In

Gunting

dah semenjak suka menjahit benda paling penting ialah gunting. gunting ni dah lama beli. bila dah set up meja mesin jahit tu baru aku rasmikan. yeppp aku beli dekat Cosway juga. sebab aku rasa berbaloi guna RP aku yang dah berpuluh2 tu. baik beli benda bermanfaat. bila potong kain....hurmmm smooth gila. selama ni aku pakai gunting rasa lambat sikit nak putusnya. hahaha. gunting ni aku nak buat sarungnya. seram betul budak kecil dapat pegang hari tu. tertusuk jantung mak oiii...

harga berapa? dalam RM70 kot. laki kata belum mahal lagi tu..ha laaa aku bukan pro pun nak pakai mahal2. ni pun dah paling mahal kot gunting kain aku beli. selama ni yang bawah RM20 itu pun beli dapat 3. hahaha.

jenama Brisscoes ni ada macam2 alatan lagi yang dibawa masuk oleh Cosway. so far aku dah beli 4. dapat hadiah 1. ternyata ketajamannya.

Related Articles

8 comments:

  1. Tak mengapalah mahal sedikit kalau ternyata mutunya terbaik. Bak kata orang, alah membeli menang memakai... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman bekerja dulu mampulah nak beli...hehe. sekarang harap ihsan suami.

      Delete
  2. Assalam. Di rumah ada gunting jenama Singer milik mak yang dah berusia puluhan tahun. Dulu dia selalu menari menggunting kain sekarang tidak lagi digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singer....teringat gunting besi pemegang hitam kepunyaan mak. Kalau guna gunting kertas je mulalah kena marah.

      Delete
  3. Betul lah murah tu Anis..
    stainless steel tahan lama..
    kakak akak beli pun beratus..
    Kakak akak tailor..
    Bagus anis ada minat menjahit..
    sekarang tukang jahit kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kat sarung plastik tu mention cara2 menjaga gunting tu lagi utk kekal lama.

      Delete
  4. Replies
    1. Memang sangat tajam. Kena hati2 sangat especially ada anak kecik.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...