Selasa, 1 Januari 2013

Hiasan Hantaran


15 October 2012 aku siap membuat 100 kuntum bunga tisu berwarna kuning dari tisu Ikea. Aku puas sebab aku dapat membuat banyak kelopak. Oh bunga aku bukan bunga rose, tapi bunga carnation. Hatiku sendiri rasa riang ketika menganyam. Mudah sahaja stepnya. Next aku hendak membuat bunga tisu dengan saiz yang lebih besar. Sebenarnya aku Cuma nak membuat bunga berwarna kuning sahaja, tapi Zcat pula mahukan ditambah warna biru muda. Well mungkin akan bertambah cantik.

100 keping RM11.90 kalau berwarna dapat 50 keping je

sekeping tisu 3 lapis lipat dua potong bulat guna saiz masking tape, so dapat 2 kuntum = 24 lapisan

guna penetas benang lebih baik dari guna stapler atau jarum untuk buat lubang

60 sen Kedai Bunga Reben, macam biasa harga tertera ialah 80 sen















Aku juga telah membeli hiasan untuk bantal hantaran. Bantal hantaran aku buat sendiri. Dengan mudah untuk dapatkan bahan2 dari Kedai Bunga Reben di Jalan TAR dan dari Kedai Kain Nagoya. Pada mulanya aku banyak menggunakan gam pistol untuk melekatkan kain, akhirnya impak yang tak cantik membuatkan aku menambah kain untuk tampalan bagi menutup kecacatan gam. Dari tak mahu jahit, aku menjahit sembat kuku kambing. Kini aku Cuma perlu menambah aksesori di bucu bantal untuk menjadikan bantal silver berkilau tu bertambah menarik, dan ya aku dapat membeli 30 keping kerongsang bantal dari Kedai Bunga Reben City One Plaza dengan harga RM15!



aku tak snap pun proses buat bantal...siapa2 nak buat google jelah blog orang lain ek....
Aku ada terfikir hendak mengecat semula dulang pahar mak. Tapi aku tak pasti cat yang sesuai. Kalau mengikut carian google, elok menggunakan cat sembur primer untuk hasil yang baik sebab dulang pahar tu dari plastic. Tapi aku risau hasilnya tak menarik. Sudahnya aku tak buat apa2 pun.

5 ulasan:

  1. nampak macam senang je ek rupanya nak buat bunga carnation tu

    BalasPadam
  2. errr sebijik bantal hantaran aku nok..huhuu kini telah dijadikan hiasan sana sini oleh makcik ku..

    nak tempah bunga carnation adik aku wedding leh tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je. ko kena bagi aku masala.. ko kena bagitau nak berapa kuntum. berapa banyak kelopak. aku buat 24 kelopak..pengsan..

      Padam
  3. sis, bunga kunin tuh ada lagik x??? nida nak satu bolew...sbbb chantikk sangat n unik :)

    kalau gubah bebanyak tuh buat bunga tangan pn chanteikk

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua dah habis nida oii bagi kat zcat, dia pulak bg kita balik suruh buat gubahan bunga...kang kalau dia kira sekuntum hilang camner...hehehehe

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.