Seminggu Dah Berlalu Keluar Cerita Koleksi Tin Di Rancangan Borak Kopitiam TV3
Siapa yang ada tengok
Borak Kopitiam Jumaat lepas? Aku? Harusla tengok mula sendiri...walaupun rasa aneh. Hahahahaha.. salah satu aneh muka masuk TV, satu nak dengar suara sendiri, satu lagi nak tahu editing akhir macam mana..yelah shooting 2 jam..sekali aku cakap mesti keluar 2 minit je. Sekali betul kau...hehehe..
Cerita kita picisan je, tapi dalam group adik beradik family aku dan mentua jadi
havoc kejap. First family keluar TV. Hahaha. Yang kawan2 pulak lepas keluar TV tu depa dah mula panggil retis la artis la. Eh geram pulak aku. Tapi bila aku cakap habis semua orang keluar TV tak kira penjahat pun retis? Apa lagi kawan tu terus balas tu kategori lain. Macam2 la aku kena bahan.. pastu aku pun dah geram aku pun ambik kesempatan la..ha kannn...nak sangat.
So laki aku paling happy. Aku sebenarnya akan reject je proposal ni kalau laki aku tak approved. Sekali dia yang super excited. So dia asyik panggil aku artis..kemudian mengusik aku banyak hari sampai last2 aku guna kuasa " artis" ni...ha sila bawa aku ke sana...aku nak benda tu.. aku nak beli..hahahahaha..so dia pun melayan, sebab masih hot kan.. masih panas kita layan permintaan artis. Haishhh tak tahu nak habaq laki aku ni bila datang angin mengusik dia... adik beradik aku pun pernah terkena dengan dia.
So yeah aku akan share la gambar masa shooting. Sikit2 sudah eh kalau banyak pun takpelah kan..aku maybe keluar sekali je kat TV. Hahaha. Bak kata blogger lain yang aku jumpa kat event Asmak, u dari mana tak pernah nampak. Hahahah duduk semeja dah last2 nak habis event baru bercakap. Tu pun sebab aku ajak diorang p cari budak2 yang masuk pertandingan mewarna. Aku ni tak pernah pergi event as a blogger. Dan blog pun sendu je. Rasanya aku memang tenggelam la..hahaha..anyway sapa nampak aku tegurla. Memang muka aku sombong. Matik. Tapi maybe akan menyesal bila berbual dengan aku sebab tiba2 aku bercakap banyak (ini testimoni kawan2 UKM). Kalau aku selesa la ya.. apa2 pun chill2 sudah. Aku pun dah nak 43, 24 Rejab ni. Eh tiber..
|
Ok baju ni beli masa tahun 2013 ke 2014 lagi. Pregnantkan Aqlan, nak attend kenduri kawen, so beli la senang nak sarung takyah iron. Aku takde masa nak fikir baju lain sebab baru balik dari Hospital Serdang..iron tudung pun malam sebelum shooting siap2. |
|
Jemputla masuk rumah kami yang mesra kanak2. Karpet pinjam kawan baik laki punya. Ingat karpet masuk TV juga. Hahaha. |
|
Masa ni Ainin nak aku berlatih sebelum interview. Jadi ada soalan2 yang aku kena jawab. So bukanla masuk gambar tin je. |
|
Laki aku cakap, aku seperti seorang professional. Bercakap langsung takde gentar. |
|
Hasil tangkapan anak bujang |
|
Aqeel tidur masa ni..nyenyak dalam buai. |
|
Photog in making |
|
Amacam tak nampakla perut buncit tu kan |
|
Nasib ada lagi barang mekap. Malas dah nak mekap2 ni ha.. |
|
Puas Ainin nak bercerita. |
|
Sebelum balik jamu depa donut gula dan air sejuk je. Aku nak buatkan air diorang tanak. Panas..maaflah ya..kami aircond tak pasang kat living hall. |
|
Tu bukan rumah kami ya |
|
Ni pun bukan rumah kami. Sukati diorang park depan rumah jiran. Hehe. |
|
Ibu..it's TV3..yeahhh |
Seronok lepas shooting? Baru tahulah shooting tu macam mana. Laki aku berceritalah dia pun dulu ada berlakon iklan tapi untuk luar negara. Gitew..patutla suka orang TV datang.
Yang pasti, krew ni best. Very professional. Ah harusla..dah jadi photog 20 tahun sorang tu..sorang lagi 16 tahun. Ni bukan kerja main2 ya. Tapi...sempat lagi sebelum balik Rudy tu cakap, " Akak suka masak ya"
Hahahaha..ko sempat melilau mata tengok dapur aku ya..bersih tau cuma memang banyak alatan memasak. Open shelves ok.
wah masuk TV akak. Tahniah kak. Banyak koleksi tu ha
BalasPadamHehe..tu punasa kotak tin yang tak dijumpai..tah p mana menyorok.
Padam