Ahad, 30 Ogos 2020

,

لاين ڤرمينتأن كاون

Layan Permintaan Kawan

Bulan 8 birthday kawan baik aku Reen. Kemahen plan jumpa pagi balik tengahari. Sudahnya nak dekat 7 jam jugak..

Jam 9 baru aku keluar rumah sebab Aqeel bangun pulak. So kena la layan dan tidurkan dia balik. Lepas tu baru aku bersiap dan naik tren. Jumpa Reen kat stesen tren berdekatan rumah dia, then pick up aku dari situ.

Kami ke TTDI. Aku nak makan Dotty's je sebab dia kata nak ke Naelofar. Ok dia ingat Publika masih ada kedai Naelofar tapi sebenarnya cuma ada di Isetan KLCC, TTDI dan Sogo. Mereka akan buka butik di 1 Utama tak lama lagi.

Dah sampai Dotty's menunggu pulak siap bergambar tapi takde staff pun attend kami..mengintai tengok penuh.


So akhirnya kami drive ke Little Rimba. Tunggu juga tapi ada staff attend so happy la sikit.



Sorry takde kek. Punyalah kenyang makan brunch.




My fav dah RM15 ya.


Kat sini biskut arab dia sedap nak mati tapi dah RM20 sebekas. Dulu2 RM10..aku makan sejak mengandungkan Aqlan.



Kat Naelofar kami masuk butik yang Luxe tu. 1st time..selalu aku ke HQ. So memang sangat luas. Happy sebab orang pun kurang 20 kot. Aku beli anak tudung je sebab teringin nak cuba pulak. Sebelum ni beli innerneck best je.



Balik tu tatau nak ke mana dah salah jalan akhirnya ke IOI Puchong. Hahahaha...yeah Reen hantar aku balik la nampak gayanya. So sambungla teman dia shopping lagi. Aku kat sini sesat2 ...hahahah...giler ni kali kedua aku masuk mall lepas PKP kot.

Kami masuk DeFacto, Elianto, AEON.



Tapau nasi ayam kemudian baru balik rumah..

Ahad, 23 Ogos 2020

كهيلڠن تمن هيدوڤ

Kehilangan Teman Hidup, Bilakah Giliran Kita?

Sedikit sebanyak persoalan ni akan muncul jua. Ada yang tak bersedia langsung. Ada yang bersedia. Jika selama hidup bersama kita amat bergantung pada teman hidup kita, kehilangan tu pasti pedih sekali. Apa pun siapa yang menghadapinya sudah tentu lebih merasai peritnya.


Kita yang mendengar berita pasti akan terasa bila giliran kita? Mati bersama ke? Mati dalam tempoh terdekat ke? Mati muda? Mati ketika anak2 masih kecil? Mati dengan tak tahu apa2 sebab semua pasangan sediakan?

Kawan baik sama2 belajar 20 tahun lepas baru kehilangan suami. Aku sudah agak berdasarkan panggilan telefon terakhir aku kepadanya. Namun aku tak tahu nak bereaksi. Kawan tu pun tak terluah bahawa suaminya tengah nazak.

Suaminya pergi meninggalkan anak berusia 11 dan 7 tahun. Dua2 lelaki. Kawan aku muda lagi baru 39 tahun. Aku sebenarnya sangat sedih. Sebab aku pergi majlis kenduri kawen mereka. Aku banyak mengunjungi rumah mereka ketika aku masih bujang. Ha kan kerja nak makan sedap kat rumah kawan, masa tu lah.

Namun aku tahu kawan aku ni sudah bersedia...suaminya telah mengatakan bahawa hidupnya tak lama..cuma kadang2 kawan aku ni buat2 tak mengendahkan. Kehilangan teman hidup sangat pedih. Aku harap kawan aku tetap tabah, tetap kuat. Dia sudah banyak hadapi ujian yang berat. Allah sayangi dia. Aku sendiri belum tentu mampu menghadapi ujian seperti yang pernah dirasainya. Mati bukan ujian yang aku maksudkan. Mati itu pasti.

Al-Fatihah untuk Kamal Bin Othman.

Ahad, 16 Ogos 2020

,

ستله ٣ تاهون بارو ڤريود

 Setelah 3 Tahun Baru Period

Nah...mahu tak terkejut tiba2 datang. Last sekali mestilah sebelum mengandungkan Aqeel..hmmm.
So memang ada aku tanya doktor masa last visit demam...Doc cakap kalau menyusu memangla tak datang bulan. Tapi aku punya kes nak 3 tahun beb..so bila datang bulan ni aku macam beremosi sikit. Dah hari ke-4 lagi la aku macam2 perasaan..dengan sakit sendi nak demam pun ada.

Tak period pening..dah datang period pun pening.

Hari 1st memang takde mood nak masak. So ke rumah mak angkat kat LP8 nak bagi dia bundt kek. Nak balik dia tahan pulak suruh tunggu dia masakkan sup Kerbau untuk kami anak beranak.

Hari Sabtu makan nasi kandaq Kampung Melayu. Cam biasa kirim dengan Mamu beli kat Penang nun. Bayar upah la. Kali ni share beli dengan Reen so ke rumah dia pulak hantar food.





Tapi sebelum p collect nasi kandaq sempat pergi Super Save dan Watson's. Masuk Watson's bawak Aqlan. Kesian kat dia dah lama tak masuk kedai. Aqeel tak bolehla masuk..




Hari Ahad sampai ke Shah Alam masuk Decathlon beli kasut untuk budak2. Memang beli untuk depa je. Aqeel dah lama tak masuk mall apa lagi dia punya lari tu laju mencecet. Puas gak cari kasut sambil nak mengejar budak. Bila dah dapat kasut cepat2 sarungkan kat kakinya supaya dia calm down kejap. Pastu cuba cari kasut lain. Elok dia siap pakai abah dia sampai...depa 2 beranak p tandas..so aku kena cepat bertindak.



Abah dia lak kena jaga Aqeel apa lagi budak tu ajak turun naik escalator la. Masa tu aku cari kasut untuk Aqlan pulak. Aqlan kaki dah besar pakai saiz 30 dah. Aqeel saiz 22 atau 23.
Nak jamu mata pun tak dan. Siap pilih aku terus angkut Aqeel bawak ke kereta. Laki yang settled selebihnya.

Dalam kereta laki cakap kenan satu kasut tapi tak dan nak pilih. Sebab orang pun makin ramai. Kami first time masuk mall dengan anak2 semenjak PKP. Eh Decathlon ni besar gila tak habis round la.




Rabu, 29 Julai 2020

باليق كمڤوڠ اونتوق راي حاج برسام كلوارگ

Balik Kampung Untuk Raya Haji Bersama Keluarga

Sebab bulan 7 takde post apa pun..jadi kita buh la satu entry dulu buat followers.. hihi.

Cadang nak balik sesudah subuh pagi Khamis, sekali laki call ajak balik hari ni. Kelam kabutla. Masak nasi mediterranean, basuh kain dan lipat kain..selalu kain tu tunggu sampai jadi gunung baru nak lipat.


Tengah masak, Aqeel beria panggil rupanya dia buat sepah..sebelum balik kena vacuum la dulu.








Patut exit Bentong tapi tak gerak2 kereta bila keluar tol jadi kami ke depan lagi..smooth gila..

Petronas Raub. Ada pulak stesen Five lepas kami melalui stesen ni. Five tu ganti Caltex la

5.17 bertolak. Jam 11 malam sampai.

Aku yang over berborak. Hahahaha

Jumaat, 19 Jun 2020

,

اخيرڽ برجاي داڤت ڤمولڠن واڠ دري شوڤي

Akhirnya Berjaya Dapat Pemulangan Wang Dari Shopee 

Jika ada yang masih ingat omelanku pasal order 11 barang dapat hanya 5..maka inilah kesinambungan dan pengakhiran ceritanya.

Ok siapa2 yang menemukan masalah macam aku bolehla buat macam aku buat..ni namanya teladan.

Bila barang kiriman dibeli ada masalah macam kes aku tak cukup 6 barang.. 6 barang oiiiii mana aku tak marah.. sila chat dengan seller terus. Ambil gambar sebagai bukti. Jangan nanti2 kan..sebab PENTING.

Dah la masa tu zaman PKP, jadi selalu aku dapat barang, penghantar barang akan hon2 dari luar rumah lepas tu dia akan letak atas batu pagar rumah. Tak pun letak atas batu tempat simpan sampah dan surat2. Tanak bersentuhan la kan.. paling haru depa baling tepi kereta bila kami takda dirumah. Tapi ni selalu J&T punya kerja. Hareyyy.

Dah ambik barang aku letak luar pintu rumah pulak sebab nak sanitize dulu. So aku akan belek kemudian.

Tapi....masa kes ni aku tak tahan tunggu. Sembur gak dengan Dettol tu dulu pastu terus buka. Memang ada gunting dah siap2 aku letak kat area pengumpulan barangan online yang tiba. Eleh korang pun terjebak gak.. jadi bila buka aku macam eh..macam tak cukup. Berkali2 aku cek. Aku dah macam tak senang duduk la..yang ada semua elok je takde yang rosak. Pembungkusan elok je takde kes macam ada orang buka ke apa sebab kalau beli barang dari luar negara macam China, barang akan dihantar oleh Shopee Van.

Terusla ambik gambar. Send ke seller la...seller ni pulak slow nak jawab. Aku tanya kang 2 or 4 jam kemudian baru jawab. Dah tu dia minta pulak ambil gambar bar code. Aku buat. Dia minta 1 je aku bagi 5  barcode terus. Sebab ada 5 barang..kang dia ingat aku tipu. Aku cakap kalau takde barang aku nak refund. Kalau barang nak dikirim berasingan pun bagitahulah...ni apa note pun takdak.

Maka bermulalah sessi "sembang" yang agak panas. Slow giler jawab.. dia kata nak cek dengan stor people..terus aku dapat tangkap dia ni reseller atau dropshipper la. Ambik order je, store yang bungkus barang dan pos. Malas tau aku nak citer satu2 tapi aku tahu korang tu dah terpancing nak tahu apa aku buat dengan seller ni kan... kan..




So 12 May aku dapat barang, selalu 3 hari kita diberi masa untuk tekan butang received barang kat Shopee Apps tu kan. Kalau lepas 3 hari tak tekan jugak, Shopee akan release payment terus ke seller. Aku dah gelabah masa tu. Tatau nak buat apa.. siap dah DM Shopee ambassador tapi aku delete message tu cepat2 before dia baca or seen. Haha..sebab aku rasa buat apa tanya depa..baik aku tanya Shopee terus..so aku pun terusla tekan butang...pada 14 May untuk minta refund. Si seller dispute 15 May. So adala discussion between aku, seller dan pihak Shopee.


Memang la tak besar amaun dituntut tapi mana boleh biarkan.

Si seller ni banyak dalih. Dia kantoi bila cakap lebih kurang maksudnya begini "base on weighing of product we delivered to you, we believed that its only 2 or 3 product is missing". Kepala otak kau..mana boleh guna base on berat barang..kenapa tak bagi delivery note ke apa..or invoice..ha tulah nak jadi seller tapi bodoh..kau nak tipu bekas pekerja kira2 ni kau silap la..masa tu aku memang nak menyembur aje tapi aku sabar..kat sini memang aku tulis apa aku nak cakap kat dia tapi aku tak tulis.



Shopee minta bukti. Aku bagi, siap screenshot perbualan dengan seller. Lama wei..29 May baru ada agent khas untuk kes aku. Aku between that date memang aku tanya2 juga seller tu..apa citer kes ni diam je..dia memang diam..hangin mak tau..

Siap delivery man mesej aku nak tunjuk bukti dia hantar..

Last2 11 June Shopee mesej aku depa akan kreditkan balik duit untuk barang yang aku tak dapat. Alhamdulillah.

Moral of the story..


  1. Beli barang jangan banyak2 dengan satu seller.
  2. Bila barang diterima tak memuaskan hati, chat dengan seller. Jangan tekan received items. Tekan REFUND/RETURN. (Waaaa aku ada satu kes lagi waaaaaaaaa...tapi barang poslaju yang simpan aku nak kena menjawab before 20 June nak kena extend Shopee waranti..)
  3. Elak beli dengan dropshipper la. Depa ni pun kadang2 terkena dengan pihak yang menguruskan barang tu. Sebab tu kena ada ilmu. 
  4. Better chat before buy and pay la. Aku memang selalu tekan terus beli je..dah kena ni padanla..teladan kan.


So aku pun dah dapat balik duit tu. Aku tak habaq la sapa seller tapi aku memang ada review kat sana. Hahaha...1 bintang sudah untuk experience dengan seller. Barang yang aku beli dengan dia pun lagi 2 tak guna lagi..sebab tu hiasan untuk bilik anak2.

Rabu, 17 Jun 2020

, ,

بروبه سوده بيليق انق٢

Berubah Sudah Bilik Anak-anak

Memang ambil masa nak mengubah. Mula2 nak kena plan. Nak susun atur macam mana. Susunan mesti memudahkan pergerakan anak2 ni. Maklumla seorang 6 tahun. Seorang 2 tahun. So memang lasak. Hari2 dok pujuk Aqlan untuk pindah bilik. Bagitahu dia tak boleh tidur dengan Ibu dah. Aqlan dah besar...dia akan jawab haaaa? Aqlan ni memang manja tak pernah pisah tidur kecuali masa aku kat hospital la..paling2 tinggi dia akan tidur dengan Abah dia. Pastu kang dia cari aku balik. Kadang2 boleh rasa ada jari2 halus lembut dok mengusap tapak tangan aku. Kan syahdu titiber.


Yang Aqeel masih kecil masih menyusu. Tapi nak ajar dia pisah tidur cepat memandangkan dia ada abang so bolehla buat teman. Hmmmm.. boleh ke.. 

Terus terang cakap aku memang nak pisah tidur dengan budak2 ni. Aqlan tu kami dah bagi dia katil lain dalam bilik kami. Tapi malam2 dia akan naik jugak katil kami. Sudah tak muatla jadinya...risau pulak terpenyek. Aqeel kadang masuk buai terus tidur lena sampai pagi. So Aqlan memang happy la boleh peluk2 aku. Adoi manja sangat ni.

Bilik ni sementara je. Bilik ni paling kecik la antara 3 bilik di tingkat atas.  Ada satu bilik lagi ditingkat bawah nak buat bilik pejabat dan belajar. So akan jadi library kecil. Eh tercerita sudah..hahaha..

Dulu bilik ni mentua duduk. Bila mentua dah remarried so mentua dah balik Ipoh duduk rumah sana. So kadang2 bila mentua datang memang beliau tidur di sini. Akibat PKP ni juga maka sapa2 pun tak datang jadi kami pun plan la nak buat bilik budak2 sementara. Bilik satu lagi penuh barang . Tunggu clear baru jadi bilik budak2 dan bilik ni akan jadi bilik tamu la.

So sebelum ni katil disusun dua tingkat, atas tu jadi tempat simpan bantal dan cadar2 je. Memang tak guna sebab seram dekat dengan kipas siling. Tangga pun kami letak ke arah dinding sebab Aqlan suka naik. Risau ahhh..lepas tu adik dia pula lahir..lagila risau. Jadi ada almari mentua, almari budak2, rak buku mentua dan budak2 serta tempat sidai tuala. Ada juga beg2 travel letak kat sini. Kira bilik ni penuh barang kumpul habuk aja. 

Aqlan ni dia suka teman aku tengok rancangan deko2 kat HGTV. So dia suka ubah2, renovate, buat baru dan cantik2 macam bilik hotel. Tengok rumah Rizalman pun dia dah mula plan nak rumah macam tu. Adoi.. InsyaAllah nak, kena rajin usaha la. Jadi sebab nak suruh dia pisah tidur maka aku kenalah come up with this plan. Haha. Satu permintaan dia. I want aircond. Because if not it's gonna be hot. Eeee..mintak kat Abah hang la....dah sedari kecil tidur dengan aircond kan. Haaa amik..

So mulalah aku cari design yang sesuai untuk depa. Warna especially. Nak katun2 ka..roket ka...atau terus LELAKI. Ha aku kalau boleh takmo kena beli ubah deco banyak kali. Duit bukan cop ya. So aku cari yang sesuai untuk boys la. Berlambak je keluar kat Google pastu ke Pinterest.

Macam2 aku kenan..last sekali aku pilih putih dan kelabu sebagai main color. Sebab katil dah warna coklat gelap, dinding warna krim. Memang tak akan tukar cat sebab kami duduk rumah sewa je. Kalau cat terkupas kita cat balik warna asal. So bermulalah cari kat Shopee sampai 2 minggu baru order. Hahaha. Cerewet satu, nak yang berkualiti tapi mampu milik. 

Beli semua dengan lain2 penjual jadi bila tiba lain2 hari. Tapi tak sabar tetap nak pasang walau2 satu2 diubah. So mula2 sampai ialah sarung comforter. Kemudian bedsheet. Pastu langsir. Last sekali baru sarung kusyen sebab dari China. Yang lain Malaysia aje.

Katil disusun begini sebab nak ada ruang untuk bermain.  Memang lagi cantik kalau susun bersebelahan tapi ruang akan sempit

Drawer baju harian. Baju jalan2 hang je. Tunggu laki gantung Mulig Bar IKEA tu.

Budak kecik ni selalu jadi model sebab dia memang suka ikut ke mana sahaja. Untuk katil Aqlan yang dia tengah sandar tu. Katil dia ada penghadang.

Aqlan minta aircond. Ambikla yang portable tu. Hehe sejak duduk Kg. Baru Ampang lagi guna tau. 

Akhirnya langsir sampai. Sekali jenis kain memang sama dengan sarung comforter. Puas jugakla cari..tu jadi lama memilih.

Last sekali sampai gak sarung kusyen. Tapi size 45×45 jadi takde kusyen yang muat. So aku buat kusyen baru. Aku sentiasa ada bahan jahitan ya...


Budak2 ni bukan perlukan kusyen pun tapi aku nak letak jugak bagi lawa.

Warna kelabu dia tak sama kelabu sarung comforter. Asal ikut pallete sudah.

Nak letak hiasan takla..tunggula pindah bilik besar sikit. Sementara tu macam ni ringkas sudah. Tak pening nak kemas. Aqlan tu puas gak hari2 pujuk suruh tidur di biliknya. Dia akan jawab..NO....lembut je pastu terus patuh arahan sebab tanak tidur asing.

Harga Barang2 Semuanya RM141.36 tidak termasuk pos. Kalau pilih poslaju mahal sikit tapi sokonglah...

Cadar RM18 × 2
Sarung Bantal RM7 for 2
Sarung Comforter RM19.80 × 2
Sarung Kusyen RM4.74 × 4
Langsir RM19.90 × 2

Yang lain semua dah lama...