Jumaat, 3 Mei 2019

,

OK Dah Settled Shopping Baju Raya Di KWC

Lama plan nak pergi. Sebab bulan 4 hampir setiap minggu ada acara. So kenalah plan baik. Ni kira last date. Tak boleh tak kena pergi jugak 1 Mei 2019. Cuti pekerja, tapi nampaknya laki dikerjakan bini. Siap2 mintak duit tunai sebab KWC ni semua tunai. Kau jangan nak tayang sangat kad2 kau tu..tak laku.

Selalu aku shopping jugak di Sogo untuk beli baju budak2..bila ada members day la. Tapi kejadian tu Jumaat lepas...memang takla.. lagipun anak2 kecil susah eh nak control.

Kami sampai KWC tak la awal... tapi nak masuk parking bolehla setengah jam. Parking bawah gate tak dibuka...padahal dah jam 12 tengahari pun. So semua kenderaaan kena tolak naik atas dengan pak guard dah macam seragam polis pun ada. Tingkat 8 baru ada parking tapi naik sampai tingkat 12 baru ada parking itu pun kenalah kau bersabar tunggu orang keluar. Takyah memilih sangat memang laju je orang tunggu kat belakang ambik. Parking masih 3 jam pertam RM3 dan jam seterusnya RM1 so murahla kan..takkan nak duduk sampai jam 7 malam..

Sebab dah tahu kedai mana nak dituju jadi senang sangat. Aku takde apa nak..memang nak beli pakaian anak2 je. Dah malas nak belek2 lama pulak sangkut kang. Bila fikir balik memang dah lama aku tak shopping baju jalan yang baru. Takat beli kain baju untuk raya je ok.

Aku masuk satu kedai Bangladesh ni. Dulu aku beli dengan dia jugak cuma pekerja la dah lain. Bangla pun Bangla la..asalkan Islam. Dah. Sebab satu lagi kain2 dari Bangladesh ni bagus. Cotton diorang elok. Sesuai dengan cuaca panasa Malaysia. Hahaha. Satu lagi cotton elok dari Uniqlo la. Tidakla nak beli baju raya banyak2 kat situ. Urut dada kang abah budak2 ni.

Aqlan la paling banyak dapat baju. Sebab dia ni cepat tinggi. Baju dan seluar banyak senteng. Tapi pakai je sebab dia kurus. Aqeel belikan jugak cuma tak banyak. Takpe baju Aqlan masa baby banyak lagi yang elok2. Pakai je balik setakat waktu malam atau tukar2 basahan. Untuk raya kenalah lawa sikit haha dah tentu kena sama pattern dengan abang dia supaya lawa bila bergambar. keh keh.

I'm  like....what are you looking?

Kita tayang sehelai jelah sebab ambik gambar pun nak tunjuk kat Opah dia.

Total RM160 tapi dapat diskaun RM10. Duit jugak tu. 3 kemeja dan 6 tshirt. 3 slacks. Ok sangat ni. Hahaha...kalau ke Sogo harus kena tambah lagi 2-3  ratus kot.. tengok jenama la kan.




Ok next projek nak jahit baju Melayu budak2 ni. Masing2 2 pasang so 4 la semua..semoga berjaya kat diri sendiri 😂

5 ulasan:

  1. dah lama xpegi kwc wehh.. disebabkan parking dia memeningkan fikir banyak kali nak mendaki park atas tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak tak drive ni tak kisahla nak ke mana..just bagitahu je. Haha.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.