Isnin, 4 Februari 2019

Ke Chenderong Balai, Teluk Intan.

Last aku pergi tahun 1992. Aku 15 tahun kot..lama gila tak pergi.

Sejak laki kak Ted bersara, mereka sekeluarga tinggal di kampung halaman mentua kak Ted. Diorang plan buat rumah sendiri. Rumah dah siap elok je lepas bersara. Sajalah datang ziarah...

Kami bertolak jam 11 pagi. Sampai dalam jam 2 petang. Elokla sampai2 je makan dulu. Pastu baru nak mandi, solat dan tidur. Aqlan dok berlengging je sebab kepanasan. Hah mainla sepuas hati..aku elok je tidur harap ke kakak dan anak buah tengok keadaan Aqlan.

Ni masa otw ke rumah kak Ted

Tuan rumah tengah solat zuhur, kita bergambar sekeping.

Memang tak kemana. Jalan kampung kan malam2 nak bawak kereta pun kena sentiasa berhati2. Sebab ada tali air tepi tu. Jalan pun muat satu2 kereta je. Kalau ada yang dari arah betentangan kenalah beralah salah sebuah.





Suasana kampung ni senyap sunyi. Sekali sekala je kereta lalu. Bertabahla kakakku duduk di kampung. Kita semua ni nanti balik ke kampung juga..kampung akhirat. Kalau ikut plan laki aku pulak, dia pencen esok2 kami balik ke Taiping. Nama tempat tu ada perkataan kampung tapi aku rasa tak macam kampung pun.. semua rumah dekat2 eh..





Kemudian dua beranak ni nak naik menara. Aku tak kuasala sambil dokong Aqeel. Naik tiga tingkat je..free je masuk..balik tu laki beli fridge magnet 3 RM8.











Buku pelawat..buat bukti datang.

Laki call suruh tengok atas..ahahaha

Esoknya kami ke Menara Condong Teluk Intan. Seumur hidup tak pernah sampai. Sampai pulak tengah hari buta. Tapi cuaca redup so ambil gambar pun orang tak ramai sangat. Aku tak de mood pulak..ngantuk aje. Haha..semalam tak cukup tidur boleh pulak melayan AJL dengan family kak Ted. Dah bertahun aku tak tengok sejak kawenla.. yang kelakar dengan laki aku sekali tengok sebab kami semua duduk ramai2 kat ruang tamu tu borak2..dia tu jangan harap nak tengok rancangan hiburan macam ni..lagila...sekali keluar lagu Seribu Impian boleh pulak dia nyanyi2...pastu cakap Casey dah duduk Singapore. Eh eh update artis Malaysia lama pulak..

Dari hp kak Ted. Masa ni tengok AJL la. Kemain budak ni tengok TV.

On the way balik ke rumah memang hujan lebat berkali2.. alhamdulillah takde apa2 masalah. Lagipun aku nak tidur je...so sedapla sejuk.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.