Khamis, 13 Disember 2012

Membeli Pakaian Untuk Resepsi

Kami ke Jakel Jalan TAR untuk melihat2 kain untuk dipakai di majlis resepsi pada 9 Jun 2012. Aku senang hati sebab dapat menolak sapaan2 “mesra” jurujual kain. Sudahnya aku dan Zcat mencari2 sendiri warna kain pilihan kami hinggalah ditegur oleh seorang jurujual.

Melihat keramahan dan tidak penyibuk/memaksa beliau, kami mengikut saja cadangan2 yang dia berikan. Zcat terus menghubungi mama di untuk bertanya adakah pilihan kain kami sesuai. Hahah dah macam nak pakai ihram  bila tengok Zcat dipakaikan kain yang hendak dibeli. Satu momen yang lucu.




Akhirnya kami membeli kain2 tersebut dengan harga yang murah. Kain aku dan Zcat adalah kain akhir, maka kami dapat lebihan dengan harga yang sama iaitu RM485.00 semuanya – kain chiffon bermanik labuci, kain satin & kain baju Melayu. Kos keseluruhan sepatutnya mencecah RM620.00. untungnya Jakel dah nak tutup kedai masa tu dah jam 8.30 malam.


Ahad, 9 Disember 2012

Hari Merisik

Pada 2 Jun 2012, hari merisik berjalan lancar dirumah abang iparku Abang Musa di Kajang. Walaupun cuaca panas dan aku sendiri berpeluh2 kepanasan, namun enak je tekak aku makan pelbagai juadah yang dihidangkan.
Baca: Majlis Khitbah = Majlis Pertunangan. ini semua idea kakak ipar aku Kak Hasni, isteri abang Bad
Jam 3:18pm. jam kat belakang tu dah rosak

Sahabat lamaku Fairuz menyumbangkan kuih kaswi yang digemari semua orang dan pudding jagung yang terlembik sikit tapi sangat sedap dan manis. Kak Cuma memasak pulut kuning dan rendang daging. Fairuz juga membancuh teh tarik yang sangat digemari Reen. Aku Cuma beli teh Boh dan susu krimmer cap Teko dari Econsave. Aku juga membeli air minuman R.O. untuk tetamu. Lebih mudah dalam botol2 bersaiz 500ml. harga pun murah RM6.90 je.

Mak pula menyediakan karipap kegemaran ramai dan Ann pula menyumbang popiah goreng pedas dan kuih talam keladi. Sangat sedap.

Kak Ina sahabat baik kak Cuma pula menyolekkan aku, padahal sebelum itu Reen dah berjanji nak menyolekkan aku. Mungkin dia dah teruja, selepas solat Zuhur, cepat2 je dia keluarkan barang mekap untuk disolek percuma. Sudahnya kakak2 dan emak semua bercelak bagai. Hehehe.

Rombongan keluarga Zcat terdiri daripada 13 orang termasuk dia tiba tepat jam 3 petang. Selepas berbincang, aku pun dipanggil untuk acara menyarung cincin. Hihi. Dah kena sarung ramai pulak nak ambil gambar sampai kena tegur untuk salam dan cium tangan mama Zcat. Aku bukan tak ingat..memang itulah perkara yang aku paling ingat tapi semua orang dah jadi paparazzi. Haha.


Kak Cuma, Emak, Aku, Kak Cupa & Kak Ted. Kad Dewi kakak sulung kami tak dapat hadir

Dan ya, apabila melihat hantaran dari Zcat aku tersenyum. Dan aku gembira melihat kuntuman bunga daisy pink menghiasi dulang2 hantaran yang dihias cantik. Oh aku punya biasa2 aje..


Barang Hantaran Merisik

Kami pada mulanya tak bercadang memberi hantaran sebab keluarga Zcat hanya datang untuk merisik. Tapi dia hendak mebawa tepak sirih dan cincin. Kemudian mengikut kata mama dia hendak membawa manisan. Setelah berbincang akhirnya aku dan Zcat akan bertukar hantaran 5 berbalas 7.

Pencarian hantaran bermula apabila kami dah list down kan apa nak diberi. Daripada aku;


  1. Apam polkadot
  2. Buah anggur
  3. Cupcake
  4. Songkok
  5. Kain pelikat
  6. Kain pasang untuk nikah
  7. Biskut bangkit








untuk buah anggur

untuk apam polkadot

untuk cupcake

Semua hantaran ni berdasarkan cadangan Zcat. Aku ikutkan saja.

Manakala daripada Zcat pula;
  1. Sepasang baju nikah
  2. Coklat
  3. Buah-buahan (strawberi, kiwi, dan plum)
  4. Sebentuk cincin merisik
  5. Kuih bakar kemboja

untuk diisi buah-buahan





Kemudian memikirkan tema hantaran, aku mahukan light pink & light green. Dan aku bercadang menggubahnya sendiri. Maka pencarian membeli bahan2 untuk membuat bunga gubahan pun bermula.

Kami ke 2 kedai Bunga Reben di Jalan TAR, ke kedai Fah Lean di Balakong, Mydin Jalan TAR & Subang untuk membeli peralatan menggubah, reben2, bunga2 tiruan dan bekas2 untuk mengisi makanan. Aku juga ke Econsave Kajang untuk membeli anggur pada harga yang murah – betul2 sehari sebelum hari aku dirisik.

Aku juga beremel dengan teman2 rapatku, Ann & Reen untuk bertanya dan update persediaan merisik. Mereka berdua dengan senang hati menyumbangkan apam polkadot & cupcake sebagai hantaran. Aku sangat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan mereka berdua.

Di Jalan TAR juga kami ke Wisma Yakin untuk membeli songkok & kain pelikat buat Zcat. Kami tak pandai menawar banyak. Jadi songkok baldu dari RM65 dapat RM60. Kain pelikat dari RM60 dapat RM50. Zcat pula menambah wang sendiri untuk membeli sehelai lagi kain pelikat kerana warnanya sangat cantik.

Kembara mencari kain pasang untuk nikah sangat jauh. Sehingga ke Shah Alam. Namun tiada apa pun dibeli kecuali sehelai selendang untuk majlis merisik. Aku pun cuma bercadang memakai baju kurung yang ditempah. Kain tu diberikan oleh emak, dan emak memang mahu aku pakai ketika dirisik.

Dan akhirnya aku berkenan dengan sepasang kain baju kurung chiffon berwarna off white yang sudah siap berjahit di salah satu butik di Ampang Park. Dari harga asal mencecah RM300.00 baju itu dapat dibeli pada harga RM200.00 sahaja. Dan itu juga minggu terakhir untuk beli kain yang memang murah  dari seorang pembantu kedai yang akan tamat kontrak bekerja pada keesokan harinya iaitu 16 Mei 2012! Hah, sudahnya Zcat terus ke ATM dan membelikan untuk aku pakaian tersebut pada hari itu juga. Hari tu aku bercuti sebab nak ambil keputusan ujian darah. Alhamdulillah. Paras kolesterol dah turun 5. Zcat gembira sambil berkata, “bakal isteri saya sihat..” hehehe.

Pada hujung minggu kami keluar mencari kain pasang untuk Zcat pula. Disebabkan aku lupa bawa kain pasangku, maka kami tak jadi membeli. Aku cadangkan Zcat beli sahaja tapi dia tetap mahukan kain itu dibawa bersama baru boleh beli. Sudahnya kami bertekak dan aku sentap sekejap. Sambil Zcat terus memandu untuk ke Masjid di Wangsa Maju. Kemudian kami berjumpa kawannya Izwan(Maharisi Design) sebab Zcat nak pinjam dulang hantaran.

Keesokan hari kami ke Gulati’s Subang untuk membeli kain pasang. Aku pun dah bawa bersama siap2 kain baju nikahku untuk dipadankan warna. Senang je dah dapat padanan. Selepas diskaun, aku membayar hanya RM80.00 untuk 5 meter kain chiffon. Kemudian kami melihat2 kain untuk resepsi. Kot2 ada yang cantik dan harga berpatutan.

Pada minggu terakhir, aku siap menggubah bunga2. Hatiku puas melihat hasil kerja tangan yang serba ringkas dan membayangkan bahawa Zcat gembira menerimanya. Ialah aku dapat tahu dia hantar ke kedai, mestilah lagi cantikkan.

Cincin Merisik

Zcat dan aku banyak ke kedai barang kemas untuk melihat cincin yang sesuai untukku. Dari ratusan hingga ribuan ringgit. Sebenarnya semasa lawatan ke kedai emas Sri Pinang di Semua House, KL, aku dah berkenan dengan sebentuk cincin emas bertatahkan batu sapphire dihiasi dengan zircon. Tetapi disebabkan Zcat mengajak aku meninjau juga ke kedai2 lain, aku ikutkan katanya.

Akhirnya aku tetap mahukan cincin sapphire itu sementelahan pula itu adalah minggu terakhir jualan gudang iaitu pada 31 Mac 2012. Cincin batu sapphire biru membuatkan aku teringat2 sepanjang minggu…maka yang itulah bakal terselit dijariku.

cincin merisik