Khamis, 28 Mei 2015

10 Sya'aban 1436H - Kaw D Burger, Ampang Waterfront 2

Lokasi kedai burger ni tak jauh dari rumah. Sebelum ni kedai Sekinchan Ikan Bakar. Jadi bila masuk tu aku dok perati ada tak kesan tinggalan dekorasi Sekinchan tu. Ya mata aku ni kadang memang suka tengok jauh mendalam.



Ok ada 2 or 3 pelanggan je itu pun satu meja. Jadi harap kami dapat burger dengan cepat. Dah masuk maghrib pun time tu. Hish. Nak makan laju2 dan blah cepat.


Air sampai dulu. Nyamuk dah banyak menggigit tapi burger tak sampai2 juga. Dah 20 minit baru sampai makanan. Aku tengok jam dan 740pm. Hish nak kena makan gaya apa ni?


Alhamdulillah sedap. Aku pilih burger kambing apa tah. Dalam RM14. Memang kenyang dan sedap. Roti dia win. Kunyah2 kasi budak kecil makan roti je sikit. Selebihnya dia tengok TV je. Nyamuk banyak weii.. agak lama juga baru aircond nak di on kan. Aduiii.

Burger patut dimasak dengan lebih cepat. Nasibla tak soggy.

Air minuman dia harga murah pada pendapat akulah. Mojito lime tu RM3.50. Takpe nak minum banyak kita buat sendiri nanti..

Nyamuk. Tolonglah. banyak gila kot. Macam pesta je diorang dapat gigit kaki aku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.