Isnin, 11 Mei 2015

22 Rejab 1436H - Sent My Resignation Letter

11 Mei. Ya lagi 2 bulan usia menjejak 38 tahun. Tapi ikut bulan Islam lagi 2 hari je..

Keputusan menghantar surat berhenti kerja diambil setelah memikirkannya selama berbulan-bulan. Dah tak tertanggung tekanan kerja dan akibat dari tekanan kerja tekanan lain yang datang. Jadi sebelum aku naik darah tinggi baik aku ambil langkah drastik.

Hati kena tetap. Tegas menghadap bos yang tanya kenapa? Dah dapat kerja lain ke? I need a break. Then, just take a break settle your personal issues. No..i really need a looooooooong break. Just accept my resignation.

Mampu je mulut ni mengucapkan kata2 begitu depan GFC.

Tengah buat kerja kena panggil dengan GA pulak. You dah dapat kerja ke? H tanya you berhenti nak jadi surirumah ke? Alahai...once again...just accept my resignation because i will not telling you anything. Full stop.

Jadi salah satu plan aku ialah duduk rumah sebulan sepanjang Ramadan ni. Haaaaaa leganya. YA ALLAH terima kasih atas nikmatMu ini.

Berhenti kerja nikmat ok. Kena keep positive. Ada rezeki..aku kerjalah balik nanti. Tak pun jadi suri rumah sepenuh masa. Wakkk wakkk...

Thanks to my dear Encik Sebelah yang sanggup menadah telinga mendengar keluh kesah bekerja sepanjang 2 tahun ni. Hari2 beliau kena dengar. Maklum sangat kita ni moody je akhir2 ni...mulut muncung je bila balik kerja..ada je tak kena.

My baby Aqlan pun lepas ni kita leh lepak sama2 atas katil. Goleks dan goling.

Haishhhhhh leganya dah tender tunggu tindakan HR la pulak esok...

3 ulasan:

  1. jelessssssssssssssssssssssssssssssssss.....selamat duk bergolek duk rumah..ngadap aqlan...serius mak jeles nok...hahahahaa...

    BalasPadam
  2. Huhuhu untung lah.. Hutang rumah ada 28thun, kete 3 tahun lagi.. Waaaa bila makcik nk resign ni.

    BalasPadam
  3. Memang nikmat dapat duduk di rumah tanpa memikirkan tentang kerja dan karenah di pejabat. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat Anis dan keluagan...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.