Isnin, 29 Oktober 2018

,

Majlis Ramah Mesra Keluarga Kak Pa

Majlis ni melibatkan adik beradik dan anak beranak Abang Musa iaitu suami kak Pa. Tapi kak Pa jemput kami juga. Kami terima jemputan atas dasar makan2 bersama keluarga. Majlis dibuat di Restoran Ala Kadar. Jadi aku memang ingat makan2 saja2..maybe kak Pa nak belanja.

Bila tiba...restoran tutup. Eh eh.. mulalah kan rasa pelik. Tapi sebelah tu kemain menyala lampu2 siap ada lelangit macam ada majlis istimewa. Kemudian nampak kereta abang Musa jadi kami pasti itulah majlisnya..kot. so apa2 baik call kak Pa nak pastikan. Kang salah majlis buat malu jer..

Bila dah confirmed...siap kak Pa keluar dari tempat tu cari kami, barulah kami masuk. Tatau nak duduk mana...semua meja penuh orang duduk. Tak kenallll.. hahaha cuma kenal seorang adik abang Musa tu sebab dia dah biasa datang rumah Abang Musa..kan aku ni memang duduk dengan keluarga kak Pa sejak mula bekerja.

Masuk2 je yang jadi tarikan Aqeel. Ramailah menyapa dia. Kemain senyum2 ko yer.. pastu tiba2 ada seorang budak lelaki ni..dah besar panjang la dengan rambut pun panjang sikit minta Aqeel. Dia nak dukung. Aku terkejut sebenarnya. Tak sangka pulak budak laki nak offer diri. Lepas tu haaaa...ramai2 la bergilir dukung Aqeel..amboi ko nak...

Bila majlis mula, Abang Musa yang start bercakap dengan microphone lagi. So banyakla cerita2 dia...ada juga dia bawak kawan dari Syria. Sedikit sebanyak dapatlah info pasal bumi Syria. Walaupun perang hampir tamat tapi kemusnahan sangat teruk.

Yang bagusnya time nak makan ada yang offer jaga Aqeel. ALLAHU...so makan laju2..ingat nak tambah sebab sedap..tapi tak boleh la..so siap makan ambik Aqeel dan menyusu kat surau. Siap menyusu, letak dalam carrier aku sambung makan lagi. Hahahaha..sedap sangat weh..

So yang buka restoran ni adik abang Musa. Dia juga ada buat katering. Aku pun pernah dapatkan khidmat dari salah seorang adik beradik abang Musa masa majlis nikah dulu. Buat makan2 ala2 kampung. Amik ko.. 6 tahun sudah berlalu...ecececece.

Abang musa tengah bercerita

Mana boleh tak pose dengan budak ni




Kak pa, maryam, dina dan mariah. Anak perempuan lain dah kawen, sorang duduk jauh sangat. Sorang lagi sakit perut pulak. Yang laki2 duduk dengan abah. Tu pun 2 orang laki-laki takde sebab kat asrama.

Sedondon. Kena pujuk Aqlan ok masa nak pakai baju ni. Siap cakap we gonna go to the restaurant, meet cik pa and family.

Balik memang kekenyangan sangat...alhamdulillah.

4 ulasan:

  1. amboiii comeiiinya aqeel pakai jadi yembu2 cow.. hehehehe. patut jadi tumpuan.. kalah omak eh! hehehe

    BalasPadam
  2. tempat makan setup macam buat majlis nikah :D

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.