Rabu, 22 Jun 2011

Lake Garden, KL

petang2 berjalan2 di Lake Garden.mari pakai kasut yang sesuai..jangan pakai heels atau selipar ya..


oppss..salah pakai jeans!

tukar..tukarrrrrrrr

parking free...kencing? kena bayarla...



dah jalan sikit nak main cak-cak pulak




tak dinyatakan berapa km

tak habis jelajah. jadi ada harapan nak datang lagi...YAY!

kami terlepas tren ni. 50 sen je..ok ok next time pastikan datang dan tempat nak naik. jangan lewat2..jam 7 petang memang dah tak jalan dah..

bridal bouquet flower

bila pulak saya nak pegang....awak bila nak bagi laaaaa???

Aiskrim Potong..Teringat Zaman Kecik2 Dulu

selepas dah minum coffee, merayau2 kejap dalam The Sphere ni. takde la banyak sangat kedainya. lagipun kawasan ni jauh dari taman2 perumahan. lebih kepada bangunan2 pejabat.

elok je jalan2 dalam tu, dan dan nampak iklan aiskrim potong, nak time2 tu jugak. mengada betul. nasibla ada orang layan aiskrim RM1.50 ni.

zcat choose corn, i choose durian..YAY!

lets open it!

almost same color, but guys....2-2 yellow base..hehe

NAK? 

Selasa, 21 Jun 2011

A Sip of Coffee at San Francisco The Sphere

Golden Gate RM10.00
Unit G-7 Ground Floor, The Sphere,
No 1, Avenue 1, Bangsar South,
No 8, Jalan Kerinchi
59200 KL
T: 2241 5322
Iced Carmel Latte RM11.00


the hot coffee should be orange taste, but that day, in this outlet, it was orangeless. yup zcat paid for something he insist for after the wedding, but good thing not happen.





Ahad, 19 Jun 2011

Zam-Zam Restaurant & Kasut Merah

ini adalah kali ke-2 aku ke sini. dulu 1st time dengan Ping. masa hari yang sepatutnya aku bercuti ke Kota Tinggi, aku demam pulak. lagi mak cancel percutian. jadi akhirnya aku memerap kat rumah je. demam malas pulak nak pergi ambil MC. gunakan je AL yang dah diminta sejak sebulan lepas..burn cuti? ada aku kisah...aku bukan selalu cuti..cuti aku masih berbaki 13 hari wei....
di tengah2 sakit, demam, selsema, aku berfacebook dengan kawan2 blog yang memang online je kat opis. jealous mak dengan diorang ni ada akses internet. mak punya opis semua block. sangap kat opis...itu pasal mak subscribe internet kat rumah.

kemudian mak telefon nak datang bawakan karipap.eh mak betul, bukan mak angkat ke, bakal mak mertua ke..heheh..oklah dah lama tak makan karipap mak. mak bawak 1 tupperware, semua licin aku bedal. kemudian mak ajak pergi beli kain telekong pulak. oklah kita pergi jalan TAR.

aku yang demam2 ni kena drive, abang aku pulak tido berdengkur kat seat belakang. sabar jelah. pulak lagi aku ni selalu sesat lorong..dah kesudahan dapat parking lepas sejam merayau2 cari parking termasuk sesat sampai pusing2 kat bulatan Jalan Sultan Hishamuddin. hahahaha...kat KTM lama lagi..saja je nak tengok kan tempat2 zaman buat praktikal dulu.

dah lapar, jom masuk restoran...karipap je tadi pun..haus ni..lagi panas cuaca...er dapat air best memang bestla....

sila ke website ni untuk alamat penuh dah makanan2 yang buat anda drooling!
http://www.zamzamrestaurant.com.my/
tauhu goreng. yummy sangat lembut tahap gaban! RM7.90..mahal? aah tapi sedap gilaaaaa....kuah kacang pun sangat syiokkkkk..aku dan mak share makan ni..2 keping je tauhunya pun..dipotong kecik2

mee rebus RM??lebih kurang RM8++ kot. tapi memang sedapla...berbaloi

tengok abang dan mak makan dengan khusyuk.
kemudian masukla ke arked2 cari kain untuk makan. aku pulak dapatla 1 shawl yang harganya RM7.90 je....alolololo....
inilah shawlnya. senang je nak lilit tak perlu banyak2 keronsang ke pin ker..mak jugak yang belanja..hihi

dan ini hasil teman mak shopping kasut kat Bata Jalan TAR. RM25 je....harga asal RM59. kat situ je ada sale..balik Ampg Point takde sale pun tau.....tapi tak ingat sale sampai bila...maklumla orang demam kan...ting tong sikit 2-3 hari
YAY!

Wash Drum Cleaner

pernah cuci drum mesin basuh anda? tak pernah? saya dah pernah...dah 2x pun. dan sebab hasilnya baik, jadi nak share dengan pembaca blog ni..

ni produk Cosway yang sangat bagus. katalah apa2 je...Cosway punya produk murah2 jadi aku sukala nak test mende yang pelik2.
kali pertama cuci drum masa mula2 pindah rumah sekarang ni. sebabnya air sangat laju..rumah lama air slow...karat lagi kadang2 tu..kali pertama cuci habis semua kerak dalam drum dikeluarkan. berkeping2 macam seaweed pulak bila dah kering.kata tak pernah cuci sejak beli Jun tahun 2009. kira 1 setengah tahun baru cucila.kerak takyah cakapla...

selepas 6 bulan nak cuci lagi..so inilah rupanya pencuci drum.

gunakan 1 peket, jangan nak kedekut guna separuh2

masukkan satu peket pencuci tadi ke dalam drum tanpa pakaian ye...kalau masuk pakaian aku tak jamin pakaian korang bersih..jadi menda lain pulak kang

penuhkan mesin basuh dengan air, maximum load. dah penuh, wash 2-3 minit

untuk hasil terbaik, biarkan semalaman atau paling kurang 5 jam..ini hasil selepas semalamam rendam. kalau 1st time rendam, konfem hitam gelemat nak muntah pun ada tengok kekotoran drum mesin basuh..dah tu wash-rinse-spin macam biasa
untuk hasil maksimum, buat setiap bulan. aku buat 6 bulan sekali je. pencuci ni mahal jugak. sekarang sale RM8.90 sekotak ada 2 peket. oklah kan untuk setahun. kalau tak sale mahu RM10++. tapi ada tawaran istimewa sekarang beli 2 kotak, kotak ke-2 tu dapat diskaun 50% tak silap aku. sila buat stok ye..

selamat mencuci drum mesin basuh anda... barulah pakaian yang di cuci akan tunjukkan hasil yang bersih sebenar. ceh dah macam duta Cosway pulak aku ni.. lelebey kan..

Halal Product Checker

uh macam susah kan orang seperti aku yang tak subscribe internet kat phone. lagi phone zaman 4 tahun sudah memang ketinggalan la dari segi wifi...kalau browse je harus melambung bil celcom aku...

kalau titiba rasa nak tahu status halal barang2 yang dibeli kat supermarket tu memang tak dapat google la time2 tu jugak. jadi masa pergi Mydin USJ terjumpa kiosk Halal Product Checker ni. macam best pulak..



kan senang kalau kiosk ni ada kat mall2 besar terutamanya..takde de rasa was2 nak beli tu nak beli ni..

Jumaat, 17 Jun 2011

Hailam Kopitiam (Wangsa Walk)

semalam tiba2 je zcat nak makan2..sambil bawak keta sambil kepala ligat fikir nak makan apa...macam2 kopitiam di fikiran...Coffee Box, Bangi Kopitiam.. er..lagi..lagi...... last2 pergi Wangsa Walk belek kedai mana patut singgah. last2 nampak Hailam Kopitiam. parking pun cantik2 je ada
milo dinosaur RM4.80

tuna egg sandwich roll RM5.60 - recommended

vegetarian roll RM3.90

3 tier tea RM4.20
order lagi satu sambal sandwich special tapi tak ambil gambar pulak..dan lagi rasanya tak mahu order dah kot sebab oily sangat..muak pulak makan...er..er..

HAILAM KOPITIAM (WANGSA WALK)
32G Jalan Wangsa Delima 11
Wangsa Maju KL

apa pun kelam kabut je makan malam tu..nak habiskan semua benda berninyak2 ni...tapi tempat duduk memang best...yang pasti..aku tak datang dah kot..hehehe

Bekas Tin Carefree Pulak!

apa ingat kotex je ada buat bekas tin untuk letak pad? carefree pun ada tau... yaaa terus jadi grab dari rak di Mydin Mall kat Subang Jaya tu...percuma bila beli pantyliner 2 bungkus pek 40x2 la..Harga RM10.90 kot. ahh yang penting dapat tin...lepas tu tin tu rupanya ngam2 je letak pantyliner..letak apa2 pun boleh...