Rabu, 11 Julai 2018

Bila Dah 41

Isk isk cam ye ke? Dah 41 kita ni. Sebab kita ni anak bongsu perempuan jadi selalu perasan muda sentiasa. Hehe. Alhamdulillah syukur pada Allah masih dipanjangkan usia. Ucapan dari kakak sulung pun masih teringat2. Kekeke.. katanya semoga bertambah amal ibadah. Adik beradik lain pun lebih kurang doanya.

41 tahun dah 😏

Laki kita orang pertama wish jam 12 malam. Dari hujung katil je dengar...hahah sebab dia tidur lain katil memandangkan kita tidur dengan anak2. Katanya maaflah tak dapat bagi apa2. Umur dah 41 kan...ko nak apa lagi? Eh nak macam2 lah..haha.. tapi aku tak kisah..redha jelah...banyak dah laki berkorban tenaga wang ringgit dan masa untuk aku. Takyah nak demand sangat..

Hujung2 balik kerja dia muncul dengan sejambak bunga dari balik pintu bilik. Aku lak gelak2 sambil struggle Aqeel tidur atas perut. Ingat tak sakit lama2 budak tu duduk atas perut mak dia yang kena belah ni? So sweet laki aku tetap cuba menggembirakan aku..memang dia tiap tahun tak miss bagi bunga. So bila tak dapat bunga tu ada jugalah rasa2 dihati tertanya2..nampak tak? Ko memang nak bunga jugak kan..

Kenapa 8 kuntum bukan 41 kuntum?

Pertama kali dia bagi bunga rose..

Selalu dapat bunga daisy

Bila malam waktu tengok TV...sekali sekala memang kepala akan teleng ke arah dapur..sekali teleng laki dah bawak kek dengan lilin. So Aqlan lak malu tiba2..dia tu memang semua birthday celebration ingat dia punya. So ajakla dia tiup lilin sekali. Umur ko dah 41 tahun ke nak? Haha..

Kek butterscotch sedap weh...

Yes i am grateful for having this wonderful family. We are small family but we are the bising2 one. Haha.

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.