So problem susu kurang ni memang elok mula2 kena urut dulu. Kalau dibiarkan bengkak pulak. Kes aku anak takde dengan aku 7 hari tak tengok. Kemudian baru start pump sikit je keluar tak sampai 1oz pun bila nak hantar ke hospital.
Aku pun cubalah milk booster ni nama Mamom. Dia macam tablet. Kena hisap 2 biji masa lapar. Air kena minum banyak. Aku try la..tak berjaya sangat.
Aku pun minum Ovaltine. Adalah sikit peningkatan..
Aku juga minum susu kambing Hiraq dengan madu atau dengan jus kurma yang melalui proses pressure.
RM19.90 10 paket. |
Kemudian bila penjaga pantang tiba dia syorkan aku minum Sawanah Wow. Ni serbuk susu coklat. Adalah campuran lain2 bahan. Yang ni paling baik setakat ni. Kadang aku minum susu ni semata. Kadang campur oat dengan susu tepung. Memang susu banyak.
Harga ni tatau tapi lebih kurang RM20 jugak |
Selain tu lagi aku minum oren Sunquick. Ni pun boleh menambah2 susu badan.
Ni harga tatau... |
Tapi anak aku ni tak cukup2 minum last2 kena beli juga susu formula Karihome. Ingat nak breastfeeding sepenuhnya jimatlahkan. Tapi Allah bagi dia rezeki mana yang terbaik. Kita usaha jelah. Jangan kedek sangat sampai anak tu kebuluran.
Susu ni dalam RM58 |
Ok lain orang lain lah keperluan dia kan..so aku tak percaya testimoni sangat. Pulak2 berbayar. Hahahaha. Woi dosa weii kalau menipu. Munafik tahu.
betul2 lain orang lain keperluan =)
BalasPadamHaha sebab tu kena try test macam2
Padamooo tak sangka sunquic boleh jadi milk booster ek?? kalau tuk aku, tuk buat lawas buang ayaq besaq..lawaihh abih.. hehehe
BalasPadamMemang banyak susu weh.. aku kalau nak qada hajat besaq tu kena minum kopi kaw2.
Padam