Ahad, 15 Julai 2018

, ,

Buai.... Buaiku Laju

Oh anak...


Kami sebenarnya memang tanak bagi Aqeel naik buai untuk tidur. Kami harap dia macam abang dia, Aqlan...lepas menyusu letak atas katil terus tidur. Memang tak la...

Lama2 melihat dia ni, laki cakap belilah buai. Eh? Aku pulak yang pelik semacam sebab laki yang buat permintaan. Sebab dulu dia yang against this. Memikirkan nanti susah balik kampung nak berbuai ajer...tapi sebab dah hari2 aku terpaksa dodoi atas riba atau berdiri pujuk2 dia suruh tidur..belum lagi sesi dia meragam tak cukup tidur dan macam2..baby kan...so laki rasa kesian dengan aku maka dibelikannya buai.

Aqeel suka je tidur dalam carrier tapi kena henjutla. Moses basket pun kena henjut dan tak nyenyak tak tahulah kenapa dia lebih prefer tidur dalam carrier atau atas perut aku..hahaha..so memang takle wat kerjalah..jadi penyelesaian terbaik beli buai letrik.

Beli online je dari IG babynbundleshop. RM289. Kalau kau nak henjut sendiri RM89 pun boleh dapat.

Gambar dari seller.

Mainan ni tak disertakan. Spring ada 7 tapi sebab berat baby tak sampai 4kg lagi pakai 3 je dulu. Ada je kain net tapi pakai kain batik lagi best. Hahaha.

2 ulasan:

  1. Dapat buai baru nak tido ye aqeel.
    Nak ke mana2, kenalah bawak buai tu.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.