In Review

Arenaa Star Luxury Hotel

Selepas balik berhari raya di Ipoh & Taiping, kami sambung cuti honeymoon kat hotel pulak. dah lama tak pergi berhoneymoon kat hotel... senang cerita hotel ni dekat dengan Muzium Telekom, KL.

agak susah nak parking di hotel ni. sebab masih ada renovation di area parking. nak cari parking biasa pun kena menapak sikit, sudahnya Zcat tinggalkan aku dilobi dulu dengan barang2 sementara dia mencari parking luar hotel.

Menunggu di lobi sementara tunggu Zcat parking kereta

Asalnya kami tempah bilik biasa. tapi mahukan jakuzi or bath tub. malangnya bilik kami ada kerosakan. kami pun check-in dah lambat, jadi yang tinggal pun yang bermasalah. seronoknya, kami di upgrade ke penthouse di tingkat 11. memang tak mampu la kalau nak tidur semalam pun. kelas sangat kot. Harga 1 malam di penthouse mencecah seribu.

Hanya 1 penthouse sahaja yang ada. Jadi seluruh floor 11 kami yang punya. Hahahaha.
Ruang tamu luas. Rasa duduk apartment mewah. Silap. Ni penthouse jadi sangat mewah.
Meja makan utama











Walk-in wardrobe. phew besar sangat

pandangan dari walk-in wardrobe
master bedroom

best kerusi ni





tandas master bedroom


bilik kedua

bilik ni buat bilik solat je
tandas bilik kedua




bilik air ketiga terletak bersebelahan ruang makan


duduk hotel ni memang sedap berehat aje, malam pun pesan makanan dari bilik hotel je. inilah hotel termahal kot aku pernah duduk. dah macam rumah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Aidilfitri 1434H - Hari Pertama Dan Cerita Sebelumnya

tahun ni sambut raya kat Bangi je. rumah kak cupa & abang musa. mak dah pilih tempat, kami anak2 turutkan je walaupun keinginan nak balik koyan tu tinggi.

aku dah bercuti sejak selasa. nak kemas2 rumah katanya. in the end basuh kain je mampu. LB pulak masih pergi kerja. ada kes kat ofis client.

malam tu merayap2 kat jalan tar. nak cari baju tak dapat yang berkenan. akhirnya beli karpet berdiskaun di Jakel. dah bayar tu dapat diskaun lagi.

rabu kami pergi pasar sg besi cari bahan nak masak kerutup daging. setahun sekali je pun aku masak resipi chef wan ni. daging segar habis, kami ke pasar borong selangor. belilah daging batang pinang RM26 sekilo. timbang kati 2 kilo lebih sikit kena RM53. takde diskaun.

sampai rumah terus sediakan bahan nak masak. LB tolong potong & rebus cili dan potong bawang. sampai keluar air mata. kesian. tapi bersyukur sangat dia tolong kat dapur. sambil2 kacau daging.

lepas tu dia dah mengantuk, tidur. aku pun sama. punyalah sejam nak tunggu daging kecut dan air kering, pastu baru nak masukkan santan bagai..

jam 610pm dah settle. LB masih kat kedai cuci kereta. dia balik je, kami cepat2 pergi Bangi nak buka puasa last day dengan family kak pa. sampai2 je mereka tengah solat maghrib berjemaah di ruang tamu. kami pun dah minum2 dalam kereta.

malam balik pergi tinjau kedai baju mana yang masih buka. nampak 2 kedai. akhirnya masuk dan beli pakaian di Gulatis, berbaloi jugak diskaun murah2.

esok pagi2 sesudah subuh kami terus ke Masjid UKM nak solat raya. lepas solat ada makan2. kami pun makan nasi impit dan kuah kacang. teh tarik sedap. kanak2 pula dapat duit raya dari pihak masjid.

sampai rumah kak pa dah lapar. makan dulu. lepas tu baru sessi bergambar. kerutup daging dah tinggal sikit. aku masak 2 kilo daging kak pa kata banyak. nasib dah tapau siap2 untuk mama.

gambar kat bawah, scroll kalau suka tengok...hehe..tak cukup korum. tak ramai yang berkumpul..


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

29 Ramadhan 1434h

Aku ni berkira2 nak berbuka kat rumah kakak. Tapi Kerutup daging yang aku masak tak masak2 lagi.

Baju nak balik kampung pun tak pack lagi.  Tak larat punya pasal semua tertangguh. 

Kereta pun belum cuci.  Rumah memang tak berkemas. Rasa takde tetamu datang sebab cuti balik Ipoh agak lama. Hehe. Jadi lepas raya jelah kemas.

Biskut raya daj beratur. Tapi takde bekas lawa. Makan direct je nanti dari balang. Hahahah.

Ok kepada semua pembaca blog ni, aku nak ucapkan selamat hari raya ..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali

innalillahi wa inna ilahi roji'un. itu lafaz doa yang biasa kita sebut bila dengar sesiapa yang meninggal. dan pagi ni, jam 1.18 pagi tadi, makcik kakak kepada arwah bapakku, Jamaliah Hj Sujak telah meninggal dunia.

makcik sebenarnya jatuh ketika membuat air kemudian terus kena strok. selepas diserang strok separuh badan, ahli keluarga yang menjaga makcik membawa dia ke NUH, Singapore. makcik koma, dan tinggal di wad ICU.

kak pa menyarankan aku ke sana melihat makcik, sementelahan makcik adalah satu-satunya adik beradik arwah bapak yang masih hidup. pada minggu yang agak chaos, aku dan LB berkira-kira untuk ke sana pada hari Selasa, iaitu hari ni sebab aku sudah mula bercuti. nak bawa mak sekali, mak pula tertinggal passportnya di Koyan. aku pulak memang takde passport. dah lama mati. nak buat memang boleh 2 jam je kata LB. pergi wangsa maju atau damansara. pejabat imegresen dibuka pad hari weekend sampai jam 1 petang.

dengan mak pun takde passport, kami pun batalkan hasrat. nak pergi lepas raya jelah kot. tapi nampaknya Allah lebih menyayangi arwah makcik. dijemputnya pada bulan Ramadhan!

makcik meninggal pada hari ni tanggal 6 August 2013 bersamaan 28 Ramadhan 1434H. Hari Selasa. arwah bapak pula meninggal pada 5 October 2004 bersamaan 20 Syaaban 1425H.

untuk ahli keluarga sekelian, mari kita panjatkan doa banyak2 untuk ahli2 keluarga yang telah meninggal dunia. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di taman2 syurga. Amin.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Ramadhan 1434h Mual & Lesu

Tahun ni tak tahula kenapa asyik penat je. Pergi kerja LB hantar.  Balik dijemput dari Imbi.  Tapi tetap penat.  Kena penyet memang dah confirm hari2 naik monorel. Rindu juga zaman kerja di ampang point.

Balik kerja pun penat.  Tapau makanan dari restoran or bazaar Ramadhan. Masak nasi je pun paling tinggi.

Kemudian discover yang aku rasa nak muntah kalau berbuka terus minum air sejuk dan makan makanan berminyak. So air suam paling baik dengan anak tekak ni.

Pastu rasa tak larat nak makan nasi. Cubalah makan sup pulak or makanan berkuah. Paling best dapat makan ikan siakap steam.

Aku juga rasa sejuk semacam. Kat office aircond memang sejuk semacam.  Ni balik rumah nak mandi pun bercinta. Belum lagi kena kipas angin...aduss. memang azab sikit tahun ni tempuhi Ramadhan.

Aku juga takde mood nak shopping baju ke kasut ke tudung ke..Semua takde yang baru. Malas. Nak duduk rumah je bila weekend.  Nak tidur je..

Gambar sebagai menunjukkan aktiviti yang mampu dibuat...

Ikan siakap steam Restoran Risadh
Ikan talapia bakar Bangi Golf Resort
Roti, daging kambing, salad & nasi Restoran Tajine
Lamb rack Tony Romas
Rantai Maharisi Design
Excited naik Putra LRT kali pertama bersama
tea Restoran Saba'
bihun sup Restoran Suraya
Masjid Darul Ehsan
Berjaya Times Square

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe