Khamis, 17 Disember 2015

Restoran Samila Thai Cuisine, Puncak Jalil

Hari ni tak masak. Masak maggi tomyam cup je. Malam dah lapar.

Husband ajak pergi Puncak Jalil. Banyaknya kedai tomyam. Sampai satu kedai kami berhenti sebab boleh parking sebelah meja makan je. Aqlan tidur jadi kami tak mahu ganggu dia. Jadi enjin kereta di on kan sepanjang masa. Siap cek ada kunci pendua. In case kan. Banyak sangat kes anak terkunci dalam kereta. Tapi kami tak kunci sebelah pintu. Tetap berjaga2.

Nak minum air berasaskan soda tapi belum ada. Pelayan pun terangkan apa yang takde dalam menu. Ok je..

Kami order macam2 tapi...masakan sekejap je dah sampai. Takdelah nak menunggu dampai setengah jam. Sambil tunggu tu main Neko Atsumé dulu. Hahaha.

Kami pun makan dengan tenangnya. Sebab Aqlan tak perlu dilayan. Kalau tak selalu kena rotate la makan.

Masa husband bayar agak lama. Dia balik cakap kena dengar kisah sedih owner. Apa yang sedihnya?

Hari ni baru first day beroperasi. Buka pun lambat. Banyak makanan belum ada. Maafla kalau ada makanan tak mengikut selera. Semua sekali RM33.50. Air RM7 sebab gelas besar. Sup ekor RM10. Tu je paling mahal dalam bil kami. Boleh datang lagi try makanan lain pulak.










Ehhh aku tak rasa kedai baru sebab makanan cepat sampai dan sedap. Kena je tekak aku. Takdela blunder ke hape kan. Itu yang penting. Tenang dan rileks. Cuaca pun baik hari ni. Sejuk2 tak..panas tak. Very nice.

2 ulasan:

  1. hewhew.. mahal kalau sedap tak apa.. lama tak makan sup ekor.. kat Parit Buntar ni ada 1/2 kedai je yang masak sedap ngeh2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Persaingan banyak jadi kenalah masak sedap2 dema ni. Jangan guna benda khurafat sebagai pelaris sudah..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.