Ahad, 1 Julai 2018

Puas Hati Dapat Apa Dihajati

28hb Jun sudah 44 hari pantang. Maka Sabtu kita keluar pergi makan sushi king di Summit. Bagus takde orang sangat dan dapat meja terbaik.

Lepas tu makan aiskrim durian D24 McDonald's. Wah wah... sedap sampai burp pun rasa durian.



Kemudian pergi beli microwave kat Klang. Lepas tu laki hantar balik rumah sebab dia dan adik ipar nak lawat suami makcik diorang kat hospital Kajang. Aku dan anak2 duduk rumah je. Boleh rehat2.

Malam tu kami rasmi microwave masak stim je. Masak bahan2 makanan macam nak buat yong taufu tu. Tapi sedap weh. Sejak laki pandai pergi NSK macam2 dia beli.

Hari Ahad dapat berita suami makcik laki dah meninggal dunia jam 12 tengahari. Jadi depa 2 beradik pergila lawat. Laki siap tolong mandikan jenazah dan solat jenazah sekali. Arwah pun dah lama terlantar sakit. Semoga semuanya dipermudahkan amin Ya Allah.

6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.