Ahad, 6 Mac 2016

Buka Hadiah Aqlan

Budak Aqlan dapat hadiah bukan tahu apa nilai dan ertinya. Aku juga yang tak tahan nak buka hadiah tu. Hehehe. Bukan apa..aku pun tak beli apa2 hadiah lagi untuk Aqlan jadi lepas tengok apa yang orang lain bagi baru aku nak beli apa yang patut. Boleh tak mak dia macam tu? Praktikal sangat.

Laki dan adik ipar tak kuasa nak buka hadiah2 tu. Jadi aku bagi Aqlan pilih mana dulu. Jadi yang dipilihnya adalah yang berada dalam kotak berilusi sebuah bas.

Kotak hadiah tu dah lama dia aim. Sebab dia aim bas la.

aqlan said thank you aunties & uncles yang bagi hadiah dan duit dan yang sudi datang bawak anak2 jadi bolehlah aqlan bergembira satu hari tu

i need to open this


cepatlah mama

ball!!!

bola pun jadilah
tapi sebenarnya aqlan beria korek dalam kotak bas tu. korek sampai habis nak tengok ada bas tak? kesiannya ya. esok suruh abah belikan bas.

lepas tu dia tak peduli dah kotak bas ni

hadiah2 lain kami ada yang buka ada yang tutup balik sebab tak sesuai lagi. tunggulah masanya yang sesuai.


Sabtu, 5 Mac 2016

5 March 2016 - Happy Birthday Aqlan Shah!!

birthday anakku Aqlan yang ke-2. masa bulan hijrah, kami di D'Pulze naik tren 12 kali pusing. kali ni kami sambut dengan segala........candy buffet & hi-tea.

persiapan.....arghh panjang ceritanya ni....sebab lagi 2 minggu baru nak cari katerer, pembuat candy buffet & khemah. hurmmmmm

belanja....dah bajet berapa2..kemudian ada la burst sikit2, normal la kan.

yang meraikan...jemput beberapa orang, ada yang tak datang. masing2 ada alasan sendiri. kita tak paksa dan sentap. sebab yang penting anak kita happy...yang penting kita happy...happy...happyyy....

ok hi-tea start jam 4 petang.

hujan lebat turun jam 3 petang.

candy persons datang jam 2.30 petang.

katerer datang dah nak 4 petang sebab hujan sangat lebat hingga meja yang dah disusun sejak Jumaat terpaksa dialihkan. kerusi, meja semua basah lenjun.

tetamu pertama, Masni dan suami serta anak, sampai jam 4 lebih bila hujan dah turun rintik2 je.

tetamu terakhir. kak ted dan 2 anak sampai jam 11 lebih..dah malam weiii...

penat? sampai Isnin masih lenguh2 badan. penangan berdiri, layan tetamu, lap kerusi basah, dokong Aqlan buat perangai lagi...hahahaha....nasib tak demam je kami anak beranak.

so temanya Mickey Mouse. sebab anak aku suka sangat dengan Mouse. alahai...kalau tengok Mickey Mouse Club House siap menari2 depan TV. goncang tangan je, tapi sungguh comel di mataku.

layan gambar2. muka sememeh aku mungkin kelihatan di mana2 sahaja sebab aku macam exhausted gila.

candy buffet dari IG:naj_candilicious aku jumpa depa punya pakej kat blog seseorang.
phew kek yang diminta dapat dihasilkan. kereta tu puas aku menahan anak dari mengambil sebelum masanya







Alan loves cheese tart



ini kami buat packing sendiri la bukan dari pakej candy. sampai ke Kajang cari..


Sebelum hujan

okay dia dah tak sabar sangat2

terpaksa potong kek jelah


Fayel salah mak....hahaha dia nak duduk depan aku jugak, angin mak dia kejap...sorry Mimy

anak buahku Jabir dan anak2 dia...yelah cucu2ku....adudududu

kawan2 laki


mak lain, bapak lain, lahir di hari & hospital yang sama


Hanii sepupu Aqlan. mereka beza 2 minggu je



susah laki bini nak bergambar ni.

i am happy to see them happy

terima kasih pada yang sudi datang dan memberi hadiah pada Aqlan, apa yang kurang, maafkanlah kelemahan kami berdua.

Jumaat, 4 Mac 2016

4 March 2016

Happy birthday yang ke-9 to Ilhan Naufal. anak abang aku yang ke-5, abang mamat. diorang tinggal di Singapore, jadi aku tak pernah jumpa dia lagi.

last time aku pergi Singapore pun, masa mengandungkan Aqlan. hehe. sekarang kalau Aqlan naik flight dah kena bayar..sebab esok dia dah 2 tahun.  huishhh..

Pasang Khemah Arabic

pasal khemah ni laki aku yang nak. dah last minit jadinya kami kena RM400 untuk satu khemah 20x20, 40 kerusi, 4 meja bulat dan 6 meja banquet. aku tahu ada yang murah tapi semua tu lepasa kenduri. hahahaha. khemah laki punya kawan yang buat katering cadangkan. nama company diorang Berkat Jaya.

jam 10.30 diorang sampai rumah. nak letak antara porch kereta dan pagar luar rumah tak muat sebab ada pokok dan tiang elektrik. katanya kalau 18x18 baru muat..k...take note la ya.








Khamis, 3 Mac 2016

Birthday Je Pun

Anak baru nak cecah 2 tahun. Tapi nak menyambutnya kemain kami berdua. Sementelahan kami masih ada.

Ikut hati aku nak ringkas aje...sekali bila laki bagi bajet....terusla aku kena cari benda2. Dari pergi sendiri sampai tempah melalui whatsapp aje.

Harap semuanya berjalan lancar nanti. Serius aku serius plan itu ini. Macam makcik Tun cakap ni baru birthday belum nak kawinkan anak lagi.. aiyýy jauhnyaaaa.

Laki dah bagi hint nak buat birthday kat mana pulak nanti. Biasalah masa kita dulu2 kan banyak tak dapat. Tak mampu. Sekarang gunakan anak untuk menggembirakan hati sendiri juga.

Yang penting laki dah belikan gula2 udang yang pembalut boleh dimakan dan gula2 duit. Memori kanak2 sangat.









Rabu, 2 Mac 2016

Selasa, 1 Mac 2016

Water Dispenser Bilik

Semalam pergi DIY dan beli water dispenser ni. Ada bentuk bulat warna hijau dan pink. Aku kenan kaler putih dan petak ni sebab senang nak organize. Harganya RM13.70 je kot..dan kapasiti 5 liter.

Aku masih buat susu Aqlan dalam bilik sebab tak kuasa nak turun naik tangga malam2 atau sesubuh sapieè bila dia nak susu. Maka selalunya aku akan isi air filter dalam banyak botol. Seberapa banyak yang bolehla. Cuma jadi leceh setiap botol nak kena tadah air dan bila dah banyak berat pulak nak angkat naik. Selalu ku minta laki je bawak naik semua. Aku mampu angkat 2-3 botol je..

Senang ada paip. Lalala