Huawei kena teruk bila Android, Google takkan berdagang dah dengan diorang atas arahan Trump. Jadi no updates app. Punya takut kot Huawei pasang peranti dalam smartphone yang akan mengganggu keselamatan orang US. Huawei tak dijual di sana ya. So bila 5G nak dilancarkan, Trump punya ketakutan tu makin melampau. Sian rakyat US pakailah Iphone tu sampai bila2. Kemuncaknya ramai pengguna Iphone di China musnahkan hp diorang. Even pekerja Huawei yang pakai Iphone takkan dapat bonus sebanyak yang pakai Huawei..hoh giler. Laki aku pergi persidangan Huawei..katanya Huawei ni syarikat yang sangat2 besar. Keuntungan saja melebihi 2 company besar lain iaitu 12 billion. So diorang dah ada backup plan yang dah dibuat sejak beberapa tahun lepas. Ok kat sini je aku mampu nak cerita..nak lebih lanjut, Google la. Diorang dah ada app sendiri tau which is aku pun terus potong nak pakai sebab susahlah..

19 Ogos 2019 ialah date terakhir lesen update dari Android ke Google untuk Huawei. Lepas tu dah takde updates. Kemuncak gila pengguna2 Huawei P30 Pro cuba jual handphone diorang di Carousel. Ada tu aku baca baru pakai sehari. Panik oh. Giler..sangat2 giler. Kamera zoom tu...tapi sebab takde updates kan nanti dah gelabah.

So aku pun terpaksa la buat pilihan dan cari the best smartphone in 2019. List dia pun dah turunkan Huawei sebab masalah sekatan perdagangan US. Eleh yang tulis artikel pun orang US. Ceh berat sebelah.. tiber...kalau UK ok je...tapi Trump dok cucuk gak tu..jahat betul.

List keluar One Plus 7..Google Pixel 3.. Oppo Reno..tah apa2 la..last2 keluar S10. Ha..tanak sangat dah pakai Samsung ni tapi compare tu lain.. jenis Galaxy S tak dapat ditandingi even by Iphone. Oklah Iphone memang mahal giler. Yang terbaik Iphone XS Max katanya.. tapi dari segi gambar la. Mereka masih juga puji Huawei P30 Pro sebab memang top notch tapi sebab takkan ada updates dah...potong semua....!!! Fine la aku kena juga pakai Samsung balik. Hahaha...ingat saja nak tukar teknologi. Trump buat dajal pulak. Bye bye Leica lens..

So siri S10 ni ada S10, S10e dan S10 Plus. Dah tentu S10 Plus terbaik dan harga pun mencekik..ingat nak beli S10e je tapi laki kata jangan...kami ni memang jenis baca gila2 review sebelum beli...

Pic taken by S4

Harga pasaran RM3699. Laki cakap carilah lagi yang ada jual murah2 sikit. So aku pun tengok kat Shopee. Just cari seller yang ada kedai fizikal. Sorry aku benda mahal tak beli online. Aku tak suka kalau kena tipu. Giler mahal kot. Ramai dah orang kena tipu. So dapat satu seller yang bagi reasonable price. Tapi takdela free gift. Halahh kalau yang bagi free gift tu harga lain la..kalau beli sendiri gift tu kat luar lagi murah kot kata laki. Kita pompuan memang suka free gift ni. Haha..tapi tetapkan balik niat asal tu.

Jadi akhirnya laki berwasap dengan seller dapat harga RM3099. Dah RM600 jimat weh..
Nama kedai ni Switch Solution. Alahai masa nak beli Huawei tu pun dia juga yang jual murah2. So highly recommended kedai ni. Terletak betul2 kat tangga Stesen LRT Kelana Jaya. Haha..tapi kami pergi naik kereta la. Dalam pada beli tu sempat dia cakap jual skrin protector RM100 dari harga asal RM119. Eeeee...tapi beli jugak. Dah beli mahal kenalah pakai baju mahal. Kat situ juga dia pasang. Tunggulah dia buat kerja. Lama jugak main dengan anak2. Orang pun makin ramai datang. Padahal Ahad tu..semua datang nak ambil phone. Runner la..macam2. Kami bayar dulu secara transfer baru dia buka kotak. Haha. Yelah dia pun takut kena scam.


First picture using S10 Plus



Ni guna S7. Ada beza ke?

Di kesempatan ni aku ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada adik ipar dan suamiku kerana merekalah yang belanja phone ni. Korang ingat aku ada banyak duit nak beli phone ni.? Adik ipar akula bagi paling banyak. Dia yang suruh beli phone. Sedih tengok S4 kan. Dia juga asyik tanya2 bila nak beli baru..kami pulak lambat2 je buat keputusan nak beli. Dia bagi duit sejak bulan Feb. Ada hikmahnya..moga murah rezeki ya...aamiin...

Oh aku bayar screen protector je. Casing beli kat kedai Ustaz di Kota Damansara. Lepas ni nak cari selfie stick la. Yang ada tak boleh pakai sebab HP ni lebar.

S10 Plus tak banyak casing. Ambik mana2 jelah RM10 je. Oh ye skin hijau. Bila pakai casing ni hijau dia lagi pelik pulak...haha..

Kemudian ke Celcom IOI Puchong untuk tukar simkad lebih kecil. Free jer.. Celcom pun baru je sangat2 pindah dari Setia Walk yang segan mati tak mahu tu.


Hari ni genap umur Aqeel setahun sebulan.

Urusan transfer dari S4 ke S10 Plus semua dibuat laki. Jam 10 malam gitu settled. Ehehehe..alhamdulillah.

S4 masih elok je lagi cuma takde updates dah bertahun2 la. Setakat guna telegram main games semua guna wifi je.

6 ulasan:

  1. wak tgh usha nk beli huawei p40 pro jugak ni., tp tu la, xde google apps pulakk khanns., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Huawei apps kan wak..ok ke..dulu mmg nak pakai p20 pro tapi sejak kes dgn US tu tak jadilah.susah la takde updates

      Padam
    2. okay ., wak dh beli p40 pro je., ;p

      Padam
    3. wah wah...mahal jugak kan...ada pakai apps depa tak

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.