Sunday, March 6, 2016

Buka Hadiah Aqlan

Budak Aqlan dapat hadiah bukan tahu apa nilai dan ertinya. Aku juga yang tak tahan nak buka hadiah tu. Hehehe. Bukan apa..aku pun tak beli apa2 hadiah lagi untuk Aqlan jadi lepas tengok apa yang orang lain bagi baru aku nak beli apa yang patut. Boleh tak mak dia macam tu? Praktikal sangat.

Laki dan adik ipar tak kuasa nak buka hadiah2 tu. Jadi aku bagi Aqlan pilih mana dulu. Jadi yang dipilihnya adalah yang berada dalam kotak berilusi sebuah bas.

Kotak hadiah tu dah lama dia aim. Sebab dia aim bas la.

aqlan said thank you aunties & uncles yang bagi hadiah dan duit dan yang sudi datang bawak anak2 jadi bolehlah aqlan bergembira satu hari tu

i need to open this


cepatlah mama

ball!!!

bola pun jadilah
tapi sebenarnya aqlan beria korek dalam kotak bas tu. korek sampai habis nak tengok ada bas tak? kesiannya ya. esok suruh abah belikan bas.

lepas tu dia tak peduli dah kotak bas ni

hadiah2 lain kami ada yang buka ada yang tutup balik sebab tak sesuai lagi. tunggulah masanya yang sesuai.


Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.