Sabtu lepas kami sekeluarga ke open house bekas kawan sekerja lama. Inilah rumah pertama Aqeel bertandang sejak naik 2 bulan. Memang aku dan laki menjaga habis budak ni. Berhati2 tu lagi baik. Kan prevention is better dan cure.
So open house memang ramai tetamu..dari duduk meja bulat kat luar rumah bawah khemah dengan sekeluarga tetamu berbangsa Cina, kak Su suruh kami pindah duduk masuk dalam rumah sebab dia kesian ke Aqeel. See budak ni? Memang cuaca panas tapi elok je dapat duduk depan kipas besar tu. Oklah masuk rumah ada aircond dan sofa best.
Aku makan memang banyak tapi takdelah nak amik gambar bagai. Makan kena cepat sebelum Aqeel meragam. Perangai budak tak boleh detect. Dia nangis sebab lapar dan mahu popok kena tukar. Ok tu memang tak boleh tahan settlekan terus. Mujur bawak underpad elok letak masa nak tukar popok dia muntah. Kalau tak bawak naya je cadar katil rumah orang. Pergi rumah orang kena jaga adab. Tuan rumah beria melayan sediakan macam2 jangan pedajal dia. Eh eh tiba2 aku cerita pasal adab mengunjungi rumah orang..sebab ada kisah tuan rumah meluahkan perasaan tetamu yang merupakan kawan baik dia buat pedajal kat harta rumah dia..kesian kawan tu..TV calar balar, diapers dah dipakai dibiar atas katil bilik tamu, siap ada kesan najis atas cadar... mak dengan anak sama je perangai.. kebudak budakan. Eh aku marah betul bila baca. Bawak anak pandailah control tingkah laku budak tu.
Nak jadi cerita masa tukarkan popok Aqeel, adalah satu keluarga ni masuk juga bilik tamu tu untuk guna bilik air. Tapi takdelah bapaknya. Aku just kat tepi katil sambil siap2kan Aqeel. Pastu ada satu budak ni berkenan kat Aqeel kot nak pegang2..tiba2 datang abang dia cakap jangan pegang baby..abang dia dalam umur 10-12 tahun kot. Aku pun dah cakap jangan pegang baby sebelum tu lagi sebab aku seram budak tu excited tengok baby...haha..dah dilarang dia amik pulak bantal2 kusyen yang berbulu2 dibalingnya ke Aqeel yang masa tu tengah terbuka popok...aku risau kena najis je wei..apa nak cakap kat tuan rumah..nasib bantal tu tak sampai ke Aqeel. Aku mujur tak jadi mak kau hijau. Haaaa....abang budak tu cool je marah adik dia sikit dan bawak lari keluar bilik. Ok aku tak marah depa ni aku siap puji budak laki tu tegur adik dia. Mesti adik2 dia ramai jadi dia kena take control bila mak dia kena layan yang lagi sorang dalam toilet. Oklah terdidik.
End of story, aku makan nasi impit dengan kuah kacang dan rendang ayam, laksa dan nasi beriani berlauk ayam dan daging. Air teh tarik dan sirap ais. Uish tak agak2 makan macam dah seminggu tak makan. Hahaha..
Signal |
Dah ada aircond tapi kipas tetap bawak |
Bila ibu nak habis pose ni? |
Bila Aqeel dah bagi signal, kami pun beransur balik...dan pergi lagi satu rumah ziarah... makan sikit jelah..
Signal lagi |
Sebenarnya nak borak banyak lagi tapi kekangan masa dan Aqeel punya signal kenalah balik rumah terus. Bertabahlah ibunya tak dapat berborak lama...
Toto letak depan TV bagi dia main2 |
wahhh dah 2 bln dah aqeel..bila auntie ecah nak mai tah. bajet bz macam kan ahli parlimen ke cemana ka..hehehe. hang bila nak mai bangi beb??
BalasPadamSelalu je mai Bangi. Bulan depan mai hospital nak p cucuk. Hehe tapi hari kerjalah..
Padam