Jumaat, 1 Ogos 2014

Keadaan Kami Hari Ini

Kami bangun awal ingat nak balik Ampang awal jam 10 pagi.

Mama masak pula untuk kami. Katanya dia tak puas kalau tak masakkan. Mulanya nak goreng nadi je. Sudahnya siap ada terung goreng, terung berlada, ikan goreng, dan sambal tumis petai ikan bilis. Siap masak untuk tapau lagi. Jam 11:56 pagi baru kami bertolak.

Kami sampai DUKE jam 2:41 petang untuk solat jamak qasar zuhur dan asar. Kemudian pergi pasaraya Hero untuk beli bahan makan petang. Jam 4 petang sampai rumah dan terus mendobi sampai 3 round.

Mandi. Mandikan Aqlan dan beri susu. Masih tak mahu tidur. Sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Surau DUKE tu dia tidur.

Jam dah 7 malam. Akhirnya Zcat yang sediakan dinner. Makan wrap berisi telur hancur, kepingan ayam Turkey dan salad segar dari Cameron Highlands.

Jam 8 malam Aqlan masih merengek. Tapi tak teruk. Maybe dia penat. Zcat sekali lagi kena tukar cadar baru. Ya kami tukar cadar setiap minggu. Sejak Aqlan kena gigit pijat. Siap sembur ubat.

Untuk Zcat boyfriend berlesenku, tanpa kehadiran kamu saya tak mungkin mampu mengharung semua ini. Menjadi ibu, menjadi isteri, anak dan menantu. Tanggungjawab yang melelahkan. Ku harungi jua denganmu kerana amanahNya untuk kita laksanakan. Terima kasih.

Novelle for King size mattress. 825 thread count. 70% discount. Bought last sale for AEON member on 24th July 2014. Sarung bantal tambahan Jean Perry 50% diskaun. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.