Ahad, 19 Jun 2011

Wash Drum Cleaner

pernah cuci drum mesin basuh anda? tak pernah? saya dah pernah...dah 2x pun. dan sebab hasilnya baik, jadi nak share dengan pembaca blog ni..

ni produk Cosway yang sangat bagus. katalah apa2 je...Cosway punya produk murah2 jadi aku sukala nak test mende yang pelik2.
kali pertama cuci drum masa mula2 pindah rumah sekarang ni. sebabnya air sangat laju..rumah lama air slow...karat lagi kadang2 tu..kali pertama cuci habis semua kerak dalam drum dikeluarkan. berkeping2 macam seaweed pulak bila dah kering.kata tak pernah cuci sejak beli Jun tahun 2009. kira 1 setengah tahun baru cucila.kerak takyah cakapla...

selepas 6 bulan nak cuci lagi..so inilah rupanya pencuci drum.

gunakan 1 peket, jangan nak kedekut guna separuh2

masukkan satu peket pencuci tadi ke dalam drum tanpa pakaian ye...kalau masuk pakaian aku tak jamin pakaian korang bersih..jadi menda lain pulak kang

penuhkan mesin basuh dengan air, maximum load. dah penuh, wash 2-3 minit

untuk hasil terbaik, biarkan semalaman atau paling kurang 5 jam..ini hasil selepas semalamam rendam. kalau 1st time rendam, konfem hitam gelemat nak muntah pun ada tengok kekotoran drum mesin basuh..dah tu wash-rinse-spin macam biasa
untuk hasil maksimum, buat setiap bulan. aku buat 6 bulan sekali je. pencuci ni mahal jugak. sekarang sale RM8.90 sekotak ada 2 peket. oklah kan untuk setahun. kalau tak sale mahu RM10++. tapi ada tawaran istimewa sekarang beli 2 kotak, kotak ke-2 tu dapat diskaun 50% tak silap aku. sila buat stok ye..

selamat mencuci drum mesin basuh anda... barulah pakaian yang di cuci akan tunjukkan hasil yang bersih sebenar. ceh dah macam duta Cosway pulak aku ni.. lelebey kan..

4 ulasan:

  1. weh...thanx 4 d info..
    aku xtau pon mende ni wujud..
    mesin basuh aku tu lg la...dh nk 3thn..entah apa2 keladak pulak yg kuar jap gi!
    adeyyy~~ ekekekeekekk!! =P

    BalasPadam
  2. nok caranya masuk je dalam air tu eh..pastu tak yah masuk baju ke...blur ah..berminat ar nak beli

    BalasPadam
  3. jgn masuk baju nok..rosak mak tak jamin..ini pencuci tub mesin wei..ada cara2 guna kat kotak..sila ikut arahan tau..

    zura; konfem hitam gelemat..aku dulu pun 2-3x basuh baju melekat2 "seaweed" kat baju aku..

    BalasPadam
  4. untuk mesin basuh aku yang usianya lebih dari 10 tahun ni ko rasa apa hasilnya...aku rasa keladak sg klang kot

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.