Sabtu, 7 Julai 2018

Keluarga Kak Pa Datang Beraya

Ha akhirnya datang jugak. Eh bunyi macam aku merajuk lak dengan kakak aku ni. Takdelah.. itu hari masa minggu raya pertama dan kedua dia tak dan datang. Raya minggu ketiga ni baru dan. Ehehehe walaupun selalu jumpa tapi bila akak aku ni datang rumah feel lain macam sikit. Mahu taknya aku menumpang rumah dia berapa tahun nasa mula2 kerja. Eh masa belajar kat Uni lagi aku dok nyibuk balik rumah dia bila weekend dan zaman2 belajar sambil bekerja.

Kak pa datang dengan keluarga anak sulung dia, Ana. Ana pun jauh datang dari Rompin. Katanya nak jumpa Aqeel. Ha jumpalah...

So kami sediakan juadah kuew tiaw sup je dan biskut2 raya mana yang ada..serdak takde lagi. Memang bukan akulah yang sediakan..yang sediakan laki dan adik ipar. Aku susun kuih dalam bekas je.

Ada pengarah ambik gambar


Tiba2 rasa tudung cam tak betul letaknya

Yusuf suka sangat baby. Aqlan tidur tak bangun2 sampai ke sudah ya..

Aku makan 6 mangkuk kot. Hahaha. 

Kesian Aqlan pakai baju cantik2 pastu ketiduran sampai diorang balik. Apa boleh buat nak kejut kasihan..

4 ulasan:

  1. sebulan raya kita ye.. mmg masa ni lah boleh kunjung2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak..tapi lepas raya pun boleh je kunjung mengunjung lagi hehe.

      Padam
  2. Balasan
    1. Haha...kalau kat kedai naya nak bayar berapa hengget dah tu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.