Hari ni kepanasan. Jom ke klcc lepas isyak kata zcat. Kita minum juice. Aku pulak dah lapar. Makan sandwich pun jadilah.
Khamis, 17 Oktober 2013
Selasa, 15 Oktober 2013
Salam aidiladha 1434h
Salam aidiladha kepada semua. Pada yang dapat membuat korban tahun ni, alhamdulillah. Semoga mendapat pahala yang banyak. Kepada yang tidak, moga tahun depan ada rezeki untuk melakukannya.
Berkenaan rezeki, kami girlfriend boyfriend berlesen sah ni ingin mengalu-alukan kedatangan budak kecil dalam hidup kami. Alhamdulillah.
Ahad, 15 September 2013
Blay on sale!
50% uolls. Jangan ketinggalan... I dah rembat 3 kasut terus. Tapi kat 1utama ya. I taktau kalau ada branch lain. 3 hari je start semalam.
Muka happy je byr 3 kasut rm104...
Selasa, 3 September 2013
Doc said I have slip disc. So I share this..
http://www.patient.co.uk/health/Prolapsed-Disc-(Slipped-Disc).htm
Mc 2 days because of severe back and buttocks and legs pain. Really hard to sleep.
Less than 2 months for my next marathon.
Khamis, 15 Ogos 2013
Arenaa Star Luxury Hotel
agak susah nak parking di hotel ni. sebab masih ada renovation di area parking. nak cari parking biasa pun kena menapak sikit, sudahnya Zcat tinggalkan aku dilobi dulu dengan barang2 sementara dia mencari parking luar hotel.
![]() |
| Menunggu di lobi sementara tunggu Zcat parking kereta |
Asalnya kami tempah bilik biasa. tapi mahukan jakuzi or bath tub. malangnya bilik kami ada kerosakan. kami pun check-in dah lambat, jadi yang tinggal pun yang bermasalah. seronoknya, kami di upgrade ke penthouse di tingkat 11. memang tak mampu la kalau nak tidur semalam pun. kelas sangat kot. Harga 1 malam di penthouse mencecah seribu.
![]() |
| Hanya 1 penthouse sahaja yang ada. Jadi seluruh floor 11 kami yang punya. Hahahaha. |
![]() |
| Ruang tamu luas. Rasa duduk apartment mewah. Silap. Ni penthouse jadi sangat mewah. |
![]() |
| Meja makan utama |
![]() |
| Walk-in wardrobe. phew besar sangat |
![]() |
| pandangan dari walk-in wardrobe |
![]() |
| master bedroom |
![]() |
| best kerusi ni |
![]() |
| tandas master bedroom |
![]() |
| bilik kedua |
![]() |
| bilik ni buat bilik solat je |
![]() |
| tandas bilik kedua |
![]() |
| bilik air ketiga terletak bersebelahan ruang makan |
duduk hotel ni memang sedap berehat aje, malam pun pesan makanan dari bilik hotel je. inilah hotel termahal kot aku pernah duduk. dah macam rumah.
Ahad, 11 Ogos 2013
Aidilfitri 1434H - Hari Pertama Dan Cerita Sebelumnya
Rabu, 7 Ogos 2013
29 Ramadhan 1434h
Aku ni berkira2 nak berbuka kat rumah kakak. Tapi Kerutup daging yang aku masak tak masak2 lagi.
Baju nak balik kampung pun tak pack lagi. Tak larat punya pasal semua tertangguh.
Kereta pun belum cuci. Rumah memang tak berkemas. Rasa takde tetamu datang sebab cuti balik Ipoh agak lama. Hehe. Jadi lepas raya jelah kemas.
Biskut raya daj beratur. Tapi takde bekas lawa. Makan direct je nanti dari balang. Hahahah.
Ok kepada semua pembaca blog ni, aku nak ucapkan selamat hari raya ..
Selasa, 6 Ogos 2013
Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali
makcik sebenarnya jatuh ketika membuat air kemudian terus kena strok. selepas diserang strok separuh badan, ahli keluarga yang menjaga makcik membawa dia ke NUH, Singapore. makcik koma, dan tinggal di wad ICU.
kak pa menyarankan aku ke sana melihat makcik, sementelahan makcik adalah satu-satunya adik beradik arwah bapak yang masih hidup. pada minggu yang agak chaos, aku dan LB berkira-kira untuk ke sana pada hari Selasa, iaitu hari ni sebab aku sudah mula bercuti. nak bawa mak sekali, mak pula tertinggal passportnya di Koyan. aku pulak memang takde passport. dah lama mati. nak buat memang boleh 2 jam je kata LB. pergi wangsa maju atau damansara. pejabat imegresen dibuka pad hari weekend sampai jam 1 petang.
dengan mak pun takde passport, kami pun batalkan hasrat. nak pergi lepas raya jelah kot. tapi nampaknya Allah lebih menyayangi arwah makcik. dijemputnya pada bulan Ramadhan!
makcik meninggal pada hari ni tanggal 6 August 2013 bersamaan 28 Ramadhan 1434H. Hari Selasa. arwah bapak pula meninggal pada 5 October 2004 bersamaan 20 Syaaban 1425H.
untuk ahli keluarga sekelian, mari kita panjatkan doa banyak2 untuk ahli2 keluarga yang telah meninggal dunia. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di taman2 syurga. Amin.
Ahad, 4 Ogos 2013
Ramadhan 1434h Mual & Lesu
Balik kerja pun penat. Tapau makanan dari restoran or bazaar Ramadhan. Masak nasi je pun paling tinggi.
Kemudian discover yang aku rasa nak muntah kalau berbuka terus minum air sejuk dan makan makanan berminyak. So air suam paling baik dengan anak tekak ni.
Pastu rasa tak larat nak makan nasi. Cubalah makan sup pulak or makanan berkuah. Paling best dapat makan ikan siakap steam.
Aku juga rasa sejuk semacam. Kat office aircond memang sejuk semacam. Ni balik rumah nak mandi pun bercinta. Belum lagi kena kipas angin...aduss. memang azab sikit tahun ni tempuhi Ramadhan.
Aku juga takde mood nak shopping baju ke kasut ke tudung ke..Semua takde yang baru. Malas. Nak duduk rumah je bila weekend. Nak tidur je..
Gambar sebagai menunjukkan aktiviti yang mampu dibuat...
Ikan siakap steam Restoran Risadh
Ikan talapia bakar Bangi Golf Resort

Ahad, 14 Julai 2013
Hadiah Dari Zcat
Balik dari Ipoh kami pergi KLCC. Nak claim hadiah birthday dari L'occitane. RM20 pun duit juga.
Maka hadiah birthday tahun ni dari Zcat ialah krim kecantikan dari L'occitane. Yay!



































